9 ‘Wonderkids’ ASEAN Yang Boleh Guna Pentas Piala AFF Untuk Menyinar

Piala AFF sering menjadi pentas untuk pemain-pemain muda dari Asia Tenggara memperagakan kemampuan masing-masing.

Pada edisi-edisi sebelum ini, antara nama-nama yang berjaya mencuri perhatian adalah seperti Teerasil Dangda pada edisi 2008, Chanathip Songkrasin dan Evan Dimas pada 2014, dan juga Nguyen Quang Hai pada 2018.

Berikut pula adalah 9 bintang muda dari sembilan negara berbeza yang boleh menggunakan pertandingan ini untuk menyinar.

Thanawat Suengchitthawon (Thailand)

Thanawat dilahirkan di Thailand tetapi mengikuti keluarganya  berhijrah ke Prancis sejak usia remaja. Dilahirkan pada 8 Januari 2000, dan berusia 19 tahun pada hari ini, beliau sempat menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis B-16 dan B-17.

Thanawat bagaimana pun memilih untuk beraksi untuk skuad senior Thailand untuk karier antarabangsanya dan mulai menyarung jersi skuad Gajah Perang pada 2021.

Merupakan bintang skuad B-21 kelab Premier League, Leicester City, Thanawat telah beraksi sebanyak lima kali di pertandingan EFL Trophy, dan menyumbangkan dua gol.

Yrick Gallantes (Filipina)

Filipina menyenaraikan sejumlah pemain muda berbakat besar khusus untuk Piala AFF kali ini. Salah seorang daripada mereka adalah Yrick Gallantes, berusia 18 tahun dan dilahirkan di Scotland.

Gallantes adalah salah seorang anggota skuad Azkals Development Team – sebuah projek mirip Harimau Muda – di mana pemain-pemain muda berbakat dari seluruh Filipina dikumpulkan.

Merupakan seorang midfielder, Gallantes telah pun melakukan penampilan pertama bersama skuad utama Azkal dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Nur Adam Abdullah (Singapura)

Dilahirkan pada 13 April 2001, dan berusia 20 tahun pemain bek tengah muda ini adalah harapan baru Singapura  di benteng pertahanan.

Harapan tersebut adalah berdasarkan penampilan luar biasa pemain itu bersama Lion City Sailors. Secara keseluruhan beliau beraksi sebanyak 16 kali pada musim ini.

Merupakan Pemain Muda Terbaik Liga Premier Singapura 2021. Penampilan pertama Nur Adam bersama skuad senior Singapura dianggap memuaskan walaupun tewas 1-2 kepada Kyrgyzstan pada 11 November lalu.

Hein Htet Aung (Myanmar)

Dari 21 pemain yang dibawa Antoine Hey ke Piala AFF 2020 hanya seorang pemain yang beraksi di luar negara. Pemain yang dimaksudkan adalah bintang Selanfor FC, iaitu Htet Aung.

Tidak boleh dinafikan, pemain sayap ini merupakan antara pemain paling menyerlah untuk Selangor pada musim ini.

Pada mulanya Hein Htet Aung diambil untuk beraksi bersama skuad Selangor II di Liga Premier. Namun kecemerlangan pemain muda itu menjadikan dirinya antara tunjang skuad Gergasi Merah.

Dalam saingan Piala Malaysia yang lalu, beliau berjaya menjaringkan dua gol untuk Selangor.

Nguyen Hoang Duc (Vietnam)

Nguyen Hoang Duc adalah pemain muda dipandang tinggi di negaranya Vietnam.

Walaupun sudah 11 kali beraksi bersama skuad senior Vietnam, beliau masih belum berjaya menjaringkan sebarang gol.

Senjata utama Hoang Duc adalah kemampuannya menyempurnakan situasi bola mati.

Bounphachan Bounkong (Laos)

Walau baru berusia 21 tahun, Bounkong sudah menjadi pemain utama Laos. Pemain Young Elephants ini melakukan penampilan pertama bersama skuad senior negaranya pada 2018 ketika berusia 17 tahun.

Pemain yang ini selesa beraksi sebagai pemain sayap  kanan dan mengancam lawan dengan larian panyas dan hantaran lintang yang tepat.

Witan Sulaeman (Indonesia)

Aksinya di bahagian sayap Timnas Indonesia telah membuahkan beberapa assist dan dua gol meski pun belum mendapat peluang untuk tampil bersama Lechia Gdansk

Ketiadaan Egy Maulana Vikri dalam beberapa perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF 2020 karena tidak dilepaskan oleh kelab, membuatkan Witan jadi tumpuan.

Pemain berusia 20 tahun ini dianggap Shin Tae Yong sebagai pemain yang mampu mengubah perlawanan dan menjadi senjata rahsia skuad Garuda..

Sieng Chanthea (Kamboja)

Pemain berusia 19 tahun ini dipuja dan disanjung penyokong bola sepak Kamboja sejak 2019. Beliau melakukan debut antarabangsa pada usia 16 tahun, tampil pada minit ke-81 perlawanan menentang Pakistan, dan terus menjaringkan gol.

Kini Chanthea telah berusia 19 dan makin matang. Sejak debut menentang Pakistan,  beliau telah tampil dalam 13 perlawanan, walau pun belum berjaya menjaringkan gol setakat ini.

Piala AFF kali ini diyakini akan menjadi pentas terbaik Sieng Chanthea untuk menyinar.

Arif Aiman (Malaysia)

Arif Aiman hanya dipanggil pada saat akhir untuk menyertai skuad Harimau Malaya ke Piala AFF selepas beberapa pemain utama gagal melaporkan diri akibat kecederaan.

Tidak berada di dalam senarai awal, ketiadaan Arif pada mulanya dipersoalkan ramai – petanda bakat pemain berusia 19 tahun ini dipandang tinggi semua pihak.

Walaupun masih muda, Arif menampilkan aksi yang matang bersama JDT pada musim ini sehingga menyukarkan pemain yang lebih berpengalaman seperti Mohamadou Sumareh, dan Safawi Rasid mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Selepas melalui pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang mengecewakan pada Oktober lalu, Piala AFF mungkin pentas yang lebih sesuai untuk pemain ini menyinar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN