9 Pasukan Amatur Bakal Bertanding Dalam Piala FA Musim Ini

Sembilan pasukan amatur bakal membuat penampilan pertama di pusingan awal saingan Piala FA musim ini.

Sembilan pasukan amatur itu ialah SRCC Kuala Lumpur, Majlis Daerah Jempol, Axis-02 FC, CNA FC, Persada Integriti Bersatu FC, FA Cina Malaysia, Invictus FC, Jerantut FA dan Southern FC.

Jumlah penyertaan juga bakal ditingkatkan kepada 100 pasukan membabitkan pasukan bertaraf amatur dan sosial sebagai medan mengasah bakat mereka.

Saingan Piala FA akan membuka tirainya secara rasmi pada 13 Februari ini dan dijangka lebih sengit dan menarik.

Pemenang pusingan pertama akan menempah laluan ke peringkat kedua dengan pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana bakal menanti mereka seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Pahang dan Selangor.

Bercakap kepada Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam menjelaskan pengenalan dua liga baharu iaitu Liga Keempat dan Liga Kelima membolehkan pasukan dari liga tersebut berentap dalam saingan Piala FA.

“Hasratnya untuk menjadikan Piala FA pertandingan yang merangkumi semua kelab amatur, semi-pro dan sosial,” kata Kevin.

“Kaedahnya sama seperti dipraktikkan di England, di mana Piala FA terbuka kepada pasukan bukan liga. Kejohanan itu akan menyaksikan tahap persaingan menjadi lebih kompetitif dan membolehkan lebih banyak pasukan bertanding selari dengan visi Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” katanya.

Piala FA mula diperkenalkan pada tahun 1990 apabila 16 pasukan bertanding sebelum diperluaskan pada 1995 dengan memasukkan beberapa kelab amatur sehingga mencapai rekod 35 pasukan pada 2016 dan 2017.

Jelas Kevin lagi, sembilan kelab amatur dan sosial yang dijemput musim ini dipilih berdasarkan pelbagai kriteria dan untuk musim depan ia akan dipilih daripada pasukan yang bersaing di Liga Keempat dan Kelima.

“Pada masa akan datang, mungkin ada lebih daripada 90 pasukan bersaing di Piala FA dengan kelab amatur dan sosial yang bermain di pusingan awal sebelum menentang pasukan profesional,” kata Kevin kepada Berita Harian.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN