Jaringan hatrik Cristiano Ronaldo pada perlawanan bertemu Sepanyol telah mendapat pujian pengurus Manchester United, Jose Mourinho.
Mourinho yang juga merupakan kelahiran Portugal serta pernah membimbing Ronaldo ketika mengendali skuad Real Madrid menyifatkan bintang berusia 33 tahun itu sebagai pemain bagi ‘perlawanan khas’.
Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol pendahuluan buat Portugal pada minit ke-4 dan 44 namun kelebihan kedua-dua jaringan tersebut berjaya dinafikan Diego Costa.
Selepas ketinggalan 3-2, Ronaldo muncul wira dengan jaringan penyamaan menerusi sepakan percuma cantik yang terus menerjah gawang bagi menewaskan David De Gea.
”Dia tahu. Dia tahu dan itulah sebab saya mengagumi beberapa orang pemain dan dia (Cristiano Ronaldo) adalah salah satu contoh yang hebat.”
”Terdapat pemain untuk beberapa perlawanan, terdapat juga pemain buat setiap perlawanan dan ada pemain yang beraksi untuk perlawanan khas.”
”Dan dia merupakan salah seorang pemain yang beraksi untuk perlawanan khas.”
”Rekod sepakan percumanya tidak berapa baik sejak kebelakangan ini, saya rasa sepakan percuma yang diambilnya dalam skuad kebangsaan, tidak banyak menghasilkan gol seperti dilakukan ketika di Manchester United dan musim pertama di Real Madrid.”
”Tetapi ini yang kritikal, yang ini merupakan penting. Ia boleh mempengaruhi keyakinan dirinya, harga diri dan cara dia untuk tampil dalam dua lagi perlawanan (bertemu Maghribi dan Iran).”
Misi Cristiano Ronaldo dan Portugal akan diteruskan lagi apabila Juara Eropah itu akan bertemu Tunisia pada 20 Jun nanti pada perlawanan kedua kumpulan B.