Jose Mourinho berkata Paul Pogba tidak seharusnya dianugerahkan dengan gol kemenangan Perancis menentang Australia.
Walaupun berpendapat sedemikian, pengurus Manchester United itu memuji kesungguhan yang ditampilkan oleh Pogba untuk mencatatkan kemenangan untuk negaranya.
Tempoh Pogba bersama Manchester United sering dibayangi perdebatan mengenai posisi terbaik pemain tersebut, yang mempengaruhi konsistensi beliau.
Ketika bercakap kepada Russia Today, Mourinho memuji peranan Pogba sebagai pemain tengah ‘kotak-ke kotak’, yang memungkinkan gol kemenangan tersebut.
“Pada saya, ia bukan mengenai gol tersebut. Ia adalah gol sendiri. Tetapi secara keseluruhan, ia adalah mengenai aksi dan kesungguhan oleh Pogba untuk mendapatkan keputusan.”
“Majoriti pemain Perancis terlampau selesa, enggan mengambil risiko atau kurang keyakinan untuk beraksi sebagaimana sepatutnya.”
“[Kylian] Mbappe tidak beraksi pada kemampuan sebenar. Begitu juga dengan Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann.”
“Bahagian tengah pula terlampau berada di kedudukan mereka. Paul [Pogba] sendiri tidak terlibat banyak di dalam perlawanan ini dan kemudian- aksi sebegini ialah aksi No.8 sejati.”
“Begitulah kebanyakan orang menggelarkan pemain tengah kotak-ke-kotak. Jika ia adalah percubaan yang jelas dari Pogba, maka ia adalah gol yang sangat menarik untuk dibincangkan dari aspek taktikal.”
Mourinho turut berkata beliau tidak mempunyai isu mengenai pemilihan pemain oleh Didier Deschamps, namun menjelaskan pasukan ini gagal merealisasikan potensi sebenar apabila bergelut menentang Australia.
Australia terpaksa mengharungi masa tambahan ketika di pusingan kelayakan untuk mencatat kemenangan ke atas Syria.
“Saya suka cara Perancis untuk berhadapan dengan perlawanan ini. Saya suka melihat tiga pemain penyerang dibenarkan bebas berada di hadapan.”
“Mereka ada Mbape, Griezman dan Dembele. Namun tanpa seorang No.9 yang jelas, ia seperti kurang berhasil.”
“Australia selesa walaupun tanpa penguasaan bola. Namun mereka tetap berpeluang untuk mengancam melalui pertukaran hantaran di garis akhir serangan.”
“Ini kerana pemain tengah Perancis tidak berapa kuat di dalam aspek untuk memberi tekanan (pressing).”
“Selepas tiga hari aksi di Piala Dunia, setiap pasukan bertanding tidak menekankan aspek melakukan tekanan (pressing). Setiap pasukan lebih gemar beraksi dengan sistem pertahanan yang kompak, memiliki organisasi yang padu di bahagian pertahaan.”
Belum ada lagi pasukan di Piala Dunia ini yang dibentuk berdasarkan tekanan (pressing).