Sebelum ini dunia bola sepak digemparkan dengan tindakan 12 kelab, termasuk enam dari Premier League menubuhkan pertandingan berbeza yang dilihat akan menjahamkan sistem bola sepak.
Hanya 48 jam selepas diumumkan, European Super League kemudiannya terkubur. Semuanya angkara enam kelab utama di Premier League terpaksa menarik diri selepas mendapat bantahan daripada kumpuan penyokong masing-masing.
Bantahan tidak terhenti di situ sahaja. Protes berterusan dilakukan di luar Emirates, Anfield dan Stamford Bridge. Namun kejadian di Old Trafford semalam adalah yang terbesar setakat ini sehingga menyebabkan pertemuan derbi barat laut di antara Manchester United dan Liverpool ditangguhkan.
Berikut adalah antara 9 kejadian berasingan di mana kuasa penyokong berkesan dalam melakukan protes.
Twenty’s Plenty
Pada 2016, kelab-kelab Premier League bersetuju untuk meletakkan harga siling tiket perlawanan kepada £30. Itupun selepas kempen yang diadakan oleh kumpulan-kumpulan penyokong diketuai Persatuan Penyokong Bola Sepak dengan slogan ‘twenty’s plenty’.
Sasaran sebenar kempen tersebut ialah supaya semua kelab meletakkan harga siling £20 untuk setiap perlawanan.
The Twenty's Plenty campaign in full force in the Premier League this weekend | @UltrasTifo http://t.co/BjwCYwYw1k pic.twitter.com/6wAU7bJ4vX
— COPA90 (@Copa90) October 5, 2015
Walaupun gagal menetapkan pada harga tersebut, kempen yang diadakan sekurang-kurangnya menghalang pihak kelab menaikkan harga sewenang-wenangnya pada perlawanan tertentu.
Perjanjian tiga tahun harga siling pada 2016 itu telah diperbaharui pada Februari 2019 lalu untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Harga tiket di Anfield
Penyertaan di European Super League bukan perkara pertama menyebabkan pemilik FSG melakukan provokasi terhadap penyokong Liverpool.
Pada Februari 2016 lagi, Liverpool telah mengumumkan harga tiket di Anfield akan dinaikkan kepada £77 mulai musim berikutnya. Pada perlawanan seterusnya di Anfield menentang Sunderland, penyokong, termasuk Jamie Carragher berdiri dan berjalan keluar pada minit ke-77 perlawanan sebagai tanda protes.
Liverpool fans urged to support Anfield walkout in ticket price protest https://t.co/jcWflg8rUM pic.twitter.com/SlaykSOuY3
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 4, 2016
Dan pada minggu yang sama selepas itu, pemilik bersama John Henry, Tom Werner dan Mike Gordon menukar kembali keputusan tersebut da mengekalkan harga pada maksimum £59.
Gaji kakitangan Liverpool
Masih lagi berkisar kepada FSG – pemilik Liverpool. Sebenarnya dunia bola sepak tidak perlu menunggu lama siapa sebenarnya FSG. Mereka tidak pedulikan penyokong, dan bukti ketamakan mereka terserlah apabila turut cuba menghakis duit rakyat atau pembayar cukai.
Pada April 2020, Liverpool mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan membayar gaji kakitangan bukan pemain menggunakan Skim Pengekalan Pekerjaan yang diperkenalkan kerajaan Britain. Skim itu membenarkan majikan mengekalkan pekerja, dengan 80% daripada gaji mereka akan ditanggung oleh kerajaan.
🗣 Reaction Special: Liverpool Reverse Furlough Decision | FREE Podcast | #LFC
Reacting to the news that Liverpool have decided to reverse their decision to furlough non-playing staff….
Listen for free 👉 https://t.co/idnJkIl3dD pic.twitter.com/UhV1rIhcoq
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) April 6, 2020
Skim tersebut sebenarnya disediakan oleh kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat yang terjejas teruk disebabkan oleh pandemik Covid-19. Walaupun secara teknikal, mana-mana majikan berhak berbuat demikian, Liverpool tidak memberikan gambaran yang baik sebagai majikan – apatah lagi telah mengaut keuntungan besar hasil kejayaan di eropah pada musim sebelumnya.
Perkara ini mencetuskan protes daripada penyokong. Keuntungan £42 juta yang diraih sebelum itu dan nilai kekayaan £2 billion oleh pemilik FSG hanya menggambarkan pemilik kelab hanya memelihara kepentingan diri sendiri. Bantahan secar terbuka oleh pelbagai pihak terutama penyokong akhirnya mendorong FSG dan Liverpool menarik balik tindakan tersebut, diikuti oleh permohonan maaf kepada semua pihak yang terkesan.
Project Big Picture
Kali ini pemilik Liverpool bersekongkol dengan pemilik Manchester United dalam projek yang digelar ‘Project Big Picture’. Tetapi ini hanya melibatkan pemilik dan berlaku pada Oktober 2020.
Projek cerusan FSG dan Glazer ini mendapat sokongan pengerusi EPF, Rick Parry dan enam kelab ‘big six’ yang lain. Projek ini membenarkan mereka berkuasa ke atas bola sepak Inggeris, dan sebagai ganti sejumlah £250 juta disalurkan kepada EFL sebagai pinjaman untuk kelab-kelab kecil yang terkesan akibat pandemik.
The Premier League needs to find a way of protecting the future of the EFL, but at what cost?
"Project Big Picture" seems little more than reinforcing the status quo & helping the rich get richer, rather than any genuine concern for the Football pyramid & its fans.
Here's why.. pic.twitter.com/LPoX2fl8tm
— COPA90 (@Copa90) October 12, 2020
Walaupun usaha tersebut dilihat seperti usaha murni dari kelab ‘big six’, apa yang mereka mahukan sebenarnya ialah untuk meluaskan kuasa mereka di kelab-kelan kecil ini dan komuniti mereka.
Perkara ini mendapat bantahan 14 kelab Premier League yang lain. Protes dari kalangan penyokong kemudiannya mengundang reaksi dari kerajaan.
Pemecatan Brian McDermott di Leeds
Kisah ini berlaku pada 2014 apabila Massimo Cellino hampir selesai dengan pengambilalihan kelab. Pada Februari tahun itu, Cellino bertindak memecat pengurus Brian McDermott walaupun pengambilalihan tersebut belum lagi selesai.
Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan penyokong yang kemudiannya melakukan protes di Elland Road. Protes tersebut memaksa kenderaan yang sepatutnya membawa Cellino kembali ke hotel penginapan terpaksa melakukan u-turn berulang kali di kawasna parkir.
Brian McDermott fired after he objected to interference from prospective new owner of #LUFC http://t.co/apOLzt328i pic.twitter.com/60fo3doOop
— Telegraph Football (@TeleFootball) January 31, 2014
Dan selepas kemenangan 5-1 ke atas Huddersfield beberapa hari kemudian (yang tidak dihadiri pengurus, McDermott), pemilik sebenar, GFH Capital mengumumkan mereka masih berkuasa dan McDermott tidak dipecat.
Namun perkara itu hanya kekal sementara. Cellino kemudiannya memiliki kelab dan memecat McDermott, sebelum menggantikan pengurus itu dengan pengurus yang tidak dikenali, Dave Hockaday pada Jun 2014.
Kempen anti-rasis di Leeds
Bukan kali pertama penyokong Leeds dipaksa melakukan bantahan. Ini pula kisah pada 1980 an apabila sebuah badan dikenali sebagai National Front sedan aktif melakukan kempen di kalangan penyokong bola sepak seluruh negara mempromosikan kempen anti-rasis.
Leeds Football Club Launches Anti-Racism Campaign – 27 March 1987 – A campaign against racist football fans is launched by Leeds United . The club said that it would be handing out 40,000 leaflets to fans (…) https://t.co/ila4xg0bLb pic.twitter.com/Aeu8x4RFzO
— OurHeritageTV (@ChairmanOhtv) March 27, 2021
Anehnya pengurusan Leeds United tidak melakukan apa-apa usaha ke arah itu, jauh sekali untuk peduli dengan gerakan yang dilakukan oleh National Front. Namun selepas beberapa kempen besar-besaran atas usaha penyokong Leeds sendiri, pihak kelab terpaksa bersuara dan membarikan sokongan agar sesuatu perlu dilakukan terhadap isu tersebut.
Perlawanan malam Isnin
Perlawanan bola sepak yang kebiasaannya berlangsung pada hujung minggu namun dianjakkan pada lewat hari Isnin seperti sudah menjadi kebiasaan di Eropah. Ia bagi memudahkan kerja-kerja logistik untuk membenarkan siaran secara langsung diadakan, selain daripada mengoptimakan pendapatan daripada peluang pengiklanan. Walaupun menguntungkan, ia buka hari perlawanan yang baik untuk mereka yang hadir ke stadium.
Perlawanan yang diadakan pada sebelah malam, pasti akan berakhir pada lewat malam. Lebih menyukarkan, ia turut diadakan pada hari bekerja. Disebabkan faktor sedemikian, penundaan perlawanan sehingga ke hari Isnin mendapat bantahan daripada penyokong-penyokong bola sepak di eropah.
Eintracht Frankfurt fans stage protest against Monday night football by flooding pitch with tennis balls prior to Leipzig victory https://t.co/4jmuWFIxyU pic.twitter.com/jI5avCRp3c
— Mail Sport (@MailSport) February 20, 2018
Di Bundesliga misalnya, penyokong Frankfurt membaling masuk bola tenis sebelum bermula setiap babak perlawanan pada Februari tahun lalu. Penyokong Rayo Vallecano dan Leganés bersatu hati membentangkan tifo gergasi sebagai bantahan kepada perlawanan yang diadakan pada hari Isnin.
Perlawanan La Liga diantara Alaves dan Levante pada 2019 turut diprotes oleh penyokong. Dalam perlawanan tersebut, penyokong enggan memasuki stadium untuk tempoh lima minit pertama perlawanan – memaksa kedua-dua pasukan beraksi dengan stadium hampir kosong. Apabila penyokong memasuki stadium, mereka berarak masuk dengan berpakaian hitam dan membawa sepanduk ‘RIP Football’.
Sambil lampu telefon bimbit dihidupkan, mereka turut mengarak masuk sebuah keranda sebagai simbolik pengebumian dan matinya bola sepak kerana tunduk kepada kuasa komersil yang melebihi kepentingan penyokong.
Penyokong Dortmund protes harga tiket
Walaupun tidak popular seperti Liga Perdana Inggeris, Bundesliga mempunyai kumpulan penyokong yang besar. Hal ini menjadikan Bundesliga menyediakan tiket termurah di eropah. Harga tiket yang mampu dimiliki, dan pelaburan yang berkesan untuk insfastruktur di stadium merupakan kelebihan Bundesliga.
Harga tiket yang murah menyebabkan ramai penonton datang ke stadium. Berdasarkan harga tiket penonton pada musim 2013/14, ternyata Bundesliga mementingkan kebajikan penonton daripada keuntungan sesetengah pihak berkepentingan. Namun pada 2015, berlaku protes besar-besaraan d Bundesliga kerana terdapatnya usaha menaikkan harga tiket.
In November 2019, they boycotted a Borussia Dortmund away game in Barcelona due to away tickets costing the maximum 70 euros price.
Jubos were also active against commercialization in Germany, most recently against the likes of Rasenballsport Leipzig and Hoffenheim. 3/21 pic.twitter.com/t9ajGb3xLO
— Felix Tamsut (@ftamsut) November 2, 2020
Dalam satu perlawanan di antara Hoffenheim menentang Borussia Dortmund, Hoffenheim mengenakan setiap seorang penyokong Dortmund €55 untuk sekeping tiket. Akibatnya, penyokong Dortmund memboikot perlawanan tersebut, lantas menjejaskan jumlah kutipan.
Hoffenheim kemudiannya terpaksa menurunkan harga tiket, dan menderma sebahagian daripada jumlah kutipan kepada badan kebajikan yang ada di Dortmund. “Kami telah melakukan penilaian yang salah sebelum ini,” ujar Hoffenheim melalui satu kenyataan selepas itu.
Protes di Chile
Ini pula bukan kisah kelab melakukan u-turn, tetapi cukup sebagai contoh terbaik kuasa penyokong di dalam bola sepak. Pada 2019 dan 2020, jutaan rakyat Chile membanjiri jalanan untuk melakukan protes menentang polisi ekonomi ne0-liberal oleh presiden Sebastien Pinera. Protes juga berkaitan kos sara hidup yang tinggi dan pendapatan yang rendah di seluruh negara. Protes ini mulai dicetuskan oleh penyokong bola sepak secara besar-besaran.
Antara penyebab protes tersebut menjadi besar adalah selepas kematian seorang penyokong bola sepak Colo-Colo, Jorge Mora. Colo-Colo adalah kelab yang memiliki kumpulan penyokong terbesar di ibu negara Chile.
PHOTO | Protest against the government, last week a Colo-Colo fan was killed run over by the police.
(Universidad de Chile – Internacional) pic.twitter.com/myDVXQWaCO
— Antifa_Ultras (@ultras_antifaa) February 10, 2020
Kematiam Mora mendorong penyokong Col0-Colo bergabung dengan kumpulan penyokong lain di serata Chile, di dalam dan di luar stadium. Kematian Mora dipercayai akibat dilanggar oleh van polis selepas tamat perlawanan, dan ketika beliau meninggalkan stadium pada 28 Januari 2020.
Kematian Mora menyebabkan protes terancang berlaku di kalangan kelab-kelanb penyokong di Chile. Malah ketika protes, seorang lagi penyokong Colo-Colo maut, menjadi mangsa tembakan pihak polis, dan ramai lagi menderita di tangan piha berkuasa.
Walaupun demonstrasi berterusan, Pinera tidak meletakkan jawatan. Namun ia berjaya mendesak agar sebuah referendum dilakukan untuk sebuah perlembagaan yang baharu.
Penutup
Kami tahu ada banyak lagi contoh-contoh kuasa penyokong di luar sana. Anda boleh kongsikan di ruangan dan platform yang kami sediakan.
Apa yang penting, penyokong bola sepak pada hari ini harus berani bersuara untuk menegakkan keadilan dan integriti pertandingan.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai European Super League: