Jaringan ‘tidak sengaja’ dari Diego Costa telah memberikan tiga mata penuh buat Sepanyol pada perlawanan menentang Iran.
Berikut adalah rating para pemain pada perlawanan Iran bertemu Sepanyol.
Iran
Alireza Beiranvand – 6.0
Menafikan dua percubaan terbaik dari David Silva (sepakan percuma) dan Sergio Busquets (percubaan luar kotak penalti).
Sebagai seorang penjaga gol mempunyai fizikal yang tinggi, beliau kelihatan begitu selesa dengan perebutan bola udara.
Ramin Rezaeian – 6.5
Beraksi dengan baik apabila berjaya memenangi 7 daripada 10 perebutan bola di udara.
Turut berupaya menghasilkan 2 ‘key passes’ namun gagal disempurnakan dengan baik oleh pemain di bahagian serangan.
Usahanya untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya dihukum apabila terkena Diego Costa untuk jaringan buat Sepanyol.
Merupakan pemain Iran yang memberikan sumbangan paling berkesan dalam perlawanan ini.
Majid Hosseini – 6.5
Menyerap asakan demi asakan yang dilancarkan pemain Sepanyol.
Berjaya melakukan ‘blocking’ terhadap percubaan yang dilakukan David Silva pada separuh masa pertama.
Morteza Pouraliganji – 6.5
Gandingannya bersama Majid Hosseini telah menutup ruang buat pemain Sepanyol bagi memecah masuk kubu Iran terutamanya di kawasan tengah.
Juga berjaya melakukan ‘blocking’ terhadap percubaan yang dilakukan David Silva.
Ehsan Haji Safi – 6.0
Bermula dengan baik di awal permainan dengan melakukan clearance dan hantaran lintang tetapi kemudiannya tidak banyak dapat dilakukannya selain dari menahan asakan dari bahagian serangan Sepanyol.
Mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-69.
Omid Ebrahimi – 6.0
Banyak menghabiskan masa di kawasan sendiri pada babak pertama.
Sering melakukan ‘clearance’ bagi menyelamatkan keadaan dari menerima ancaman lawan.
Mehdi Taremi – 6.0
Mempunyai dua peluang terbaik bagi mendapatkan jaringan menerusi tandukan yang berbahaya.
Ia dibuktikan dengan memenangi 10 daripada 10 perebutan bola di udara.
Saied Ezatolahi – 6.0
Berjaya melakukan 6 hantaran jauh terhadap rakan sepasukan.
Hampir menjadi wira buat Iran namun gol yang dijaringkannya telah tidak diiktiraf kerana beliau dikesan berada dalam keadaan ofsaid.
Vahid Amiri – 6.0
Aksi ‘Nutmeg’ yang dilakukannya terhadap Gerard Pique sedikit sebanyak membuatkan peminat akan mengingati sumbangnya pada perlawanan ini.
Melakukan 12 hantaran tepat dan turut dilayangkan kad kuning.
Dikeluarkan pada minit ke-86.
Karim Ansarifard – 6.0
Rembatannya pada awal babak kedua hampir-hampir memberikan jaringan pendahuluan perlawanan.
Dikeluarkan pada minit ke-74.
Sardar Azmaoun – 5.5
Tiada percubaan tepat dari penyerang ini. Hanya 2 percubaan tersasar dan turut berada di kawasan sendiri pada separuh masa pertama.
Pemain simpanan
Milad Mohammadi – 5.0
Beraksi selama 21 minit dan berjaya memenangi kesemua 4 perebutan bola di udara.
Alireza Jahanbakhsh – 5.0
Hanya sempat beraksi selama 16 minit dan melakukan 5 hantaran tepat. Tidak banyak yang dapat dibuktikan pemain ini.
Saman Ghoddos – N/A
Beliau hanya masuk pada 4 minit terakhir permainan (tidak termasuk waktu kecederaan), jadi tiada rating diberikan.
Sepanyol
David De Gea – 6.0
Langsung tiada serangan berbahaya yang dihadapi beliau.
Bernasib baik kerana jaringan yang dihasilkan oleh Iran dibatalkan oleh pengadil.
Daniel Carvajal – 6.5
Kembali beraksi buat pertama kali selepas kecederaan ketika bersama Real Madrid pada perlawanan akhir UCL.
Aksinya kurang meyakinkan namun semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Membantu bahagian sayap untuk memburu jaringan.
Gerard Pique – 6.5
Menjadi pertahanan terakhir (last man) ketika Iran menyerang.
Turut berada di kawasan Iran bagi membantu jentera tengah merencana serangan.
Di’nutmeg’ oleh Wahid Amiri yang hampir menjerat Sepanyol pada lewat permainan.
Sergio Ramos – 6.5
Turut membantu jentera tengah mengatur permainan.
Bijak membaca usaha menyerang yang dilancarkan pemain Iran. Menggunakan pengalaman dan kebijaksanaannya.
Jordi Alba – 6.5
Kelihatan seperti kurang selesa dengan peranannya pada perlawanan ini.
Bagaimanapun turut aktif dalam membantu di bahagian sayap untuk mencipta peluang jaringan.
Sergio Busquets – 7.0
Mencipta 92 hantaran tepat serta melakukan 2 ‘key passes’.
Meledakkan rembatan dari luar kotak penalti yang hampir memberikan jaringan buat skuad La Roja.
Andres Iniesta – 6.5
Bijak dalam mencari ruang bagi membolosi kawalan pertahanan Iran.
Tidak panik dan tergesa-gesa untuk memberikan peluang buat Sepanyol menekan Iran.
69 hantaran tepat dilakukan dan dikeluarkan pada minit ke-71.
Lucas Vasquez – 6.0
Tidak mempamerkan kualiti yang diharapkan oleh Fernando Hierro. Auranya kelihatan tenggelam pada perlawanan ini dan digantikan pada minit ke-80.
David Silva – 7.0
Taktikal Iran yang begitu kompak membuatkan David Silva sedikit bergelut untuk mempamerkan aksinya.
Ledakan sepakan percuma merupakan satu-satunya percubaan tepat dimilikinya.
Mencipta 2 ‘key passses’.
Isco – 7.5
Boleh dikatakan pemain terbaik buat Sepanyol pada perlawanan ini.
Beliau sentiasa bergerak di dalam padang untuk menukar posisi di kanan dan kiri.
Sentiasa berusaha untuk mencipta peluang dan gerakan buat rakan sepasukan.
95 hantaran tepat dan 13 perebutan di udara yang dilakukannya membuktikan beliau merupakan ancaman terbesar Iran.
Diego Costa – 7.0
Penjaring gol tunggal perlawanan yang menghadiahkan 3 mata penuh buat Sepanyol.
Bernasib baik kerana bola yang melantun terkena beliau terus menerjah gawang gol Iran.
Bergelut untuk melepasi kawalan pemain pertahanan Iran.
Dikeluarkan pada minit ke-89.
Pemain simpanan
Koke – 6.0
Sempat beraksi selama 19 minit.
Menjadi pengimbang di bahagian tengah ketika Iran giat melakukan serangan ke kubu Sepanyol.
Marcos Asensio – 5.0
10 minit yang dimilikinya tidak begitu berupaya untuk memberikan sumbangan yang berkesan.
Rodrigo – N/P
Beliau hanya masuk pada seminit terakhir permainan (tidak termasuk waktu kecederaan), jadi tiada rating diberikan.
Bagaimanapun, ini merupakan penampilan pertama beliau dalam saingan Piala Dunia.