Futsal adalah sukan yang memerlukan pemain ada kemampuan mengawal bola. Tidak kisahlah sama ada anda pemain fixo, ala mahupun pivot.
[adrotate group=”3″]
Dalam artikel kali ini kami berkongsi tips bagaimana untuk meningkatkan kemahiran futsal anda. Ia merangkumi aspek kawalan bola dan gerakan di dalam gelanggang.
1. Tingkatkan Kemahiran Menggunakan Tapak Kaki
Ia digelar sole foot secara universal. Ramai yang bagus dalam penggunakan kasut luar dan kasut dalam (depth touch) dengan baik namun sangat lemah dalam penggunakan tapak kasut ataupun sole foot.
Pemain futsal yang bagus perlu menajamkan kemahiran futsal ini. Ianya kerana ia akan membolehkan pemain lebih dominan ke atas bola.
Seorang pemain futsal seharusya tahu cara menggunakan sole foot. Ada beberapa aspek yang penting dalam penggunaan tapak kaki ini.
i. Untuk menerima bola (control & trap)
ii. Untuk mengacah pihak lawan
iii. Rolling bola
Ia harus dilakukan dengan kadar pergerakan ataupun kepantasan yang pelbagai. Banyakan aktiviti rolling bola futsal dengan tapak kaki.
2. Gerakan
Ini adalah aspek yang sangat penting. Anda perlu meningkatkan aspek body feint ini untuk memudahkan anda mencipta ruang di dalam gelanggang.
Ia juga penting untuk menewaskan pihak lawan sama ada ketika dengan bola ataupun tanpa bola di kaki. Gerakan yang pantas dan deras akan membolehkan anda lebih sukar untuk dibendung pihak lawan.
Biasakan diri untuk bergerak menjauhi pertahanan lawan atau menukar arah gerakan dengan segera. Seterusnya, perbaiki ketajaman gerakan pintas ke dalam (cut-inside).
Tidak lupa juga tingkatkan kemampuan menukar kepantasan (changing pace). Anda boleh lihat Eden Hazard bagaimana dia menukar tempo gerakan dari berlari kepada jogging pace, dari walking/jogging pace kepada running pace yang pantas.
3. Tingkatkan Kemampuan Bermain Banyak Peranan
Bahasa universalnya adalah all round performer. Jadi anda harus meningkatkan aspek bertahan dan menyerang dalam masa yang sama.
Walaupun anda seorang penyerang, ia tidak bermakna anda tidak perlu kisah pasal bertahan. Begitu juga sebaliknya.
Kemampuan lain seperti keupayaan untuk duel dan melakukan cubaan gol yang kencang dan tepat.
4. Tingkatkan Skil Individu
Seterusnya adalah cuba tingkatkan kemahiran dan skil individu anda. Ada sesetengah pemain futsal tidak kisah pasal skil dan malu untuk melakukannya takut diketawakan member.
Kami sentiasa percaya, futsal dengan rakan-rakan adalah sesi terbaik untuk anda melakukan perkara ini.
Anda perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri. Skil seperti step over, roullete boleh dipelajari daripada rakan-rakan ataupun merujuk kepada video di youtube. Tidak rugi untuk mencuba.
5. Tingkatkan Kreativiti
Futsal adalah sukan yang bertarung untuk menyelit pada ruang kecil. Kreativiti adalah penting untuk memastikan peluang gol sentiasa dicipta.
Kreativiti lebih kepada kemahiran berfikir. Jadi, anda perlu menajamkan kemampuan untuk berfikir dan membaca perlawanan.
6. Tingkatkan Semangat Berpasukan
Tidak dinafikan sukan futsal adalah sukan yang sesuai dengan permainan individu.
Namun, jika aspek permainan berpasukan tidak diambil kira, anda akan bermasalah apabila berhadapan dengan lawan yang sistematik dalam taktikal permainan.
Kesedaran ke atas komitmen dalam pasukan adalah senjata penting walaupun anda ada skil yang luar biasa jika tidak ada sokongan di dalam gelanggang anda akan bermasalah.
Antara cara yang boleh dipraktikan adalah, biasakan diri untuk bermain permainan kombinasi (combination play). Tingkatkan kemampuan untuk melakukan hantaran dalam pelbagai variasi.
7. Kawalan Bola
Ia memerlukan latihan berterusan untuk memastikan anda ada kawalan bola yang baik. Sentuhan pertama dan cara trap bola sangat penting.
Banyakan aktiviti menimbang bola (keepy uppie) dan juga latihan hantaran one touch dengan intensiti dan tahap kesukaran berbeza.
8. Bermain Dengan Seronok
Kita selalu mendengar perkataan ‘enjoy the game’. Ia bukan bermaksud anda terlalu tersengih-sengih di dalam gelanggang.
Ia merujuk kepada semangat untuk bermain dengan semula jadi tanpa tekanan terlalu tinggi. Ia akan membantu anda untuk bermain dengan lebih semula jadi di dalam gelanggang.
Sentiasa mencari taktikal yang boleh dimainkan bersama dalam pasukan. Jadi, latihan bersama sangat penting.
Rumusan
Kami suka dengan tagline Think Quick Play Quick dalam sukan futsal. Jom dapatkan t-shirt Think Quick Play Quick dari The SBX. Anda boleh tempah di sini.
Itulah antara 8 tips untuk meningkatkan kemahiran futsal secara individu yang akan membantu anda menjadi pemain pasukan. Kami berharap anda dapat berkongsi tips ini.
Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!
[adrotate banner=”27″]
Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.
Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?
Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!
Baca juga :Flying Goalkeeper Dalam Futsal, Pelan Tambahan Terbaik Atau Risiko