Sterling Akui Kritikan Melampau Media Inggeris Buatkan Beliau Tak Mahu Keluar Rumah

Premier League dan bola sepak Inggeris itu merupakan satu perkara yang berbeza dari bola sepak di tempat lain.

Selain prestij dan populariti yang melebihi liga lain, satu perkara yang mencabar buat pemain dan pengurus di sana adalah media Inggeris.

Media Inggeris terkenal dengan reputasi sebagai media yang paling sukar untuk diuruskan dalam dunia bola sepak.

Ia sukar untuk diuruskan bukan sahaja oleh pemain luar, malah pemain tempatan sendiri.

Baru-baru ini, Raheem Sterling mendedahkan kesukaran beliau dalam berhadapan dengan kritikan pedas oleh media Inggeris.

Menurut beliau, kritikan yang diterima oleh beliau pernah membuatkan beliau tidak mahu untuk keluar dari rumah.

“Saya masih ingat ketika perlawanan pertama saya di EURO 2016 dahulu.”

“Saya sangka saya sudah bermain baik, saya berjaya melepasi pemain lawan beberapa kali dan saya berjaya membawa bola ke kawasan pihak lawan. Tapi saya tetapi dikritik hebat oleh media.”

MARSEILLE, FRANCE – JUNE 11: Raheem Sterling of England is tackled by Roman Neustadter of Russia during the UEFA EURO 2016 Group B match between England and Russia at Stade Velodrome on June 11, 2016 in Marseille, France. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Kritikan pedas yang diberikan oleh media Inggeris terhadap Sterling kadang-kala bakal mengundang bahaya kepada dirinya sendiri.

“Adakalanya saya berfikir, jika saya lakukan perkara sebegini maka akan ada bahaya yang datang kepada saya.”

“Jika saya keluar rumah pada malamnya, perkara yang tidak baik akan datang kepada saya.”

BURTON-UPON-TRENT, ENGLAND – JUNE 05: Raheem Sterling is interviewed by media during an England media session at St Georges Park on June 5, 2018 in Burton-upon-Trent, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Sterling mencipta kontroversi baru-baru ini apabila mecacah tatu senapang M16 di kaki kanannya.

Tindakannya itu telah mengundang kritikan pedas dari ramai pihak walaupun beliau telah memberikan penjelasan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN