Irfan Bakti Risau ‘Sindrom Karius’ Menyerang Wan Azraie Lagi

Menjelang aksi Liga Super menentang kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di Stadium Perak, Ipoh malam ini, penjaga gol utama Terengganu FC (TFC), Wan Muhammad Azraie Wan Teh berkemungkinan besar kehilangan posisinya dalam kese­belasan utama.

Pengendali skuad itu Irfan Bakti Abu Salim berkata kepada Kosmo, beliau masih tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya dengan prestasi buruk Wan Muhammad Azraie yang melepaskan gol-gol mudah sehingga skuad Penyu di­belasah 3-0 oleh Kuala Lumpur pada aksi Sabtu lalu.

“Saya akan berbincang dengan jurulatih penjaga gol (TFC I) terlebih dahulu siapa penjaga gol yang akan diturunkan untuk menentang PKNP FC esok (malam ini).

“Apa pun yang pasti saya akan melakukan rombakan pada skuad TFC I bagi memastikan tiga mata berharga pada perlawanan itu,” katanya kepada Kosmo!.

Sesi latihan skuad Terengganu FC. FOTO: TFC

Selain itu, Irfan membayangkan akan menurunkan pemain import baharu dari Korea Selatan, Do Dong Hyun bagi menajamkan jentera serangan skuad itu.

Katanya, 3 mata penuh sangat diperlukan malam ini bagi memastikan jurang pasukan dengan pendahulu liga tidak begitu jauh.

Do Dong Hyun bakal membuat penampilan sulung malam ini. FOTO: TFC

“Kemenangan dengan PKNP FC amat penting untuk memulihkan semula moral pemain yang terjejas teruk akibat kekalahan de–ngan Kuala Lumpur.

“Tiga mata berharga itu juga membolehkan kita terus menghambat pendahulu liga (Johor Darul Ta’zim), sekali gus kembali ke landasan untuk memburu tiga terbaik liga musim ini,” kata­nya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN