‘Home Nations’ merupakan negara-negara di bawah United Kingdom. 4 buah negara Home Nations ini merupakan negara pengasas bola sepak moden sebagaimana yang kita lihat seperti hari ini.
Artikel kali ini akan mengisahkan perjalanan kempen 4 negara yang dimaksudkan.
England
Mereka memenangi Piala Dunia pada tahun 1966 di laman sendiri. Tetapi, Three Lions membuat penampilan sulung pada Piala Dunia 1950.
England pernah mara sekali ke separuh akhir pada pasca kejayaan 1966. Mereka mara ke separuh akhir tetapi tewas kepada Jerman
melalui sepakan penalti.
Pada perlawanan play-off tempat ketiga, Itali menewaskan England. England meraih tempat keempat, satu kedudukan yang harus dipuji kepada skuad pada ketika itu.
15 kali England beraksi dalam Piala Dunia sejak 1950.
Scotland
Pada edisi 1954 di Switzerland, Scotland menjadi negara kedua Home Nations beraksi di Piala Dunia. Mengikut rekod, Scotland
sudah 8 kali beraksi di Piala Dunia.
Kali terakhir mereka bermain di kejohanan ini ialah pada tahun 1998. Menariknya, Scotland tidak pernah melepasi walaupun sekali
saingan peringkat kumpulan.
Dalam kata lain, mereka gagal mara ke pusingan kalah mati.
Menariknya Scotland ini, mereka sempat dibimbing oleh Sir Alex Ferguson. Pada ketika itu, Sir Alex mengendalikan mereka untuk Piala Dunia 1986 di Mexico.
Ireland Utara.
Aksi Ireland Utara terbaik dalam Piala Dunia ialah sewaktu edisi 1958. Mereka mara sehingga ke pusingan suku akhir.
Namun kempen mereka terkandas di pusingan tersebut apabila kalah kepada Perancis. Tambah manis, sebenarnya Ireland Utara mara buat kali pertama pada tahun tersebut.
Ireland Utara sudah 3 kali bermain di Piala Dunia. Mereka muncul sewaktu Piala Dunia 1982 dan 1986.
Hebat bukan?
Wales
Sebelum itu, berapa kalikah Wales ke Piala Dunia? Kami pasti ramai akan menjawab dengan salah!
Sebenarnya Wales pernah merasai aura Piala Dunia hanya sekali. Itu pun pada 1958.
Wales turut memberikan aksi yang memberangsangkan. Mereka juga mara ke pusingan suku akhir. Tetapi, satu-satunya gol tunggal oleh Pele telah memisahkan antara Brazil dengan Wales.
Bila agaknya Wales akan kembali ke Piala Dunia? Entahlah…
Sekilas fakta menarik
Pada Piala Dunia 1958, kesemua keempat-empat Home Nations beraksi di Piala Dunia. Setiap kumpulan mempunyai satu wakil
dari kelompok Home Nations ini. Mereka tidak bertembung antara satu sama lain di peringkat kumpulan.
Kali terakhir Piala Dunia yang menyaksikan tiada wakil Home Nations ialah pada 1994 di mana Amerika Syarikat menjadi tuan rumah.
Peter McParland menjadi rekod penjaring terbanyak gol Piala Dunia untuk Ireland Utara dengan 5 gol. Kesemua gol beliau hadir sewaktu Piala Dunia 1958.
Di pihak Scotland, Joe Jordan pernah menjaringkan 4 gol. Gol disumbangkan beliau merupakan gol terbanyak untuk Scotland dalam Piala Dunia.
Wales boleh berbangga dengan dua gol yang dijaringkan oleh Ivor Allchurch. Ivor menjadi penjaring terbanyak Wales dalam
kejohanan berprestij ini.
Gary Lineker menjadi ayam tambatan England. Pemain yang kini menjadi pengacara TV itu pernah menyumbat 10 gol bagi England sewaktu Piala Dunia.
6 gol dijaringkan beliau sewaktu Piala Dunia 1986. Baki 4 itu hadir semasa aksi Piala Dunia 1990.
Penutup
Rasanya agak sukar untuk melihat lebih daripada 1 wakil dari Home Nations bermain di Piala Dunia. Apatah lagi bertembung sesama sendiri. Tetapi, persoalan ini akan terjawab mulai Piala Dunia 2026.