Aksi unifi Liga Super 2018 diteruskan dengan 2 aksi perlawanan dilangsungkan di Stadium KLFA, Cheras dan juga Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.
Pertembungan seluruh Selangor menyaksikan Selangor melayan kunjungan PKNS FC.
Selangor bermula garang apabila berjaya mendahului PKNS FC seawal 10 minit pertama permainan.
Rembatan dari sebelah kiri oleh Ilham Udin tidak berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol PKNS FC dan ini membolehkan Rufino Segovia menolak mudah bola itu ke dalam gol dari jarak dekat.
Gol tersebut merupakan gol kedua belas beliau musim ini dalam saingan liga.
2 minit sebelum rehat separuh masa, Safee Sali menjaringkan gol untuk PKNS FC menerusi rembatan deras kaki kanan beliau yang menewaskan penjaga gol tuan rumah.
Selangor berhasil memperoleh gol kemenangan pada minit ke-60 apabila Evan Dimas merembat kencang bola ke gawang PKNS FC dari luar kotak penalti.
Di Paroi, Negeri Sembilan melayan kunjungan Perak dalam usaha untuk mencari 3 mata penting buat pasukan.
Perlawanan ini mempunyai hiburannya yang tersendiri apabila kedua-dua pasukan saling mencari gol di separuh masa pertama.
Akan tetapi, penyudah sempurna gagal dijumpai oleh kedua-dua pasukan.
Di separuh masa kedua, Perak berjaya mendahului menerusi Gilmar Da Silva menerusi penyudah jarak dekat pada minit ke-71.
Ketika Perak seakan pulang dengan 3 mata, N. Thanabalan mengecewakan pasukan pelawat apabila menanduk masuk bola pada minit ke-90+5.
Tandukan itu boleh dikatakan sebagai sentuhan terakhir dalam perlawanan ini kerana gol itu terhasil selepas tempoh masa kecederaan!
Perlawanan ini juga menyaksikan insiden tegang berlaku selepas pemain tuan rumah, Flavio Beck terembat bola tepat ke arah muka pemain Perak dari jarak dekat.
Hasil dua perlawanan ini menyaksikan Selangor berjaya memintas Kuala Lumpur dan Melaka United untuk naik ke kedudukan kelapan liga.
Sementara, Negeri Sembilan masih bergelut di zon penyingkiran dengan berada di tangga kesebelas.