Ketua Palestinian Football Association (FA Palestine), Jibril Rajoub mengadakan sidang media khas mengucapkan terima kasih kepada Messi dan rakan-rakan beliau dalam sesi ‘From Palestine, Thank You Messi’.
Jibril Rajoub memang dianggap bapa pembangunan bola sepak Palestine. Di bawah pentadbiran beliau Palestine terus meningkat naik terutama sekali dalam ranking dunia FIFA.
Jibril Rajoub membidas Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev yang mencampur adukan sukan dan politik.
Ini selepas Miri Regev adalah orang yang menjadi dalang kepada idea agar perlawanan persahabatan itu diadakan di Jerusalem bukannya di Haifa.
Jibril menuduh ia memang ada motif politik agar dunia melihat bahawa Jerusalem adalah wilayah Israel.
Laporan Al Jazeera menyebut, Argentina meminta perlawanan pemanas badan mereka sebelum Piala Dunia menentang Israel dibatalkan.
Ini selepas kontroversi melibatkan venue perlawanan dan beberapa siri serangan oleh Israel ke atas Palestine. Messi dikatakan menjadi orang yang paling lantang meminta pasukan Argentina membatalkan perlawanan itu.
#Argentina football match with #Israel canceled. Messi: “As a #UNICEF ambassador I cannot play against people who kill innocent #Palestinian children. We had to cancel the game because we are humans.“@netanyahu phones Argentinian President, Result?
Argentina 1 – Israel 0 pic.twitter.com/pCs5CaI2fd
— Elijah J. Magnier 🇪🇺 (@ejmalrai) June 6, 2018
Hal itu diakui sendiri oleh rakan beliau, Gonzalo Higuain yang turut menyatakan satu pasukan menyokong tindakan itu atas dasar solidariti kemanusiaan. Higuan ketika berkata:
“Apa yang membuatkan anda membatalkan perlawanan menentang Israel?”
“Kami sebenarnya tidak berapa pasti tetapi keputusan kami adalah muktamad. Ketika Messi bertanya kepada kami bagaimana kami boleh bermain dengan tenang dengan banyak orang Palestin yang menderita, saya tersentap,” kata Higuain.
Lionel Messi merupakan salah seorang duta PBB. Bercakap di Akademi Joseph Blatter di West Bank, Jibril Rajoub berkata:
“Miri Regev (gambar) patut jelas dengan situasi semasa, anda hanya akan memburukkan lagi keadaan untuk semua orang jika mencampurkan susu dengan daging.”
Regev menuduh, Argentina membatalkan perlawanan itu kerana ugutan bunuh daripada pihak Palestine.
Namun Jibril menyatakan yang keputusan Argentina itu adalah kerana prinsip mereka.
“Saya rasa Lionel Messi dan keseluruhan skuad Argentina menghormati prinsip mereka dan saya ingin berterima kasih kepada mereka.”
“Mereka ikut kata hati mereka. Messi akan menjadi orang pertama yang akan kalah jika perlawanan itu berlangsung.”
“FA Argentina telah memutuskan untuk tidak bermain dalam perlawanan di stadium Jerusalem.”
Beberapa minggu lalu, Jibril pernah meminta penyokong membakar jersi Messi jika mereka meneruskan hasrat untuk bermain di Stadium Teddy Kollek di Jerusalem kerana ianya sangat sensitif untuk rakyat Palestine.
Messi adalah simbol cinta dan kemananan di dunia, lalu beliau ketika itu sangat berharap Messi dan Argentina tidak meneruskan perlawanan tersebut. Ini kerana beliau tidak mahu Messi dikaitkan dengan jenayah dan pembunuhan.
Palestine FA chief: 'Fans should burn Messi shirt if he comes to Israel'https://t.co/UBv8ULx13j
— Barcelona Live (@barca90live) June 4, 2018
“Kami dari pihak FA Palestine ingin mengucapkan terima kasih FA Argentina, jurulatih mereka dan kesemua organisasi kemanusiaan yang bersolidariti untuk Palestine, mereka yang telah mendesak agar perlawanan ini dibatalkan.”
“Kerajaan Israel terlalu tergesa-gesa untuk membuat keputusan mengadakan perlawanan ini di Jerusalem, tanpa mengambil kira, bola sepak, hak asasi manusia dan legitimasi antarabangsa.”
“Israel telah menukar venue dari Haifa ke Jerusalem sebagai tanda 70 tahun kemerdekaan Israel. Mereka memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke Jerusalem, itu semua melanggar undang-undang.”
“Atas semua sebab itulah kami di FA Palestine melakukan segala usaha sejak hari pertama berdasarkan undang-undang FIFA.”
“Undang-undang antarabangsa melihat timur Jerusalem sebagai isu yang harus diselesaikan dengan diplomasi. Namun, ianya adalah kawasan yang tidak berada dalam peta Israel.”
Rajoub tidak kisah jika perlawanan itu dianjurkan di Haifa kerana beliau tidak mahu mencampurkan politik dan bola sepak. Pasukan Israel berhak bermain menentang sesiapa sahaja di tempat mereka ataupun di negara lain, asalkan tiada motif politik.
Namun apabila Israel dengan sengaja menukarkan venue ke Jerusalem, beliau berpendapat pihak Israel terutama sekali Miri Regev telah bermain dengan api politik dalam bola sepak. Jelas ada motif tidak baik di sebalik semua itu.
“Saya tak mahu bercakap siapa kalah dalam isu ini, itu bukan cara saya. Saya cuma berharap FA Israel ‘cukup jantan’, dan bercakap kepada kerajaan mereka supaya berhenti mencampur adukkan politik dan sukan.”
“Miri Regev bertanggungjawab di atas kerosakan (damage) ini, itu mungkin perkataan yang anda pakai. Berhenti menyokong rasis, fasis yang diketuai Miri Regev and Bibi (gelaran untuk Benjamin Netanyahu).”
“Saya berharap sangat Israel tidak campur adukkan politik dalam sukan. Saya tujukan kenyataan ini kepada orang kanan Israel, Miri Ragev, padan muka anda.”
“Jika pasukan kami mahu bermain di Haifa, mereka berhak untuk membantahnya, dan saya tidak boleh berkeras membantahnya dan cuba bercakap soal undang-undang.”
“Bibi merasakan dirinya ketua seluruh dunia ini. Saya tak takut dengan Presiden FA Israel, Ofer Eini. Dia patut melihat cermin dan memahami apa tugasan dia sebenarnya.”
“Menteri Kebudayaan anda adalah manusia yang paling rasis di dunia.”
Rajoub mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Argentina dalam Piala Dunia 2018. Dan meminta wakil PBB menolak sebarang unsur politik dalam sukan.
“Kami ucapkan terima kasih kepada Argentina yang diketuai Lionel Messi kerana menolak untuk dijadikan alat bukan untuk tujuan kesukanan oleh Israel.”
Buat masa ini FA Palestine masih belum menghubungi FA Argentina berkenaan hal itu.
Rakyat Palestine meraikan keputusan Argentina membatalkan perlawanan persahabatan dengan Israel pada Khamis ini.
Presiden Israel, Benjamin Natenyahu pula menyatakan yang mereka sudah ‘move on’ daripada perkara itu.
Argentina telah mengorbankan satu perlawanan pemanas badan sebelum Piala Dunia. Bagi semua pasukan perlawanan pemanas badan sebelum kejohanan sangat penting. Namun itulah nilai yang ditanggung oleh Argentina demi kemanusiaan.