Mehmet Durakovic Kecewa Pemain Perak Gagal Manfaatkan Peluang

Perak terpaksa pulang ke Ipoh tanpa sebarang mata apabila tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.

Pengendali skuad itu, Mehmet Durakovic menyifatkan dua kesilapan kecil yang dilakukan oleh anak buahnya sehingga hilang fokus menjadi punca pasukannya tewas kepada juara liga super 4 kali itu.

Bercakap kepada Berita Harian, anak didiknya mengikut taktikal yang diterapkan sejak minit pertama sehingga tamat perlawanan dan mampu mengekang gerakan berbahaya pemain JDT.

“Malangnya, pemain hilang fokus dan membuat kesilapan hingga JDT dihadiahkan sepakan penalti pada awal babak pertama dan ketika kami ghairah mencari gol penyamaan, benteng gagal mengekang penyerang JDT masuk ke dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol.

“Mereka hanya ada dua peluang dan berjaya menyempurnakan kedua-duanya, kami mempunyai sekurang-kurangnya lima peluang namun gagal menjaringkan gol. Itu bezanya antara kami dan JDT. Apapun, saya tetap berpuas hati.

“Saya akui, kami banyak mencipta peluang namun kegagalan menjaringkan gol menyebabkan kami tewas. Tiada gunanya beraksi konsisten jika gagal menjaringkan gol, itu hakikat bola sepak,” katanya.

JDT
Jaringan penalti daripada pemain import baharu JDT, Fernando Marquez. FOTO: JST

Kekalahan ini menyaksikan Perak kini diturunkan ke tangga ketiga Liga Super ketinggalan 1 mata dibelakang Pahang yang mencatat kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC semalam.

Mengulas mengenai calon juara liga, Durakovic berpendapat JDT, Pahang, Terengganu serta Kedah masih mampu muncul juara musim ini.

“Saya langsung tidak memikirkan untuk memburu kejuaraan kerana musim masih panjang dan macam-macam boleh berlaku. Saingan masih terbuka dengan jarak mata tidak terlalu besar. Apa yang penting pemain mesti beri tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kami mahu tebus kekalahan ini apabila berdepan Negeri Sembilan dalam perlawanan berikutnya. Apa yang penting mengumpul tiga mata untuk terus kekal di kelompok teratas liga,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN