9 Pemain Naturalisasi Indonesia Belum Miliki Peluang Sertai Skuad Kebangsaan

Indonesia menjadi antara negara yang sebelum ini terkenal untuk mendaftarkan seberapa ramai pemain naturalisasi serta warisan untuk memperkuatkan kelab tempatan, serta pasukan kebangsaan.

Untuk ketika ini, skuad kebangsaan Indonesia tampil dengan pendekatan untuk mendaftarkan lebih ramai pemain warisan berkualiti yang beraksi di luar negara bagi memperkukuhkan skuad kebangsaan mereka.

Beberapa nama pemain seperti bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Jordi Amat, Justin Hubner, Ragnar Oratmangoen, Mees Hilgers, Eliano Reijnders antara nama yang kini sedang menghiasi skuad Sang Garuda.

Perubahan dilakukan Shin Tae-yong itu menyaksikan kini Indonesia tidak lagi mengharapkan kepada tenaga naturalisasi yang pernah memperkuatkan pasukan tersebut suatu ketika.

Lebih malang, ada pemain naturalisasi yang sehingga kini belum pernah diberi kesempatan walau sekali untuk menyarung jersi skuad kebangsaan tersebut menerusi perkongsian Bola.com.

Silvio Escobar

Menjadi warganegara Indonesia pada tahun 2020 dan pemain Paraguay tersebut sudah pun mewakili banyak kelab Indonesia sebelum kini aktif bersama Dejan FC di divisyen kedua.

Fabiano Beltrame

Antara pemain veteran dari Brazil yang masih lagi kekal beraksi di Indonesia serta sudah mendapat status kewarganegaraan, namun masih lagi belum mendapat peluang untuk skuad kebangsaan Indonesia.

Herman Dzumafo

Penyerang dari Cameroon ini sudah pun berada di Indonesia sejak 10 tahun lalu untuk mewakili pelbagai kelab tempatan dan status terbaharu menyaksikan beliau bebas tanpa sebarang pasukan untuk dirinya beraksi.

O.K John

Pemain kelahiran Nigeria berusia 41 tahun ini mendapat status warganegara Indonesia pada tahun 2018 dan pernah mewakili beberapa kelab elit di sana termasuk Persebaya Surabaya, namun khidmat beliau tidak pernah dipandang kejurulatihan Sang Garuda.

Guy Junior

Mula beraksi di Indonesia sejak 2005 sebelum mendapat status warganegara pada tahun 2016. Namun dirinya gagal untuk mendapat tempat bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Charles Orock

Pemain yang sedikit asing dalam kalangan peminat, selepas beliau tidak mewakili pasukan-pasukan handalan Indonesia selain menampilkan aksi tidak begitu memberangsangkan. Orock didaftarkan selaku warganegara Indonesia pada tahun 2017.

Mohammadou Al-Hadji

Pemain kelahiran Mali ini mendapat status sebagai rakyat tempatan pada tahun 2018 dan beraksi selaku pertahanan untuk beberapa pasukan besar Indonesia, namun beliau masih belum miliki sebarang peluang wakili pasukan kebangsaan.

Zoubairou Garba

Pertahanan tengah dari Cameroon ini didaftarkan pada tahun 2019 dan sudah lama menetap di Indonesia selaku pemain bola sepak profesional serta menyarung jersi Perak pada suatu ketika. Seperti pemain lain, Garba juga tidak bernasib baik untuk dipanggil sertai kem Indonesia.

Lee Yoo-joon

Pemain Korea Selatan ini sudah pun berkahwin bersama warga tempatan Indonesia serta beraksi dengan sangat baik untuk beberapa kelab, namun beliau masih lagi belum dipanggil Shin untuk Sang Garuda.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN