80 Peratus Selesai, GoFlumen Semakin Hampir Jadi Pemilik Kedah

kedah penyokong 2020 80 peratus goflumen

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini memasuki fasa akhir dalam pengambilalihan 80 peratus saham oleh sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang baharu dibentuk.

SPV yang dikenali sebagai GoFlumen itu dibentuk hasil gabungan dua buah syarikat iaitu Go Auto Group dan Flumen Holding, selepas lebih sebulan yang lalu, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkannya.

Dalam satu temuramah bersama Bola@Mamak di Astro Arena, pemilik yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Flumen Holding, Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman berkata, proses untuk mengambil alih sebahagian besar saham daripada Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) itu sudah 80 peratus selesai.

Shaizuan: Sebagai anak Kedah, memang nak ambil alih

Katanya, “Kita sedang berusaha. Setakat ini, saya rasa 80 peratus sudah selesai. Kita dalam proses penilaian terakhir yang melibatkan antaranya proses undang-undang.

“Pengambilalihan ini bukan mudah, ia melibatkan transaksi yang agak besar, jadi kita memerlukan satu kajian mendalam,” jelasnya mengenai saham bernilai RM24 juta itu.

“Kita juga tidak mahu buat kesilapan, insyaAllah. Kalau tanya secara peribadi, sebagai anak Kedah, yang dilahirkan di Kedah dan yang ‘panjat’ Stadium Darul Aman, memang [saya] nak sangat [ambil alih],” ujar Shaizuan dalam temu bual tersebut.

Shaizuan sebelum ini menerusi Koperasi Anak Kedah telah cuba untuk membeli saham daripada MBI Kedah itu, namun mungkin disebabkan ia telah mengambil masa yang sangat lama, beliau akhirnya telah bergerak dengan syarikatnya sendiri.

Kerjasama dengan Koperasi Anak Kedah?

Adakah GoFlumen bakal bekerjasama bersama Koperasi Anak Kedah? Ini kerana, semua telah tahu yang Shaizuan merupakan penasihat bagi pihak koperasi.

Semua penyokong Kedah sudah sedia maklum mengenai minat daripada Koperasi Anak Kedah untuk pemilikan pasukan apabila perubahan daripada FA ke FC telah dilaksanakan dengan sebelum ini, pihak koperasi telah berbincang bersama KFA.

Beberapa perjumpaan bersama KFA telah berlangsung  bagi menyampaikan niat mereka dan mereka akhirnya telah menyerahkan terma-terma cadangan pemilikan pada 9 Oktober, namun tidak mendapat maklumbalas daripada pihak KFA.

Semuanya BOLA akan cuba mendapatkan secara eksklusif mengenai perkara ini daripada Pengerusi GoFlumen, Shaizuan selepas segala proses ini selesai.

Janji Shaizuan buat penyokong Kedah

Walaupun semuanya masih belum muktamad, namun Kedah sudah hampir pasti dimiliki oleh GoFlumen. Shaizuan mengakui yang beliau terpaksa meninggalkan sementara kerja hakikinya untuk fokus dalam merealisasikan pemilikan pasukan.

Menurutnya, “Saya bercakap sebagai seorang anak Kedah yang menjadi penyokong Kedah dan sanggup berhabis-habisan dengan Kedah. Saya tidak akan mensia-siakan [harapan] rakyat Kedah. Saya tidak pernah berhenti berusaha ketika ini.”

“Di pihak GoFlumen, kita sentiasa berusaha sampai ke saat ini. Terus terang, saya tinggalkan seketika perniagaan untuk tengok perkara ini tiap hari,” ujarnya.

Selain itu, ketika bercakap kepada Utusan Malaysia pula, Shaizuan dipetik berkata, “Kita memiliki visi yang jauh tetapi secara ringkasnya, kita mahu meneruskan legasi dan menambah kegemilangan pasukan Kedah hingga peringkat tertinggi.”

Adakah GoFlumen akan membuka saham buat para penyokong Kedah, sebagaimana cadangan asal ketika beliau bergerak bersama Koperasi Anak Kedah?

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah Darul Aman:

Syarikat Automotif, Kelengkapan Pertahanan Jadi Pemilik Saham Terbesar Kedah

Aidil Sharin Mahu Tengok Dahulu Hala Tuju & Perancangan Kedah FA

Piala AFC 2021: Terengganu Ada Peluang, Laluan Kedah Sedikit Berliku

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN