Argentina masih ada peluang yang baik untuk mara ke kalah mati selepas Nigeria menundukkan Iceland 2-0 semalam.
Sebenarnya, kelmarin, kekalahan Argentina juga membuatkan Nigeria memiliki harapan lebih baik.
Argentina hanya mengumpul 1 mata hasil seri dengan Iceland dan tewas 3-0 di tangan Croatia.
Perlawanan terakhir kumpulan D antara yang paling mencuri tumpuan. Ini kerana 3 pasukan, Nigeria, Iceland dan Argentina berpeluang untuk mara.
Kedudukan semasa untuk kumpulan D adalah seperti berikut.
Pasukan manakah yang akan mengiringi Croatia ke kalah mati? Ini yang akan berlaku kepada saingan 3 pasukan ini.
Bagaimana Argentina boleh mara
- Argentina menang ke atas Nigeria dan Iceland keciciran mata menentang Croatia
- Argentina dan Iceland masing-masing menang dalam perlawanan terakhir, perbezaan jaringan akan menjadi taruhan
- Jika Iceland menang dengan 1-0, Argentina perlu menang 2-0 atau lebih untuk mara
Bagaimana Nigeria boleh mara
- Nigeria hanya perlu menang ke atas Argentina, apa sahaja keputusan di venue lain tidak akan mengganggu mereka untuk mara
- Jika kesemua perlawanan berakhir seri, Nigeria akan mara
Bagaimana Iceland akan mara
- Jika Iceland menang ke atas Croatia, mereka perlu mengharapkan Nigeria kalah dengan jaringan yang sama ataupun kurang daripada yang mereka lakukan
- Iceland menang ke atas Croatia, Nigeria dan Argentina pula seri, Iceland akan mara.