Rusia menang 5-0 dalam perlawanan menentang Arab Saudi. Kami boleh katakan ini antara kemenangan 5-0 yang paling klinikal dilakukan oleh pasukan yang tidak terlalu ofensif.
Sistem pertahanan Rusia yang ampuh
Rusia bermain dengan sistem 4-2-3-1 dalam perlawanan ini, namun bertahan dengan 4-4-2. Oleh itu, target man mereka akan turun selari dengan penyerang ke-2 ataupun no.10.
Mereka menekankan disiplin bertahan. Apabila bercerita tentang disiplin, sesebuah organisasi pertahanan yang berdisiplin itu perlulah ada aspek seperti
1. Kompak
2. Mampu melengahkan ancaman lawan
3. Memberikan sokongan (cover) kepada rakan-rakan yang lain
3 aspek di atas antara yang penting dalam bertahan. Ianya dimiliki oleh Rusia namun tidak pada Arab Saudi.
Ini adalah contoh bagaimana mereka bertukar daripada 4-2-3-1 kepada 4-4-2 untuk bertahan dalam two banks of four.
Lihat contoh di bawah ini cara mereka bergerak dalam unit ketika bertahan dan tidak agresif menekan bola. Sangat teratur dan jarak di antara pemain yang kemas. Ini yang memaksa Arab Saudi hanya mampu bergerak ke sisi.
Clear lines, collective and unison push-up & shift from Russia today. Nothing evolutionary, but it’s effectivity against teams that lack passing quality & tempo can’t be denied… #WorldCup2018 #RUSKSA pic.twitter.com/Ox9PZN7PVg
— coachdogge (@coachdogge) June 14, 2018
Masalah teknikal Arab Saudi
Arab Saudi memiliki penguasaan bola lebih 60% untuk separuh masa pertama dan separuh masa kedua.
Namun mereka tiada kemampuan untuk menyudahkan gerakan kerana terlalu banyak isu dengan hilang bola kerana gelecekan gagal ataupun gagal melakukan hantaran tepat.
Perlawanan ini pada dasarnya perlawanan yang rendah kualiti hantaran daripada kedua-dua pasukan. Purata hantaran tepat dilakukan kedua-dua pasukan kurang 80%.
Seterusnya 2 pertahanan sisi mereka terlalu mudah ditewaskan oleh pemain lawan secara organisasi dan secara 1 vs 1. Seperti yang kami nyatakan di atas, mujurlah mereka berhadapan Rusia yang banyak melakukan hantaran gagal.
Apabila berhadapan dengan lawan yang memiliki kelebihan fizikal dan cuba melakukan hantaran lintang, anda harus mengenakan tekanan yang intensif kepada penghantar bola ataupun mematikan sumber hantaran.
Itu gagal dilakukan oleh Arab Saudi. Mereka memberikan banyak ruang kepada penghantar bola.
Berhadapan dengan Rusia yang kompak dan berdisiplin, Arab Saudi terlalu tidak penetratif. Mereka hanya mampu menggerakkan bola secara U-Shape. Ini juga kerana mereka tiada keberanian dan kreativiti untuk memecahkan zon 14.
Rumusan
Ini adalah perlawanan yang agak lemah dari segi pertarungan taktikal. Namun Rusia lebih baik dan berdisplin serta memanipulasi kelemahan fizikal dimiliki pemain-pemain Arab Saudi.
Namun agak naif kalau terlalu memikirkan soal fizikal kerana bola sepak moden hari ini banyak taktik yang menekankan ‘pressing’ awal supaya hantaran lintang itu diganggu ataupun dihentikan.
Ini kerana agak sukar untuk anda berharap kepada man to man marking dalam kotak penalti kerana Rusia terlalu fizikal.
Dalam gambar di bawah ini Golovin masih boleh melakukan sentuhan ekstra dalam kedudukan ini untuk melakukan hantaran sesedap rasa.
Seterusnya, Arab Saudi ada isu dengan ‘basic football’. Pemain mereka kerapkali ditewaskan dengan mudah kerana sukar memutarkan badan ataupun terperangkap (get caught). Ini adalah isu kedudukan badan ketika bertahan ataupun body positioning.
Lihat cara Real Madrid bertahan dengan body positioning yang betul di sini:
Dari segi serangan, Arab Saudi rosak segalanya. Kurang sokongan di final third dan kurang width ketika membina serangan. Seterusnya mereka kerap tertidur dalam perlawanan ini. Pengulas sendiri berkata Arab Saudi ‘shut down’ sekali lagi. Mereka kerap leka dan hilang fokus.
Rusia jelas sekali tidak berminat untuk memenangi bola dengan cara terlalu agresif. Mereka hanya mengenakan tekanan keras di kawasan mereka sendiri. Mereka tidak kisah dengan penguasaan bola.
Walaupun Golovin menjadi pemain terbaik pilihan kami semalam, tetapi secara taktikal Denis Cherysev adalah nadi penting. Beliau berjaya memperbaiki aspek penetrasi ke kawasan serangan dan jauh lebih daripada mampu menggantikan Dzagoev dalam perlawanan ini.