Guardiola Digantung Dua Perlawanan Oleh UEFA Kerana Salah Laku

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berhadapan dengan pergantungan sebanyak dua perlawanan UEFA Champions League 9UCL) oleh UEFA kerana reaksinya dalam kekalahan kepada Liverpool di peringkat suku akhir pertandingan itu.

Pengurus berusia 47 tahun itu diusir dari kawasan teknikal selepas tamat babak pertama perlawanan di perlawanan kedua membabitkan pertemuan kedua-dua pasukan di Etihad pada 10 April lalu.

(Photo credit should read ANTHONY DEVLIN/AFP/Getty Images)

Tindakan oleh pengadil perlawanan terhadap Guardiola adalah kerana tindakan pengurus itu yang memprotes secara keterlaluan keputusan pengadil.

Untuk hukuman tersebut, Guardiola akan terlepas aksi membabitkan pasukan kendalian beliau pada musim hadapan. Manakala keputusan pergantungan untuk satu lagi perlawanan akan ditangguhkan selama setahun.

Pergantungan kedua tersebut hanya akan mengambil tempat sekiranya Guardiola mengulangi salah laku yang sama pada musim hadapan.

Manchester City manager Pep Guardiola gestures to Referee Antonio Miguel Mateu Lahoz during the UEFA Champions League, Quarter Final at the Etihad Stadium, Manchester. (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Bagaimanapun Guardiola menafikan tindakan protes beliau terhadap gol Manchester City yang dibatalkan sebagai keterlaluan.

Manchester City mendahului 1-0 pada ketika itu, namun ketinggalan 3-1 secara agregat. Leroy Sane menjaringkan gol tersebut, namun didakwa oleh pengadil berada di dalam keadaan offsaid.

Guardiola bagaimanapun membantah keputusan tersebut kerana mendakwa bola terlebih dahulu terkena kaki pemain tengah Liverpool, James Milner.

(Photo credit should read ANTHONY DEVLIN/AFP/Getty Images)

Liverpool akhirnya menang perlawanan tersebut dengan jaringan 2-1 untuk layak ke separuh akhir dengan agregat 5-1.

Dalam perkembangan berkaitan, Liverpool turut didenda sebanyak €30,000 membabitkan insiden kekacauan penyokong di dalam dua isiden berasingan di peringkat suku akhir dan separuh akhir UCL.

€20,000 adalah jumlah yang didenda kerana membaling objek ke arah bas yang membawa skuad Manchester City ke Anfield, €6,000 kerana menyalakan bunga api dan membaling objek dalam perlawanan di Etihad, dan €3,000 lagi kerana insiden bunga api dalam perlawanan di Rom.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN