Rusia 2018: Tunisia Ada Ramuan Kejutkan Belgium

Jurulatih Tunisia, Nabil Maaloul mahu anak buahnya menggunakan kepantasan untuk mengatasi Belgium dalam misi menghidupkan kempen Piala Dunia mereka selepas tumpas kepada England.

Dengan tujuh kekalahan daripada tujuh perlawanan diharungi empat wakil Arab dalam kejohanan ini, Tunisia kini merasai tekanan namun tetap percaya mereka boleh mengembalikan maruah negara Arab dengan melakukan kejutan ke atas pasukan pilihan Kumpulan G.

“Kami perlu menang. Kami tidak ada pilihan,” kata Maaloul kepada pemberita menjelang aksi di Stadium Spartak, Moscow malam ini.

“Belgium pasukan yang sangat kuat tapi kami sudah bersedia. Kami mahu mengelak daripada melakukan kesilapan seperti dalam perlawanan pertama.

“Kami akan mengubah cara permainan kami,” tambahnya yang menyatakan akan mengekalkan formasi 4-3-3 ketika tewas 1-2 di tangan England namun dengan pendekatan lebih menyerang.

“Pasukan kami mampu memecah benteng pertahanan lawan,” katanya yang merujuk kepada benteng tiga pemain pertahanan Belgium.

“Apa yang kami mahu lakukan adalah menembusi pertahanan Belgium dan melakukannya secara pantas.

“England memaksa Tunisia lebih banyak bertahan,” kata Maaloul. “Namun Tunisia mempunyai senjata yang saya tidak akan dedahkan di sini. Kami mempunyai kemahiran menyerang dan kami akan buktikan esok.”

Jika Tunisia tewas dan England menewaskan Panama pada Ahad, mereka akan tersingkir manakala jika seri, Tunisia perlu mengalahkan Panama dan berharap Belgium kecundang di tangan England pada aksi terakhir kumpulan.

Ketika ditanya mengenai kedudukan sebagai wakil Arab tunggal yang masih mempunyai peluang mara ke pusingan kedua selepas penyingkiran Mesir, Arab Saudi dan Maghribi, beliau berkata: “Tidak syak lagi semua perhatian daripada negara Arab tertumpu kepada Tunisia dan harapan mereka kini kepada Tunisia.

“Kami merasakan tanggungjawab itu. Kami tidak boleh kalah. Kami perlu menjadi pasukan Arab yang berbeza. Kami perlu memberikan aksi terbaik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN