Rusia 2018 : Kecederaan Yang Dialami Vincent Kompany Cemaskan Pengendali Belgium

Belgium

Berita kurang enak menghantui kem Belgium menjelang sepak mula Piala Dunia yang berbaki 10 hari lagi, apabila pemain pertahanan utama yang merupakan ketua pasukan, Vincent Kompany mengalami kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Portugal tempohari.

Jurulatih Belgium, Roberto Martinez mula bimbang dengan situasi yang sedang dihadapi Kompany, selepas menerima laporan dari doktor pasukan bahawa pemain berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan di bahagain pangkal paha.

“Anda boleh merasakannya apabila dia (Kompany) meninggalkan padang dan kami semua bimbang,” ujar Roberto Martinez dalam satu sidang akhbar selepas perlawanan.

Tambahanya lagi “Katanya dia berasa tidak selesa di pangkal paha apabila dia berjalan di padang. Dia bukan pemain muda, dia tahu mengenai badannya. Pada ketika itu adalah masa yang sesuai untuk dia berehat.”

Belgium’s head coach Roberto Martinez (C) speaks with Belgium’s Vincent Kompany as he leaves the pitchSource:AFP

Kompany, merupakan nadi utama di bahagian pertahanan Belgium. Kehilangan Kompany bakal memberi tamparan hebat buat skuad itu untuk menghadapi cabaran Piala Dunia 2018.

“Ia adalah salah satu daripada tamparan yang tidak sepatutnya berlaku. Sejak hari pertama, dia telah berusaha.  Dia telah cuba memacu pasukan ini ke hadapan dan mengambil tanggungjawab sebagai ketua pasukan.”

Dalam perlawanan tersebut, Kompany terpaksa dikeluarkan pada minit ke-55 apabila beliau mengadu kesakitan selepas melakukan sekatan terhadap pemain Portugal, Gelson Martins.

Selepas ini, skuad bimbingan Martinez akan menghadapi dua lagi perlawanan pemanas badan bertemu Mesir pada 7 Jun ini dan Costa Rica pada 12 Jun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN