Fernando Elizari Lengkapkan Gandingan Trio Argentina JDT

Bagi memperkuatkan pasukan dan memastikan kejuaraan kelima Liga Super musim ini, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa masuk seorang lagi pemain import baharu dari Argentina iaitu Fernando Elizari.

Perkembangan itu diumumkan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, semalam yang turut mengesahkan kelibat bekas pemain San Lorenzo itu akan tiba hari ini menyertai pasukan itu.

“Kami ingin mengucapkan selamat datang kepada pemain luar negara baharu kami yang akan tiba pada Ahad ini iaitu Fernando Elizari yang berasal dari Argentina.

“Bekas pemain kelab Argentina, San Lorenzo ini akan bergandingan bersama Fernando Marquez sebagai penyerang kedua selain boleh bermain di bahagian sayap kiri dan sayap kanan sama seperti tugas yang kami berikan kepada Jorge Pereyra Diaz ketika beliau bersama kelab ini dulu,” kata pengendali JDT, Raul Longhi.

Kemasukan pemain berusia 27 tahun itu melengkapkan gandingan trio Argentina JDT yang turut diperkuatkan oleh Fernando Marquez dan Gonzalo Cabrera.

“Fernando Elizari akan membuat persiapan untuk perlawanan akan datang sebaik sahaja tiba pada hari Ahad ini,” kata Longhi.

Situasi ini sekali gus menimbulkan persoalan terhadap nasib dua pemain import yang ditandatangani ketika pintu perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka iaitu Harry Novillo dan Jorge Santos bersama pasukan itu.

Dengan kuota import yang sudah lengkap menerusi kemasukan dua pemain terbabit selain slot import di JDT II juga penuh, sudah tentu tiada jalan lain buat Novillo mahupun Santos daripada digugurkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN