Pasukan yang membuat kemunculan sulung di Piala Dunia, Iceland sudah bersedia berdepan “perlawanan terbesar dalam hidup” berdepan Argentina dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D esok, kata pemain tengah, Rurik Gislason.
“Bagi kami ia adalah perlawanan terbesar dalam hidup kami, perlawanan pertama kami di Piala Dunia, temasya paling besar,” kata Gislason.
Smallest nation to qualify for a World Cup ✔️
🇮🇸 Iceland 💪 pic.twitter.com/gOUpUTkpCb
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 11, 2018
Sebelum meninggalkan pangkalan pasukan dekat pesisiran pantai Laut Hitam di Gelendzshik untuk ke Moscow, skuad berkenaan tampak optimis.
“Argentina mungkin ada pasukan lebih baik di atas kertas tetapi kami sudah menunjukkan sebelum ini bahawa kami boleh mendapat keputusan baik berdepan pasukan handalan,” kata Gislason.
There’s no professional soccer league in Iceland. Their coach used to be a dentist. And they're the World Cup's most exciting underdog. https://t.co/KrCe70N3pe pic.twitter.com/QkUrOaIRov
— Bleacher Report (@BleacherReport) June 12, 2018
Pasukan kerdil dari Nordic itu mencipta kisah dongeng untuk berada di suku akhir Euro 2016, kejohanan utama pertama kali disertai mereka.
Selepas diundi bertemu juara sebenar Portugal, mereka mencipta kebangkitan dramatik menang ke atas England seterusnya menyingkirkan skuad kendalian Roy Hodgson pada saingan 16 pasukan terakhir.
“Skuad ini sangat tenang,” kata Arnor Traustason yang menjaringkan gol kemenangan ketika tambahan masa menentang Austria pada Euro 2016 untuk memastikan kemaraan dari peringkat kumpulan.
“Kami hanya mahu terus mencipta sejarah,” kata Traustason.
“OK jika negara lain memandang rendah kami, ia hanya menguntungkan kami,” katanya.