Kejayaan Croatia menumbangkan Argentina 3-0 sudah pasti bakal menjadi buah mulut pencinta bola sepak dunia.
Aksi yang dipamerkan Luka Modric dan rakan sepasukannya begitu meyakinkan. Berikut adalah rating bagi para pemain Croatia dan Argentina.
Argentina
Willy Caballero – 5.0
Perlawanan yang harus dilupakan dengan segera oleh Caballero apabila dibolosi tiga gol pada babak kedua.
Kesilapan terbesar apabila kecuaian yang dilakukannya boleh dikatakan menjadi punca kepada segalanya.
Gabriel Mercado – 6.0
Mempamerkan persembahan terbaik dalam kalangan pertahanan Argentina pada babak pertama walaupun ada ketika beliau kelihatan sedikit gementar.
Dilayangkan kad kuning pada minit ke-51 selepas mengasari Marcelo Brozovic.
Nicolas Otamendi – 6.0
Mempamerkan aksi kental terutamanya pada babak pertama.
Bertindak kurang profesional apabila melakukan tindak balas dengan menendang bola yang hampir terkena muka Ivan Rakitic.
Mental sedikit ‘koyak’ selepas dibolosi dua gol.
Nicolas Tagliafico – 6.0
Ditugaskan bagi merantai pergerakan Mario Mandzukic sepanjang permainan. Kelihatan sedikit bergelut untuk bersaing dengan penyerang berkelebihan fizikal tersebut.
Eduardo Salvio – 6.5
Merupakan antara pemain Argentina yang menyerlah pada separuh masa pertama.
Bagaimanapun, beliau bermula dengan agak gementar menghadapi asakan Croatia.
Dikeluarkan oleh Jorge Sampaoli pada minit ke-56.
Javier Mascherano – 6.0
Menunjukkan ketenangan ketika beraksi seiring dengan pengalaman luas dimilikinya.
Namun, banyak melakukan kekasaran yang tidak sepatutnya.
Mudah diatasi Luka Modric pada separuh masa kedua.
Enzo Perez – 6.0
Terlepas peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada babak pertama walaupun Danijel Subasic sudah meninggalkan posisinya.
Mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan posisi.
Dikeluarkan selepas Argentina ketinggalan dengan satu gol.
Marcos Acuna – 6.0
Memberikan banyak ruang kepada Sime Vrasaljko pada awal permainan.
Bergelut untuk menyaingi Ante Rebic pada separuh masa kedua.
Lionel Messi – 6.5
25 minit pertama merupakan detik sukar buat pemain legenda hidup ini.
Sering dikawal rapi pertahanan Croatia. Kelihatan beliau tidak selesa dengan taktikal yang diterapkan Jorge Sampaoli.
Masih mampu menggelecek serta melakukan hantaran yang baik.
Maximiliano Meza – 6.0
Hanya berperanan dengan baik pada awal permainan dan kemudiannya tenggelam.
Sergio Aguero – 6.0
Tidak terlalu efektif pada separuh masa pertama walaupun mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol.
Langsung tidak menyentuh bola pada 21 minit terakhir separuh masa pertama.
Dikeluarkan pada minit ke-54.
Pemain simpanan
Gonzalo Higuain – 5.5
Sempat beraksi selama 36 minit. Tidak banyak yang dapat dibuktikannya.
Christian Pavon – 6.0
Sumbangannya dirasai dengan banyak melakukan percubaan berbanding pemain yang digantikannya, Eduardo Salvio.
Paulo Dybala – 6.0
Corak serangan sedikit berubah selepas beliau dimasukkan. Sempat beraksi selama 22 minit.
Croatia
Danijel Subasic – 7.0
Seringkali melakukan sepakan jauh yang akhirnya singgah di kaki pemain Argentina pada babak pertama.
Bertindak cemerlang menafikan percubaan dari Meza pada jarak dekat.
Sime Vrsaljko – 7.0
Mudah menewaskan Marcos Acuna untuk melakukan hantaran lintang yang menarik bagi mencari Mandzukic.
Bergelut untuk bersaing dengan Pavon selepas kemasukan pemain muda Argentina tersebut.
Dejan Lovren – 7.0
Melakukan ‘block’ penting terhadap percubaan dalam kotak penalti yang dilakukan Meza pada minit ke-13.
Kemudian, prestasinya sedikit menurun pada apabila hampir memberikan peluang kepada Perez untuk menjaringkan ‘open goal’.
Pada babak kedua, beliau membentuk gandingan yang baik bersama Domagoj Vida.
Domagoj Vida – 7.0
Lebih berdisiplin dan kental berbanding Lovren. Gemar melakukan kekasaran yang berlebihan.
Memasuki babak kedua, aksi beliau semakin menunjukkan peningkatan.
Ivan Strinic – 7.0
Bergelut dengan hantaran lintang yang dilancarkan pemain Argentina pada awal permainan.
Beraksi dengan baik walaupun tidak diancam.
Ivan Rakitic – 8.0
Kurang menyerlah pada separuh masa pertama tetapi aksinya kembali meningkat pada babak seterusnya.
Gandingannya bersama Luka Modric tampak memberikan ancaman yang hebat buat Argentina.
Sepakan percumanya mengenai palang dan akhirnya berjaya menjaringkan satu gol pada masa kecederaan.
Marcelo Brozovic – 7.0
Tidak banyak impak diberikan pada separuh masa pertama walaupun beliau berusaha keras untuk mempamerkan yang terbaik.
Cemerlang di babak kedua apabila kental memberikan pelindungan buat jentera pertahanan Croatia.
Menghasilkan satu bantuan jaringan (gol Luka Modric).
Ante Rebic – 7.0
Menjaringkan gol pembukaan menerusi satu rembatan ‘first-timer’ yang begitu cantik dan kemudiannya terus dikeluarkan.
Bernasib baik kerana kekasaran yang dilakukannya pada minit ke-39 sekadar menerima kad kuning.
Luka Modric – 8.5
Persembahan yang mengagumkan dipersembahkan kapten Croatia ini. Hantaran jauh yang dilakukannya begitu memukau.
Dengan mudah beliau dapat menyaingi dan mengawal jentera tengah sepanjang perlawanan.
Ledakan jarak jauh oleh beliau memberikan jaringan kedua buat pasukan.
Tidak ada sangsi, Modric layak digelar pemain terbaik perlawanan.
Ivan Perisic – 6.5
Serba tidak menentu buat pemain Inter Milan ini, terlepas dua peluang untuk meletakkan nama sebagai penjaring gol.
Dikeluarkan pada minit ke-82.
Mario Mandzukic – 7.0
Terlepas peluang keemasan selepas menanduk tersasar hasil sepakan penjuru yang diambil Vrasaljko.
Mampu memberikan ancaman buat pertahanan dengan larian derasnya tetapi semuanya tidak memberikan hasil yang diharapkan.
Dilayangkan kad kuning pada minit ke-58.
Pemain simpanan
Andrej Kamarij – 6.5
Kehadiran berjaya mengkucar-kacirkan jentera pertahanan Argentina.
Sempat beraksi selama 33 minit.
Mateo Kovacic – 6.5
Berjaya menghasilkan bantuan jaringan walaupun hanya sempat beraksi 10 minit.
Vedran Corluka – N/P
Hanya dimasukkan pada masa kecederaan untuk melengahkan masa.