9 Implikasi Menimpa Indonesia Jika Berkeras Tidak Terima Israel Di Piala Dunia B-20

Menjelang aksi Piala Dunia Bawah 20 (B-20) yang akan berlangsung tidak lama lagi, pelbagai kontroversi telah pun kedengaran membabitkan tuan rumah iaitu Indonesia bersama salah satu pasukan terlibat, Israel.

Ketika ini, dua bandar di Indonesia sudah pun memberi pengesahan untuk tidak menerima kehadiran Israel di sana, walaupun pasukan tersebut melayakkan diri secara sah ke saingan Piala Dunia B-20.

Disebabkan itu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan dalam proses untuk menimbang keputusan supaya menarik semula hak Indonesia selaku tuan rumah saingan Piala Dunia B-20 tahun ini, selain majlis untuk peringkat kumpulan juga terpaksa dibatalkan selepas badan itu campur tangan kepada situasi tersebut.

Apa akan jadi sekiranya Indonesia tetap berkeras tidak menerima kehadiran Israel di Piala Dunia B-20 ini?

Jika Indonesia membatalkan hak selaku tuan rumah untuk saingan Piala Dunia B-20 ini, berkemungkinan negara tersebut akan dibekukan oleh FIFA dalam sebarang aktiviti bola sepak.

Kedua, Indonesia bakal menjadi kecaman negara-negara lain kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang sudah pun diletakkan oleh FIFA sebagai penganjur saingan tersebut yang dianggap sangat berprestij.

Ketiga, negara tersebut juga tidak dapat mengikuti mana-mana aktiviti yang berlangsung bawah kalendar FIFA kerana dibekukan aktiviti mereka.

Keempat, Indonesia juga hampir pasti tidak akan dipilih oleh FIFA selaku tuan rumah bagi saingan-saingan peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Kelima, hasrat Indonesia untuk membida sebagai tuan rumah Piala Dunia tahun 2034 juga tidak akan kesampaian kerana nama mereka akan dibuang oleh FIFA.

Keenam, organisasi olahraga lain juga tidak akan memilih Indonesia sebagai tuan rumah untuk mana-mana kejohanan besar, termasuk sukan olimpik.

Ketujuh, Indonesia pastinya akan menjadi tumpuan dunia untuk dikecam kerana dianggap telah memasukkan sekali elemen politik dalam sukan.

Kelapan, lebih menyedihkan pastinya para pemain, kejurulatihan, kelab, serta pengurusan akan kehilangan sumber pencarian kerana negara itu dibekukan dalam saingan bola sepak serta membabitkan 500,000 orang.

Sembilan, selain membabitkan skuad B-20, pasukan-pasukan lain seperti B-16, B-19, serta barisan senior negara juga tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana perlawanan antarabangsa kerana dibekukan oleh FIFA.

Persoalannya, apakah solusi yang akan diambil oleh Persekutuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) untuk menangani masalah ini pada masa akan datang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN