Jesse Lingard dikatakan sudah memohon hak cipta untuk nama panggilan beliau ‘JLingz’ dan juga keraian gol.
Jika Lingard menjaringkan gol menentang Tunisia pada perlawanan hari ini, beliau akan menunjukkan simbol yang seperti JL.
Lingard mempatenkan hak cipta untuk keraian gol ini mengikut jejak langkan Mo Farah dengan Mobot, Usain Bolt dengan Lightning Bolt dan Gareth Bale yang sebelum ini pernah mempatenkan keraian gol 11 of Hearts.
Jlingz ini akan menguatkan lagi jenama Lingard selepas ini di bawah nama JLINGZ LTD di mana Lingard dan abangnya adalah pengarah syarikat ini.
Peguam hak cipta, Jonty Warner berkata:
“Beliau sudah menfailkan kesemua hak cipta ini dalam 2 minggu. ‘Trademark’ beliau akan digunakan dalam pakaian, ‘footwear’ dan juga ‘headgear’.”
Namun Warner agak pelik dengan pemain yang cuba mempatenkan ‘trademark’ keraian gol.
Ini kerana, apa akan jadi, jika ada pemain meraikan gol dengan gaya yang sama dengan Lingard. Bayangkan pemain Colombia, Jefferson Lerma meraikan gol dengan JL, adakah beliau akan dikenakan tindakan?
Berbalik kepada kes Gareth Bale, sangat ramai pemain meraikan gol dengan gaya yang sama dengan Bale termasuk Di Maria, namun pemain itu tidak pernah mengambil tindakan ke atas mereka.
Warner juga tertanya-tanya, adakah keraian JL ini hanya dilarang untuk dilakukan di UK? Ini kerana hak ciptanya didaftarkan di UK.
Seorang lagi peguam Harta Intelek, Carissa Kendall-Windless memberitahu, Piala Dunia adalah platform yang terbaik untuk pemain mempromosikan jenama mereka.
Beliau berpandangan, Lingard telah melakukan perkara yang betul kerana Piala Dunia ada ramai penonton.
Cuma mungkin ada isu, sebagai contoh, pemain seperti Jefferson Lerma menggunakan gambar keraian gol JL beliau dengan membuka kedai di UK dan menggunakan imej dengan simbol JL.
Lingard mungkin sudah terlepas untuk mempromosikan JLingz ini pada final Piala FA kerana gagal menjaringkan gol ketika itu, di mana audien mencecah 8.7 juta di UK.
Satu lagi perlawanan yang paling tinggi tontonan di UK adalah perlawanan ketika England tewas di tangan Iceland pada Euro dengan tontonan mencecah 16.9 juta di UK.