Gabriel Guerra Sahkan Terdapat Perbincangan Dengan PKNS FC

Bekas penyerang JDT dari Argentina, Gabriel Miguel Guerra mengesahkan terdapat perbincangan antara beliau dan juga PKNS FC untuk beliau kembali beraksi di Liga Malaysia.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Guerra melalui satu muat naik di laman Instagram milik beliau.

Guerra sebenarnya bukan watak yang asing untuk PKNS FC. Malah karier profesional penyerang berusia 25 tahun ini di Liga Malaysia bermula bersama PKNS FC.

Pada ketika itu, beliau didatangkan ke PKNS FC secara pinjaman melalui kelab Superliga Argentina de Fútbol, Boca Juniors.

Pemain yang selesa dengan panggilan Gabby ini mula membina nama di Malaysia apabila menyertai PKNS pada musim 2015 dengan membantu kelab itu layak ke Liga Super 2017 selepas muncul naib juara Liga Perdana pada 2016.

PKNS turut mencipta sejarah apabila buat pertama kali layak ke final Piala FA pada 2016 sekalipun sekadar bergelar naib juara selepas ditewaskan 2-1 oleh JDT.

Karier pemain tersebut di Liga Malaysia kemudiannya diteruskan bersama JDT, sebelum digugurkan oleh kelab bola sepak dari selatan tanah air itu pada penghujung musim lalu.

Dalam muat naik tersebut, Guerra berkata:

“Terima kasih kepada PKNS FC dan juga Presiden kerana berusaha membawa saya kembali, Namun disebabkan beberapa faktor lain, ia tidak dapat direalisasikan.”

“Namun saya tahu bahawa saya akan kembali menjadi sebahagian daripada keluarga PKNS dalam masa terdekat. Terima kasih!!!

Kenyataan daripada Guerra ini mengesahkan PKNS FC telah cuba membawa masuk penyerang Argentina ini pada jendela perpindahan pertengahan musim ini.

Walaupun tidak menyertai PKNS FC pada jendela perpindahan ini, Guerra tetap membayangkan beliau akan kembali menyarung jersi PKNS FC dalam masa terdekat.

Adakah kita akan kembali menyaksikan kelibat Gabriel Guerra di Liga Malaysia pada musim hadapan?

 

Kredit foto hadapan: Stadium.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN