Gara-gara kerana kekalahan memalukan kepada Croatia pada aksi Piala Dunia kelmarin, barisan pemain Argentina mahu pengendali pasukan itu, Jorge Sampaoli dipecat sebelum perlawanan terakhir di peringkat kumpulan bertemu Nigeria dengan Sergio Aguero secara terbuka mengkritik jurulatihnya itu.
Penyerang Manchester City itu dilihat kurang senang ketika ditemuramah selepas tamat perlawanan dengan kritikannya jelas dihamburkan kepada Sampaoli.
Argentina tewas 0-3 kepada Croatia awal pagi tadi sekali gus meletakkan mereka dalam kedudukan tersingkir awal pada Piala Dunia kali ini dan selepas tamat perlawanan, Sampaoli mengakui taktikal yang digunakannya gagal dan ia semakin menyukarkan rangkaian pemain diketuai Lionel Messi.
Rumors in Argentina saying now that the players have asked Jorge Sampaoli to not coach the final game against Nigeria on Tuesday and he accepted meaning that Jorge Burruchaga will be the manager. Only rumors mind you but certainly a mutiny I haven’t seen since France 2010.
— Roberto Rojas (@RobertoRojas97) June 22, 2018
Ketika ditanya kenyataan Sampaoli itu kepada Aguero yang dikeluarkan pada awal babak kedua, penyerang itu dengan bersahaja berkata:
“Biar dia bercakap apa yang ingin diperkatakannya.”
Persatuan Bolasepak Argentina berharap keadaan kembali reda sebelum perlawanan terakhir bertemu Nigeria namun Jorge Burruchaga sudah dicanang untuk menggantikan tempat Sampaoli.
Burruchaga adalah penjaring kemenangan ketika Argentina memenangi Piala Dunia terakhir pada 1986.
Bagaimanapun tindakan itu dilihat sukar kerana Sampaoli mempunyai baki kontrak lima tahun yang memerlukan pampasan sebanyak STG17.5 juta (RM93 juta) untuk menyingkirkannya.
https://twitter.com/City_Watch/status/1009915530059436037
Argentina masih perlu membayar dua jurulatih yang sudah dipecat ketika kempen kelayakan, iaitu Gerardo Martino dan Edgardo Bauza.
Kemungkinan besar Sampaoli akan kekal namun dengan barisan pemain meragui kemampuannya sebelum perlawanan dengan Croatia lagi, beliau perlu memperbaiki hubungannya dengan setiap pemain sebelum perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Nigeria.