10 Lagu Terbaik Yang Menyemarakkan Kemeriahan Piala Dunia

Lagu

Setiap kali tibanya saingan Piala Dunia, pasti akan terhasil lagu-lagu nyanyian artis-artis terkenal bagi tujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kejohanan bolasepak terbesar empat tahun sekali itu.

Bukan sekadar itu sahaja, lagu-lagu dengan pelbagai genre muzik ini membuatkan para pendengar akan berasa teruja apabila mendengarnya

Disenaraikan 10 lagu Piala Dunia terbaik pilihan penulis yang berjaya memukau peminat sebagai simbolik sambutan kemeriahan demam Piala Dunia.

1. “Wavin’ Flag” (K’naan) – Piala Dunia 2010


Wavin’ Flag merupakan lagu hasil ciptaan dan nyayian dari artis rap berasal dari Somalia, K’naan menerusi albumnya sulungnya, Troubadour.

Lagu ini pada asalnya ditulis untuk sambutan hari kebebasan rakyat di Somalia.

Namun, selepas kejadian gempa bumi yang menimpa Haiti pada tahun 2010, lagu ini dinyanyikan semula oleh kumpulan gabungan artis-artis muda Kanada yang diberi gelaran “Young Artists for Haiti”

Seramai 53 artis tampil menyanyikan lagu ini bagi memberikan inspirasi dan sumbangan berterusan kepada badan amal Kanada untuk kerja membantu rakyat di Haiti.

Lagu Wavin’Flag mula menjadi hit apabila ianya dipilih sebagai salah satu lagu promosi Coca-Cola untuk Piala Dunia 2010 FIFA.

Coca-Cola mengolahkan semula dan menghasilkan lagu ini dalam bentuk dua versi iaitu dalam bahasa Inggeris (K’naan) dan bahasa Latin (K’naan/David Bisbal)

Alunan muzik dalam lagu ini menggambarkan “inspirasi tarian bagi bangsa di benua Afrika.”

Coca-Cola telah menggabungkan lagu itu dengan iklan-iklan Coca-Cola bagi tujuan mempromosikan jenama terkenal mereka sepanjang kempen itu berlangsung.

2. “La Copa De La Vida” (Ricky Martin) – Piala Dunia 1998

Bagi anda yang lahir pada era tahun 90-an pasti masih bermain di ingatan lirik lagu Here we go! Ale, ale, ale! Go, go, go! Ale, ale, ale!.

Lagu ini bertajuk La Copa De La Vida. Ia dinyanyikan oleh Ricky Martin dan menjadi salah satu lagu paling popular pada tahun 1998.

Dengan irama menggoda, klip video ini berjaya menarik perhatian dengan adunan lirik yang menarik dan menyenangkan.

Tidak hairanlah jika lagu ini masih ada yang mendengarnya sehingga ke hari ini.

La Copa de la vida adalah lagu tema yang sering dinyanyikan pada Piala Dunia 1998 di Perancis.

Lagu ini juga berjaya menaikkan nama Ricky Martin sebagai penyanyi lelaki bertaraf dunia.

Walaupun dimuat naik di Youtube pada tahun 2009, 11 tahun selepas edisi Piala Dunia 1998, lagu ini masih didengari hampir 34 juta tontonan di Youtube.

Anda boleh mengatakan yang lagu La Copa De La vida adalah salah satu lagu tema Piala Dunia yang terbaik dan klasik yang tidak pernah dilupakan.

3. “Celebrate The Day” (Herbert Grönemeyer) – Piala Dunia 2006

Anda pasti masih ingat tema lagu Piala Dunia 2006 yang mana salah satunya bertajuk “Celebrate The Day” nyanyian Herbert Grönemeyer.

Lagu ini digunakan untuk tema lagu Piala Dunia 2006. Ianya dipilih  kerana mempunyai nada dan lirik yang mudah disebut dan dihafal oleh sesiapa sahaja.

Di samping itu, anda juga akan berasa lebih bersemangat apabila mendengar lagu ini.

Lagu genre pop ini dikeluarkan pada tahun 2006 dan menjadi salah sebuah lagu popular semasa pertandingan Piala Dunia 2006 yang berlangsung di Jerman.

Lagu rasmi Piala Dunia 2006 ialah The Time of Our Lives, yang dinyanyikan oleh Il Divo dan Toni Braxton.

 4. “Waka Waka” (Shakira) – Piala Dunia 2010

Masih ingat tema lagu Piala Dunia 2010? Mungkin sebahagian daripada anda masih ingat nada lagu Waka Waka yang mudah disebut.

Tema lagu Piala Dunia 2010 ini adalah salah satu lagu paling popular semasa Piala Dunia 2010.

Waka Waka dinyanyikan oleh kumpulan muzik Shakira dan Afrika Selatan, Freshlyground.

Lagu ini secara rasmi digunakan untuk Piala Dunia 2010 Afrika Selatan dan pertama kali dikeluarkan pada 11 Mei 2010.

Selepas 8 tahun, ternyata lagu ini masih segar bermain di telinga peminat. Klip video ‘Waka Waka’ oleh Shakira telah mencecah hampir dua bilion tontonan di Youtube sehingga hari ini.

5. “Dare (La La La)” –  (Shakira ft. Carlinhos Brown) – Piala Dunia 2014


Shakira dan lagunya sudah menjadi sinomin bagi kempen Piala Dunia.

Selama tiga edisi berturut-turut bermula dari tahun 2006 sehingga 2014, lagu yang dinyanyikan oleh Shakira telah berjaya mendapat tempat jutaan para pendengar bila tibanya kejohanan berprestij tersebut.

Selepas mencetuskan fenomena lagu Hips Don’t Lie dan Waka Waka, Shakira kembali dengan lagu La La La untuk Piala Dunia 2014.

Lagu ini direkodkan pada tahun 2012 di Lisbon, Portugal dan dikeluarkan pada 24 April 2014 menerusi album single Shakira berjudul Dare sebelum ianya dijenamakan semula pada 27 May 2014 khas untuk Piala Dunia 2014 di Brazil.

Beberapa pemain terkenal turut terlibat dalam pembikinan video lagu tersebut antaranya, Gerard Piqué, Lionel Messi, Neymar, Sergio Aguero, Cesc Fàbregas, Radamel Falcao, dan Éric Abidal.

Video lagu tersebut turut kelihatan anak Shakira, Milan Piqué Mebarak yang ketika itu masih berusia 2 tahun.

Namun, lagu La La La ini tidak terpilih sebagai lagu rasmi Piala Dunia 2014 oleh FIFA.

FIFA terlebih dahulu memilih lagu nyanyian Jennifer Lopez dan Pitbull berjudul We Are One (Ole Ola) sebagai lagu rasmi kejohanan tersebut.


6. “We Are One (Ole Ola)” (Pitbull ft. Jennifer Lopez/Claudia Leitt ) – Piala Dunia 2014

Siapa yang tidak mengenali rapper terkenal, Pitbull.

Empat tahun lalu, lagu nyayian nya bersama Jennifer Lopez dan Claudia Leitte bertajuk We Are One (Ole Ola) telah menjadi ‘trending’ di Youtube.

Pada 22 Januari 2014, FIFA dengan kerjasama Sony Music Entertainment mengumumkan bahawa lagu tersebut sebagai lagu rasmi Piala Dunia FIFA 2014 yang diadakan di Brazil.

Pitbull menampilkan konsep warna warni lagu tersebut dari album One Love, One Rhythm yang menggabungkan tiga genre muzik iaitu “Latin House, Samba dan Dance-Pop.

Irama muzik yang pantas menjadikan suasana Piala Dunia 2014 lebih bersemangat dan menyeronokkan.

We Are One telah menduduki carta terbaik di Amerika pada tahun 2014. Maka tidak hairanlah jika lagu ini dipilih antara lagu paling berpengaruh dalam kempen Piala Dunia.

7.  “Hips Don’t Lie” (Shakira ft. Wyclef Jean) – Piala Dunia 2006


Nama Shakira mula dikenali selepas beliau tampil dengan sebuah lagu untuk Piala Dunia 2006 bertajuk Hips Don’t Lie menerusi album Oral Fixation, Vol. 2.

Lagu ini menyaksikan Shakira berkolaborasi bersama rapper terkenal dari Haiti, Wyclef Jean.

Lagu berdurasi selama 3:38 minit ini dirakamkan pada tahun 2005 di Criteria Studios dan diedarkan serta dipromosikan oleh syarikat Sony Music Studios pada 28 Februari 2006.

Sejak lagu ini diperkenalkan pada 2006, ia telah berjaya menduduki carta teratas album paling laris dijual secara digital di semua platform antarabangsa.

Sebanyak tiga juta buah album terjual dan hampir dua juta nada dering dimuat turun di Amerika Syarikat.

8. “We Are the Champions” (Queen) – Piala Dunia 1994


“We Are the Champions” adalah lagu dari kumpulan band rock British yang dikenali sebagai Kumpulan Queen.

Lagu ini dikeluarkan pada tahun 1977 menerusi album News of the World.

Lagu ini hasil ciptaan penyanyi utama kumpulan tersebut iaitu, Freddie Mercury.

“We Are the Champion” berjaya membawa impak buat penonton dan para pemain yang berjaya mengejar impian untuk mencapai kejayaan yang telah menjadi kenyataan.

Lagu yang membawa genre Rock ini telah berjaya mencapai kedudukan nombor dua dalam Carta Singles UK dan nombor empat di Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat.

Lagu ini dipilih sebagai lagu Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat bersama lagu Gloryland hasil nyanyian Daryl Hall dan Souns of Blackness.

Pada tahun 2009, “We Are the Champion” telah dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran Grammy dan dipilih sebagai lagu kegemaran masyarakat dalam tamadun di dunia.

Pada tahun 2011, satu kumpulan penyelidik saintifik menyimpulkan bahawa lagu itu adalah yang paling menarik dalam sejarah muzik popular.

 9. “La Copa de todos (The World Is Ours)” (David Correy) – Piala Dunia 2014


Lagu “The World Is Ours” adalah lagu yang dikeluarkan oleh syarikat minuman Coca-Cola sebagai lagu promosi Piala Dunia 2014 di Brazil.

David Correy, kumpulan muzik Monobloco dan Aloe Blacc antara artis yang menyanyikan lagu “The World is Our 2014”.

Lagu ini dilancarkan secara rasmi pada tahun 2014 di Bogota, Colombia.

Lagu ini diolah dan ditulis semula oleh Aloe Blacc yang menggabungkan dengan lirik dan irama muzik dari versi asal ‘The World Is Our’ nyayian David Correy dan Monobloco.

Hasil gabungan tiga artis ini berjaya menyampaikan mesej kepada pendengar tentang kesatuan perkauman dan kebahagian dalam kehidupan.

10. “Colour” (Jason Derulo) – Piala Dunia 2018


Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Jason Derulo telah diberi penghormatan untuk mencipta lagu sempena kejohanan Piala Dunia yang berlangsung pada tahun ini di Rusia.

Lagu ‘Colors’ ini telah dipilih oleh Coca-Cola sebagai lagu muzik video rasmi untuk Piala Dunia FIFA 2018.

Lagu ini membawa inspirasi buat para pendengar bagi meraikan kepelbagaian, semangat kesukanan dan kebanggaan segenap peminat sukan bola sepak di seluruh dunia.

Lagu ini dicipta menerusi album khas “The Official Album of the 2018 FIFA World Cup”terbitan syarikat produksi Warner Bros.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN