Previu: Jerman Catur Strategi Tumbangkan Sweden, Elak Pulang Awal Dari Rusia

Selepas tewas perlawanan pertama Kumpulan F kepada Mexico, Jerman selaku juara bertahan pasti tidak mahu pulang awal.

Sweden yang menewaskan Korea Selatan 1-0 di perlawanan pertama pasti hadir ke perlawanan ini untuk mencuri peluang, mengesahkan diri untuk ke saingan peringkat kalah mati.

Dasar tutup pintu Jerman

Selepas kekalahan kepada Mexico, Jerman seperti mengamalkan dasar tutup pintu. Hanya sidang media yang diwajibkan oleh pihak penganjur yang dihadiri. Tatkala sidang media pasukan melibatkan bekas pemain seperti Philip Lahm pada Isnin lalu turut dibatalkan.

Bukan sahaja sidang media tersebut dibatalkan. Latihan terbuka pasukan hanya dibenarkan dihadiri oleh pihak media selama 15 minit sahaja.

Dan semua itu dilakukan untuk memastikan setiap anggota di dalam skuad Jerman benar-benar fokus akan objektif mereka di Rusia, sekaligus memulihkan keyakinan dan kedudukan selepas keputusan mengejutkan menentang Mexico.

(Photo by Adrian DENNIS / AFP) (Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

“Tidak ada seorang pun yang lari dari tanggungjawab ini. Kami bercakap mengenai perlawanan ketika di dalam bas, setiap kali waktu makan. Kami berkongsi pendapat,” ujar ketua pasukan Manuel Neuer.

“Kami tidak cukup berani, kurang keyakinan diri, dan tidak saling mempercayai. Mengapa? Saya tidak tahu. Dari bahasa badan di atas padang, semuanya tidak kena. Masalah utama terletak kepada pemimpin (pemain senior) di dalam pasukan.”

“Kami tidak bersedia untu mengambil peranan untuk mengawal keadaan dan pasukan. Selepas perlawanan menentang Mexico, komunikasi di dalam pasukan bertambah baik. Dan kami yakin kami mampu mara ke pusingan seterusnya,” tambah Neuer lagi.

Masalah Sweden

Dua perkara untuk Sweden. Pertama, mempunyai peluang menghantar juara bertahan, Jerman pulang seawal peringkat kumpulan.

Kemudiannya, melayakkan diri ke pusingan berikutnya setelah kali terakhir layak sebagai 16 pasukan terbaik pada edisi 2006.

Tetapi sebelum melakukan dua perkara tersebut, Sweden terlebih dahulu perlu memikirkan kecergasan beberapa pemain akibat sakit perut disyaki jangkitan.

(Photo credit should read NELSON ALMEIDA/AFP/Getty Images)

Selepas Victor Lindelof tidak beraksi dalam perlawanan menentang Korea Selatan, jurulatih Janne Andersson mengesahkan dua lagi pemain pertahanan Pontus Jansson, Filip Helander serta pemain tengah, Marcus Rohden turut mengalami masalah yang sama.

Selain daripada itu, pemain penyerang, Isaac Kiese Thelin turut tidak turun menjalani latihan akibat kecederaan buku lali.

Apapun Sweden tidak ada masa untuk mengeluh. Sebaliknya mencari penyelesaian terbaik untuk mengantikan pemain sedia ada untuk berhadapan dengan lawan seperti Jerman.

Sejarah pertemuan

Perlawanan pada awal pagi nanti adalah pertemuan ke-37 antara kedua-dua pasukan, Jerman menang 15 daripadanya, manakala Sweden merekodkan 13 kemenangan.

Sejak 2000, enam pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan dan Jerman belum tewas walau satu perlawanan kepada Sweden.

(Photo by Sandra Behne/Bongarts/Getty Images)

Kali terakhir pertemuan di antara Jerman dan Sweden menyaksikan Jerman menewaskan lawan mereka itu dengan jaringan 5-3 di Stockholm dalam perlawanan persahabatan menuju Piala Dunia 2014 yang lalu.

Sepak mula

Joachim Low perlu menilai sama ada akan menukar barisan kesebelasan utama untuk perlawanan ini.

Mesut Ozil adalah antara pemain yang boleh direhatkan dengan Marco Reus atau Julian Brandt sebagai calon pengganti.

Begitu juga dengan kedudukan Sami Khedira yang kurang efektif dengan Low mempunyai pilihan di antara Ilkay Gundogan ataupun Leon Goretzka.

Mario Gomez juga menjadi pilihan di barisan hadapan, namun Low dijangka mengekalkan empat pemain di barisan pertahanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN