Salah Berhadapan Pergantungan Tiga Perlawanan Jika Bersalah Di Dalam Insiden Stoke

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah pasti menanti dengan penuh debaran sama ada beliau masih boleh beraksi untuk dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) seterusnya akibat pergantungan.

Dan sekiranya ianya berlaku, ia pasti memberi kelebihan buat Harry kane untuk memintas jumlah jaringan Salah untuk anugerah kasut emas.

Ini berikutan jawatankuasa displin FA yang dijangka akan bermesyuarat untuk menyiasat insiden membabitkan pemain terbaik tahunan PFA itu dengan pemain pertahanan Stoke, Bruno Martins Indi, ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Anfield pada Sabtu lalu.

Pihak FA dikatakan telah mengambil maklum akan video yang menjadi tular di media sosial, yang menunjukkan Salah seolah-olah sengaja menumbuk ke arah pemain pertahanan Belanda itu di kawasan tengah padang.

Insiden tersebut tidak dilihat oleh pengadil perlawanan, Andre Mariner dan berlaku sejurus sebelum babak pertama perlawanan tamat.

Di bawah peraturan FA, mana-mana tingkah laku dan tindakan oleh pemain yang berpotensi ke arah kekasaran, dan terlepas pandang oleh pegadil perlawanan akan dirujuk kepada panel yang terdiri daripada bekas pengadil.

Panel tersebut akan melihat kembali video perlawanan dan menyiasat insiden yang berlaku, sebelum menentukan sama ada ianya layak dikenakan hukuman kad merah atau sebaliknya.

Untuk didapati bersalah, kesemua ahlui panel tersebut harus bersetuju ianya adalah satu kesalahan, untuk memastikan keputusan dilakukan seadil-adilnya tanpa sebarang sentimen dan nilai prejudis.

Minggu lalu pemain West Brom, Ahmed Hegazi terlepas tindakan oleh pengadil dalam satu insiden dengan Danny Ings. Hegazi bagaimanapun tidak disabitkan apa-apa kesalahan setelah ahli panel gagal bersetuju ia adalah kesalahan yang jelas.

Salah akan mengetahui sama ada beliau akan disabitkan untuk tuduhan insiden membabitkan dirinya dengan Bruno Martins di dalam tempoh 24 jam seterusnya.

Jika didapati bersalah, Salah boleh digantung sehingga tiga perlawanan, sekali gus melupakan baki saingan domestik bersama Liverpool pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN