Digantung 14 Bulan Kerana Kokain, Kapten Peru Anggap Dirinya Mangsa Ketidakadilan

Skuad Piala Dunia menerima tamparan hebat apabila kapten mereka, Paolo Guerrero dikenakan penggantungan 14 bulan kerana kesalahan doping. Sekaligus menamatkan impian Piala Dunia 2018 beliau.

Paolo Guerrero menyifatkan beliau menjadi mangsa ketidakadilan. Guerrero berkata:

“Saya mangsa ketidakadilan. Saya terkejut dan tak percaya perkara ini terjadi. Saya berasa sangat sedih kerana tak boleh bermain pada Piala Dunia. Impian saya telah musnah.

Mahkamah timbang tara sukan (CAS) mendapati Guerrero positif dadah jenis kokain. Hukuman beliau pada awalnya adalah 6 bulan. Namun selepas itu ditambah 8 bulan lagi.

Guerrero kini beraksi untuk Flamengo telah pun disenaraikan dalam senari 25 pemain yang akan ke Rusia oleh Peru. Namun kini sudah pastinya beliau tidak boleh terlibat.

“Saya sedih tetapi harus menghadapi semua perkara ini kerana terlalu banyak spekulasi. Saya mangsa keadaan. Saya akan menyokong pasukan kami 100%.”

CAS mendapati Guerrero positif dadah tersebut dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Argentina pada 5 Oktober 2017.

Pada awalnya, beliau digantung 6 bulan dan patut berakhir pada 3 Mei lalu, bermakna beliau boleh bermain dalam Piala Dunia.

Guerrero telah mencabar keputusan daripada FIFA itu dengan mencabar keputusan itu di CAS. Namun CAS mendapati Guerrero bersalah dan menambahkan lagi hukuman itu sebanyak 8 bulan lagi. CAS dalam kenyataan mereka berkata:

“Paolo Guerrero telah melakukan rayuan di WADA dan juga CAS. Paolo tidak berpuas hati dengan penggantungan oleh Fifa ke atas beliau.”

“WADA pula telah menyatakan mereka mahu meggantikan penggantungan Guerrero dengan tempoh 1 hingga 2 tahun ataupun 22 bulan.”

“CAS memutuskan yang hukuman Guerrero dilanjutkan daripada 6 bulan kepada 14 bulan berkuatkuasa pada Isnin (14/5/2018). Hukuman 6 bulan sudah pun dijalani Guerrero.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN