Rusia 2018: Lionel Messi Dapat Sokongan Daripada Maradona Selepas Gagal Sempurnakan Sepakan Penalti

Messi

Kekecewaan para penyokong Argentina mungkin masih lagi tidak dapat diubati ketika ini selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Iceland.

Kegagalan Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti menambahkan lagi episod kurang enak pada perlawanan sulung skuad Albiceleste.

Akibat daripada itu, Messi menerima pelbagai kritikan yang telah dilemparkan terhadapnya.

Namun, legenda Argentina, Diego Maradona tampil untuk memberikan sokongan buat Messi.

Maradona berkata pemain terbaik di dunia juga melakukan kesilapan sedemikian, termasuklah dirinya sendiri.

”Saya gagal menyempurnakan sepakan penalti sebanyak lima kali berturut-turut dan saya masih lagi merupakan Diego Armando Maradona.”

”Perlawanan itu dan kehilangan dua mata adalah disebabkan pasukan, bukannya kerana sepakan penalti dia.”

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 16: Lionel Messi of Argentina passes the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Argentina and Iceland at Spartak Stadium on June 16, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Gabriel Rossi/Getty Images)

”Dia telah memberikan segalanya. ‘Budak kecil’ ini telah menjalankan tugasnya.”

Dalam pada itu, Maradona yang pernah mengemudi skuad kebangsaan Argentina mengharapkan pasukan bimbingan Jorge Sampaoli itu dapat kembali bangkit.

”Walaupun anda menang, seri atau kalah, ia sentiasa 11 pemain yang berada di dalam padang. Tetapi anda perlu melihat bagaimana cara anda menang, kalah atau seri.”

”Kami hampir dengan kekalahan pada perlawanan seterusnya. Kami menghadapi masalah yang besar tetapi kami masih percaya kepada Tuhan dan mampu untuk meningkat.”

”Saya harap para pemain dapat kembali dengan lebih baik.”

Perlawanan seterusnya, Argentina akan bertemu Croatia pada 22 Jun.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN