9 Pemain Asia Yang Perlu Diberi Tumpuan Di Bundesliga 2015/2016

Nota editor: Artikel ini telah ditulis oleh salah seorang pembaca kami, Faiqy. Beliau mengharapkan lebih banyak pemain Malaysia dapat mencuba nasib di Bundesliga sebagaimana pemain-pemain Korea Selatan dan Jepun.

Bundesliga musim 2015/2016 kali ini dibarisi ramai pemain dari Asia. Kita akan melihat 9 pemain Asia yang perlu diberi tumpuan untuk musim ini.

Untuk pengetahuan, pemain-pemain Asia bertaraf bintang dan veteran seperti Shinji Kagawa, Son Heung Min, Makoto Hasebe, Koo Ja Cheol tidak berada dalam senarai penulis. Tumpuan lebih diberikan kepada pemain yang anda mungkin tak kenal.

9. Genki Haraguchi (Hertha Berlin)

485101702

“Ogenki desuka? Genki desu.”

Bertepatan dengan nama pemain pertama dalam senarai ini. Penyerang dari Saitama ini mempunyai rekod cemerlang dalam J League. Haraguchi membuat debut pertama bersama Urawa Reds seawal usia 17 tahun.

Sepanjang 6 tahun di Urawa Reds, Haraguchi sudah mencatat 205 penampilan dan 40 gol sebelum berhijrah ke Bundesliga.

Walaupun agak kekok dalam tahun pertama di Bundesliga, Haraguchi masih mampu mencatat 16 penampilan liga. Ini menggambar kepentingannya kepada pasukannya. Beliau menjaringkan gol sulung ketika aksi menentang kelab Atsuto Uchida iaitu Schalke 04.

8. Mathew Leckie (Ingolstadt 04)

485014736

Mungkin tidak ramai pembaca yang pernah mendengar nama pemain ini. Tetapi Leckie (kanan dalam gambar) adalah pemain tunjang skuad Australia ketika menjulang Piala Asia 2015 awal Januari lepas.

Penyerang kelahiran Melbourne ini mempunyai rekod yang agak sukar di Bundesliga. Selepas cemerlang bersama Adelaide United, Leckie dipancing oleh Borussia Monchengladbach. Tetapi sepanjang tempoh itu beliau hanya dipinjam FSV Frankfurt.

Leckie akhirnya menyertai kelab itu secara tetap di mana beliau menjadi pemain utama.

Musim 2014/2015, Leckie berpindah ke kelab Ingolstadt 04. Ia ternyata satu permulaan terbaik dalam kerjaya Leckie setelah berjaya membantu kelabnya naik ke divisyen pertama Bundesliga.

7. Gotoku Sakai (Hamburger SV)

483584394

Pemuda kacukan Jepun-Jerman ini menyertai skuad Albirex Niigata pada usia 17 tahun. Dibawah program pembangunan JFA & J1 League, Sakai adalah antara pemain yang dibenarkan mewakili Albirex ketika masih bersekolah.

Pada usia 21 tahun, beliau dipinjam ke VFB Stuggart. Bek kiri/kanan ini bermain dengan baik sehinggakan beliau dibeli secara tetap dengan harga €1.2 juta.

Tetapi ketika VfB Stuggart bergelut di bawah liga pada musim lepas, prestasi Sakai juga turut merosot. Sakai sering bermain sebagai pemain gantian dengan Adam Hlousek menjadi pilihan utama jurulatih.

Pada musim ini, Sakai berpindah ke Hamburger SV untuk lebih masa bermain. Setakat ini, Sakai masih belum dapat beraksi untuk Hamburg lagi. Tetapi dengan Hamburg yang sudah bolos 7 gol dalam 2 perlawanan setakat ini, peluang Sakai akan tiba jika Hamburg mahukan alternatif kepada Dennis Diekmeier.

6. Mitchell Langerak (VfB Stuggart)

481210456

Karier Mitchell Langerak agak malang. Ketika ini, penjaga gol kedua Australia (di belakang Mat Ryan) ini masih dilihat sebagai penjaga gol kedua kelab – di belakang Przemyslaw Tyton.

Ketika di Borussia Dortmund, Langerak merupakan pilihan kedua di belakang Roman Weidenfeler.

Meskipun kurang beraksi, Langerak sentiasa mempamerkan aksi cemerlang. Lihatlah persembahannya ketika final DFB Pokkal 2012 antara Dortmund dengan Bayern Munich. Beliau juga beraksi dengan baik dalam final DFB Pokal 2015 meskipun Dortmund tewas 1-3 kepada Wolfsburg.

Dengan Stuttgart yang sudah tewas 2 kali dan bolos 5 gol dalam 2 perlawanan setakat ini, penyokong sudah mendesak Tyton digugurkan dan Langerak mula diberikan peluang.

5. Kazuki Nagasawa (FC Koln)

482826210

Pemain sayap kiri dari Chiba ini tidak perlu banyak membuat penampilan di kelab lama untuk beliau bermain di Bundesliga. Hanya selepas beberapa kali bermain di Yokohama Marinos, Nagasawa menjalani peluang trial dengan FC Koln.

Dengan kecederaan panjang yang dialami sewaktu awal musim lepas, Nagasawa terlepas mahoriti aksi bersama kelabnya. Tetapi beliau masih mampu mencatat 10 penampilan liga.

Musim ini, Nagasawa bertambah cergas. Meskipun beliau hanya pilihan kedua di sayap kiri di belakang Leanardo Bittencourt yang baru dibeli dari Hannover 96, beliau dijangka akan diturunkan dalam aksi FC Koln di DFB Pokal musim ini.

4. Hong Jeong Ho (FC Augsburg)

480555510

Sudah pun tiga musim bersama FC Augsburg, Jeong Ho merupakan toggak utama pertahanan pasukannya. Beliau juga merupakan satu-satu nya pemain Asia yang bermain di posisi pertahanan tengah di Bundesliga.

Sejak musim lepas, Jeong Ho dan Ragner Klavan (Estonia) adalah tonggak pertahanan kelab mereka. Keutuhan pertahanan mereka membantu FC Augusburg menduduki tangga ke-5 Bundesliga. Sekaligus layak ke Europa League pada musim ini.

Musim ini, Jeong Ho bermula dengan baik. Pasukannya baru bolos 2 gol dalam 2 perlawanan meskipun hanya mengutip 1 mata.

3. Kim Jin Su (Hoffenheim)

484212720

Rakan senegara Hong Jeong Ho ini agak baru dalam kancah Bundesliga. Bek kiri muda kelahiran Jeonju ini dipancing kelab Jepun, Albirex Niigata dahulu dari Kyung Hee University. Di J League, Jin Su merakam 77 penampilan sebelum berpindah ke cabaran lebih besar iaitu Bundesliga.

Jin Su adalah pertahanan kiri utama Hoffenheim. Musim lepas beliau membuat 19 penampilan liga. Pada musim ini, beliau pastinya mahu menambah sumbangan di bahagian serangan melalui asetnya – hantaran lintang dan rembatan jarak jauh.

2. Yuya Osako (FC Koln)

482749386

Rakan sekelab Kazuki Nagasawa (no.5) di FC Koln, Yuya Osako juga hanya baru mengharungi musim kedua di Bundesliga tetapi telah menjadi pemain penting untuk kelabnya. Musim lepas beliau membuat 28 penampilan dan menjaringkan 3 gol pada musim lalu.

Skil dan larian pantas adalah aset permainan Osako sebagai penyerang.

Hadir dengan prospek sebagai antara pemain muda terbaik di J League, Osako pernah beraksi bersama Kashima Antlers. Beliau menjaringkan 65 gol dalam 191 penampilan.

Pada Januari 2014, Osako berpindah ke 2.Bundesliga dengan menyertai 1860 Munchen. Enam bulan kemudiannya, beliau dipancing oleh FC Koln.

Pada musim ini, Osako dilihat masih pilihan kedua di belakang Milos Jojic yang baru di beli dari Borussia Dortmund. Meskipun dimasukkan sebagai pemain gantian, Osako sudah menjaringkan 1 gol pada minggu pertama. Ketika itu FC Koln menewaskan VfB Stuggart 3-1.

1. Yoshinori Muto (Mainz 05)

485009830

Penyerang berketinggian 178cm ini harus menjadi pemain yang perlu diberikan perhatian pada musim ini. Muto hadir dengan rekod dalam J League – menjaringkan 26 gol dalam 59 penampilan bersama FC Tokyo.

Beban jangkaan yang dipikul Muto di Mainz 05 kali ini agak berat. Beliau harus menunjukkan prestasi terbaik seperti yang dlakukan oleh seniornya, Shinji Okazaki sebelum beliau berhijrah pada Leicester City.

Mainz mengharapkan kehadiran dua pemain Asia ;ain, Park Jo Hoo dan Koo Ja Cheol, mempu membantu Muto cepat menyesuaikan diri di Jerman dan Bundesliga.

Setakat ini, Muto beraksi baik. Kali pertama beliau disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika menentang Borussia Monchengladbach pada minggu lepas, Mainz menang 2-1. Aksi beliau sangat dipuji dalam perlawanan tersebut.

Anda mahu menulis tentang bola sepak? Tulis apa-apa sahaja pasal bola sepak dan hantar artikel tulisan anda ke [email protected]. Kami akan siarkan di laman web kami.

Baca juga: 4 PERKARA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARI BUNDESLIGA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN