9 Pemain Pendek Dan Perlahan Yang Bergelar ‘World Class’

Dalam bola sepak, ramai yang mengatakan pemain pendek kena laju. Kalau tak laju, mereka akan dibuli pemain pertahanan yang lebih besar dan kuat berbanding mereka.

Persoalannya betulkah pernyataan ini?

Tidak bagi 9 pemain di bawah ini.

1. Luka Modric

(Photo by Aurelien Meunier/Getty Images)

Menjadi pemain pertama memecah dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk anugerah Ballon d’Or pada 2018 bukan satu kebetulan. Jika fizikal Cristiano Ronaldo terkenal dengan persamaannya dengan atlet pelari pecut dan Lionel Messi kelajuannya, Modric pula mempunyai fizikal ibarat budak sekolah.

Mempunyai visi yang cemerlang, kreativiti di bahagian tengah dan skil teknikal luar biasa – ini sekaligus ‘menyorok’ kelemahan fizikal beliau yang pendek dan perlahan. Maka tak hairanlah beliau mendapat gelaran sebagai ‘The Croatian Wizard’

2. Xavi Hernandez

(Photo by Alex Caparros/Getty Images)

Merupakan fulkrum utama di dalam skuad Barcelona paling berjaya dalam sejarah kelab, Xavi telah mendakap 8 kejuaraan La Liga, 4 trofi UEFA Champions League, 3 gelaran Copa Del Rey serta bertanggungjawab memimpin Barcelona muncul juara kelab dunia sebanyak dua kali.

Xavi juga merupakan pemain La Liga dengan jumlah bantuan gol paling banyak pada musim 2008/09 dan 2009/10 – cukup untuk menjelaskan tahap kreativiti dan ketenangan beliau. Dua aset inilah yang membuatkan beliau sukar ‘dibuli’ lawan meskipun pendek dan perlahan.

3. Marco Veratti

(Photo by Aurelien Meunier – PSG/PSG via Getty Images)

Itali sememangnya kilang penghasilan pemain pertahanan pendek yang berkelas dunia. Seperti Fabio Cannavaro dan Franco Baresi, Marco Veratti menyembunyikan kelemahan fizikal rendah beliau dengan kemahiran membaca perlawanan antara terbaik di dunia.

Seperti Andrea Pirlo yang perlahan, beliau menyembunyikan kelemahan itu dengan kemahiran teknikal cemerlang – menjadikan beliau antara regista berkelas dunia. Malah ada yang menganggap Veratti lebih lengkap berbanding Pirlo kerana lebih agresif dan lasak bertahan.

4. Javier Mascherano

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

Bermula sebagai pemain tengah bertahan ketika bermain di West Ham dan Liverpool, Javier Mascherano kemudiannya berevolusi menjadi pemain pertahanan tengah ketika di Barcelona. Secara teknikal Javier Macherano tidaklah secemerlang Gerard Pique, tetapi dari segi seni bertahan, Pique pernah mengaku kalah kepada beliau. “Beliau menjadikan rutin bertahan sebagai satu mahakarya seni,” kata Pique.

Kelebihan utama beliau ialah kebijaksanaan membaca gerakan lawan, dan tahu bila masa paling sesuai untuk melakukan terjahan. Kelebihan ini membolehkan beliau mengatasi kekurangan fizikal beliau yang pendek dan perlahan. Mana-mana jurulatih akan menginginkan Mascherano dalam pasukan kerana beliau sanggup mengorbankan personal glory demi memberikan keutamaan kepada taktikal pasukan.

5. Gary Medel

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Kapten skuad kebangsaan Chile ini dikenali kerana memiliki fizikal yang rendah – dan juga kelihatan berat. Ini membuatkan Gary Medel sebagai pemain yang perlahan. Namun kekurangan tersebut memberi kelebihan dari segi keseimbangan badan dan kekuatan fizikal – sekaligus menyukarkan lawan yang lebih tinggi dan besar untuk menewaskan beliau dalam pertarungan fizikal.

Pernah beraksi bersama Cardiff City dan Inter Milan, aset utama Medel adalah kebolehan beliau beraksi di pelbagai posisi. Boleh bermain sebagai bek sisi, bek tengah dan pemain tengah bertahan, beliau pernah membantu Chile menjuarai Copa America 2015 dan 2016. Pernah beraksi bersama Boca Juniors dan Sevilla di awal karier, kini Medel adalah tunjang kepada pasukan Besiktas di Liga Turki.

6. Thiago Alcantara

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Satu-satunya sebab Pep Guardiola mempromosikan Thiago dari skuad Barcelona B adalah kerana kualiti teknikalnya. Beraksi sebagai seorang penyerang sayap di awal karier, Guardiola kemudiannya menukar posisi beliau ke bahagian tengah untuk menutup kelemahan lariannya yang perlahan dan menyerlahkan aset permainannya.

Seperti Andres Iniesta, kelebihan Tiago ialah kebolehan beliau menggelecek bola di ruangan-ruangan kecil yang padat dengan pemain pertahanan lawan. Setelah membantu Barcelona menjuarai dua kejuaraan La Liga, Thiago kemudiannya berhijrah ke Bayern Munich demi mendapatkan lebih banyak minit perlawanan. Bersama kelab Bavarian tersebut, pemain tengah Sepanyol ini telah mengumpul lima kejuaraan Bundesliga setakat ini.

7. Santi Cazorla

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Merupakan produk akademi Villareal di Sepanyol, kehebatan Santi Cazorla paling dikenang ketika beliau beraksi bersama Arsenal di saingan Liga Inggeris. Beliau mempunyai susuk tubuh sangat rendah bagi pemain bola sepak profesional di Eropah – juga bukan pelari terpantas di dalam pasukan. Namun kelebihan dan aset utama beliau di dalam permainan adalah kebolehannya menggunakan kedua-dua kaki tanpa kekok dan skil teknikalnya yang cemerlang.

Sperti Thiago Alcantara, Cazorla turut memulakan kariernya bermain di posisi sayap. Tetapi di Arsenal, Arsene Wenger menukar posisi ke tengah untuk memanfaatkan aset-aset teknikalnya. Penyokong The Gunners cukup menyukai Cazorla lantaran personaliti dan sumbangannya membantu Arsenal muncul juara Piala FA sebanyak dua kali pada 2014 dan 2015.

8. David Silva

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Pada usia 32 tahun, David Silva masih merupakan pemain utama Manchester City – dan nadi penting skuad Citizen muncul juara Liga Perdana Inggeris dengan rekod baharu pada musim lalu. Disifatkan oleh Pep Guardiola sebagai antara pemain terbaik pernah beliau latih, Silva adalah pemain penting di dalam sistem “Juego de Posicion” pengendali dari Catalan itu.

Uniknya, Silva tidak memerlukan fizikal sehebat Kevin de Bruyne – atau kepantasan seperti Rahem Sterling – untuk berjaya. Ketenangan, kebijaksanaan mencari ruang, kawalan bola, dan kreativiti adalah aset utama beliau. Disebabkan fizikal beliau yang rendah, ia memberi kelebihan keseimbangan badan kepada pemain ini ketika menggelecek pertahanan lawan.

9. Juan Mata

(Photo by Michael Steele/Getty Images)

Mungkin kerana fizikal yang rendah, Juan Mata hanya menjaringkan gol pertama melalui tandukan pada musim ketiga beliau beraksi di Liga Inggeris. Jaringan tersebut hadir pada 26 April 2014, ketika masih beraksi bersama Chelsea menentang Norwich City. Malah sepanjang empat tahun sebelum itu bersama Valencia, Mata hanya menjaringkan lima gol melalui tandukan di La Liga.

Kelebihan utama Juan Mata ialah kebolehan teknikal yang beliau miliki. Bijak mencari ruangan kosong untuk menerima hantaran, beliau juga memiliki kreatif dan antara pemain baka no.10 klasik. Satu-satunya kejuaraan yang tiada dalam koleksi kabinet Mata ialah kejuaraan liga setelah berjaya bergelar dua kali juara Piala FA Inggeris dan satu trofi UEFA Champions League ketika bersama Chelsea, Euro 2012, dan Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol.

Seperti 9 pemain ini, ada benda yang perlu dibuat secara ‘pendek dan perlahan’ untuk mendapatkan hasil yang power!

Dalam dunia makanan, banyak benda yang perlu dibuat dengan api yang pendek dan perlahan. Untuk masak daging BBQ contohnya.

Seperti apa yang Beard Brothers’ BBQ buat!

Dengan daging halal lembu dan kambing premium import dari Australia, disalai dengan api yang ‘slow and low’ selama 16 jam dan diperap pula dengan rempah dry rub istimewa – ini menjadikan Beard Brothers’ BBQ tempat yang anda wajib singgah untuk melepaskan gian karnivor anda!

Dari rib

…kepada brisket

…daging carik (pulled meat) pun ada!

Ayam tak dilupakan…

Sosej pun mantap!

Yang paling tak tahan, diskaun 10% juga akan diberikan kepada anda dengan SATU SYARAT! Anda kena pergi ke Beard Brothers’ BBQ dengan memakai JERSI HARIMAU MALAYA sepanjang kejohanan AFF Suzuki 2018 berlangsung.

Diskaun 10% kepada resit anda! Mana nak dapat?

Jadi tunggu apa lagi? Ajak kawan-kawan dan keluarga anda makan di Beard Brothers’ BBQ di Tropicana Avenue, Petaling Jaya cepat-cepat sebelum promosi diskaun ini tamat!

Anda boleh tengok menu di sini. Nak jamu mata dulu pun boleh, klik di sini sahaja!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN