Nigeria menewaskan Iceland melalui dua gol Ahmed Musa. Berikut adalah rating pemain membabitkan kedua-dua pasukan.
Nigeria (3-5-2):
Francis Uzoho-7.5
Menyelamatkan 3 percubaan sepanjang perlawanan. Ketenangan di awal perlawanan memastikan Nigeria mampu terus bersaing dan menang di babak kedua.
Brian Idowu-5.5
Bergelut untuk menghalang hantaran lintang dari sebelah kiri. Dilayangkan kad kuning di minit akhir babak pertama.
Leon Balogun-6.5
Merekodkan 2 clearances dan 3 hadangan sepanjang perlawanan.
William Ekong (Defender)
3 hadangan, dan 2 halangan, Ekong berjaya mengawal gerakan penyerang utama Iceland, Alfreð Finnbogason
Kenneth Omeruo-7.0
Tenang berhadapan dengan saingan bola tinggi oleh Iceland. 2 hadangan dan 1 tackle dalam perlawanan ini.
Victor Moses-7.5
Sering mengancam kubu Iceland dengan larian-larianya. Antara pemain Nigeria paling menyerlah pada separuh masa pertama. Berjaya menghasilkan 1 bantuan gol dalam perlawanan ini
Oghenekaro Etebo-7.0
Arkitek utama di bahagian tengah Nigeria, 91% hantaran tepat daripada OPTA dan memenangi 7 daripada 9 persaingan bola di udara.
Wilfred Ndidi-6.5
Bergandingan baik dengan Mikel di bahagian tengah, memenangi 10 daripada 17 persaingan bola di udara, dan 3 clearances.
John Mikel Obi-6.5
Beraksi baik sebagai pivot dalam perlawanan ini, menghasilkan 82% hantaran tepat.
Ahmed Musa-9.5
First touch yang cantik untuk menyambut hantaran lintang Moses, diikuti voli deras yang meletakkan Nigeria di hadapan pada permulaan babak kedua. Larian untuk gol kedua adalah sempurna.
Kelechi Iheanacho-6.0
Tiada rembatan tepat ke sasaran oleh Iheanacho sepanjang perlawanan, namun 3 kali berjaya menggelecek pertahanan lawan.
Iceland (4-4-2):
Hannes Þór Halldórsson-6.0
Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh beliayu terhadap dua gol Ahmed Musa.
Birkir Már Sævarsson-6.0
Disiplin tidak memberi ruang di bahagian pertahanan di babak pertama, namun ditewaskan dengan mudah oleh larian Musa untuk gol kedua Nigeria.
Hörður Magnússon-5.0
Bahagian pertahanan paling lemah dan paling kerap dibocori oleh Nigeria melalui larian Victor Moses.
Ragnar Sigurðsson-6.0
Memiliki 4 hadangan, dan 4 clearances sepanjang perlawanan, namun gagal mengekalkan bentuk pertahanan sehingga mudah dihukum lawan.
Kári Árnason-5.5
Gagal mengekalkan bentuk di bahagian pertahanan terutamanya selepas ketinggalan. Hanya berjaya memenangi 5 daripada 12 perebutan bola di udara.
Aron Gunnarsson-6.5
Kapten pasukan yang sering cuba mengekalkan semangat dan intensiti di bahagian serangan. Tidak banyak boleh dilakukan beliau selepas dua gol Nigeria.
Gylfi Sigurðsson-6.5
Perancang utama jentera tengah Iceland. Agresif melakukan percubaan pada babak pertama perlawanan. Namun gagal menyempurnakan penalti
Birkir Bjarnason-5.5
Hanya sekali berjaya menggelecek pertahanan lawan, dan terlepas deretan peluang pada separuh masa pertama.
Rúrik Gíslason-6.o
Larian dari sebelah kanan sering menyukarkan bek kiri Nigeria pada babak pertama. Kemudian mulai perlahan pada babak kedua.
Jón Daði Böðvarsson-5.5
Jika deretan peluang melalui hantaran lintang oleh Iceland diambil kira, tiada sebarang percubaan tepat oleh penyerang dianggap sebagai prestasi yang buruk.
Alfreð Finnbogason-6.0
Dua percubaan, namun hanya satu yang tepat. Dikasari untuk penalti yang gagal disudahkan oleh Sigurðsson.
Pemain terbaik pilihan kami, semestinya Ahmed Musa yang menjaringkan dua gol untuk Nigeria.