8 Pemain Yang Pernah Menyarung Jersi Man Utd Dan Real Madrid Sebelum Varane

Raphael Varane bakal menjadi pemain ke-9 di dalam sejarah yang pernah menyarung jersi Manchester United dan Real Madrid.

Siapakah lapan pemain yang lain? Bagaimana perjalanan karier mereka di kedua-dua kelab? Ayuh kita singkap kembali kisah lapan pemain yang pernah beraksi untuk Manchester United dan Real Madrid.

Laurie Cunningham

Real Madrid: 1979 – 1983
Manchester United: 1982 – 83 (Pinjaman)

Laurie Cunningham adalah pemain pertama yang pernah menyarung jersi Real Madrid dan Manchester United. Beliau tampil sebanyak 44 kali untuk Los Blancos, tetapi hanya menyarung jersi Red Devils sebanyak lima kali sepanjang kariernya.

Cunningham yang turut dikenali sebagai El Negro de Los Blancos adalah pemain British pertama dalam sejarah menyertai Real Madrid, selepas sebelum itu menyarung jersi West Bromwich Albion. Beliau paling diingati kerana menjaringkan dua gol pada penampilan pertamanya, dan merupakan tunjang utama Real Madrid menjuarai kejuaraan liga piala domestik pada tahun tersebut.

Tidak ramai pemain yang pernah mendapat penghargaan standing ovation dari penyokong Barcelona di Nou Camp. Cunningham adalah salah seorang daripada pemain tersebut, cukup untuk menjelaskan kualiti yang dimiliki pemain ini. Bagaimanapun tempoh beliau bersama Manchester United tidak dianggap sebagai tempoh yang berjaya dalam kariernya.

David Beckham

Manchester United: 1992–2003
Real Madrid: 2003–2007

David Beckham adalah salah seorang pemain bintang ‘Class of 92’ yang turut menyaksikan nama-nama besar seperti Ryan Giggs, Gary Neville dan Paul Scholes menjadi tunjang dominasi Manchester United di Premier League. Bakat mereka dibangunkan oleh Eric Harrison dan mulai bergelar pelatih pada 1991.

Selepas tempoh pinjaman bersama Preston North End, Beckham mulai menjadi pemain utama Red Devils membantu kelab itu meraih enam gelaran Premier League, dua Piala FA, dan satu Champions League. Beckham turut menjaringkan 61 gol dari 265 penampilan yang dilakukannya dan dikenali sebagai pakar sepakan percuma sepanjang 12 tahun karier di Old Trafford.

Beckham kemudian dijual ke Real Madrid pada musim panas 2003 dengan tanda harga €35 juta. Sepanjang tempoh empat musim di Estadio Santiago Bernabeu, Beckham berjaya membantu kelab itu meraih satu kejuaraan La Liga iaitu pada musim terakhirnya. Beckham turut pernah menyarung jersi AC Milan, dan LA Galaxy sebelum bersara ketika bersama Paris Saint-Germain.

Ruud van Nistelrooy

Manchester United: 2001–2006
Real Madrid: 2006–2010

Ruud van Nistelrooy adalah salah seorang pemain yang melalui karier gemilang bersama Manchester United dan juga Real Madrid, menjaringkan lebih 200 gol untuk kedua-dua kelab. Pemain kelahiran Belanda itu melengkapkan perpindahan ke Mancheseter United pada musim panas 2000, dan menjadi salah seorang penyerang paling digeruni dengan 23 gol dari 32 penampilan pada musim pertamanya. Beliau turut dinamapakan Pemain Terbaik PFA pada musim yang sama.

Musim berikutnya Nistelrooy menjadi penjaring terbanyak Premer League dan membantu Manchester United merangkul kejuaraan liga dan dinobatkan sebagai pemain terbaik Premier League pada 2003. Nistelrooy berhijrah ke Real Madrid pada 2006 selepas terdapat laporan beliau tidak gembira di Old Trafford, dan hanya selepas dua minggu beliau menjaringkan hatrik pertamanya bersama Los Blancos. Sekali lagi Nistelrooy muncul penjaring terbanyak liga pada musim pertamanya di Sepanyol dengan 25 gol. Beliau berjaya membantu Real Madrid menjuarai dua gelaran La Liga, namun kecederaan lutut dialaminya selepas itu mulai menganggu kariernya.

Gabriel Hienze

Manchester United: 2004–2007
Real Madrid: 2007–2009

(Photo by Mike Egerton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Selepas mencipta nama bersama Paris Saint-Germain, pemain dari Argentina ini melengkapkan perpindahan ke Manchester United pada 2004. Beliau kemudian menjadikan dirinya sebagai pilihan pertama di posisi bek kiri, dan dinobatkan pemain terbaik Red Devils pada musim 2004/05.

Heinze turut membantu Manchester United muncul juara Premier League pada musim 2006/07, namun mulai hilang tempat di dalam kesebelasan utama. Tidak gembira dengan situasi tersebut, Heinze menuntut perpindahan yang berakhir di Real madrid. Dua musim bersama Real Madrid, Heinze meraih kejuaraan  La Liga pada musim pertamanya di Sepanyol.

Michael Owen

Real Madrid: 2004–2005
Manchester United: 2009–2012

Walaupun memiliki ratio jaringan menakjubkan, Michael Owen tidak pernah menempatkan dirinya selaku pilihan utama di dalam kesebelasan utama Real Madrid atau Manchester United. Sering kali beliau melakukan penampilan dari bangku pemain simpanan, beraksi sebagai pemain pilihan kedua di belakang Raul Gonzales bersama Los Blancos. Sepanjang bersama Real Madrid, Owen berjaya mencetak 18 gol dari 15 penampilan. Dan selepas Los Blancos membawa masuk lebih ramai pemain penyerang seperti Robinho dan Julio Babptista, ia semakin jelas Owen harus mencari haluan lain.

Michael Owen kemudiannya menyertai Manchester United dengan perjanjian pay-as-you-play. Ia berkaitan konsistensi dan isu kecederaan yang kerap melanda bekas penyerang Liverpool itu. Tiga musim bersama Manchester United, Owen berjaya merangkul kejuaraan Premier League pada musim 2010/11 dan juga Piala Liga.

Cristiano Ronaldo

Manchester United: 2003–2009
Real Madrid: 2009–2018

Dejan Lovren
(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

Merupakan antara pemain terbaik yang dunia pernah saksikan di dalam dunia bola sepak. Cristiano Ronaldo menyertai Manchester United sebagai bakat muda pada 2003. Di tiga musim pertamanya di Old Trafford, Ronaldo hanya berjaya menjaringka 27 gol dari 137 penampilan. Musim 2007/08 adalah musim terbaik Ronaldo bersama Manchester United apabila pemain itu menghasilkan 42 gol untuk membantu skuad Sir Alex Ferguson meraih kejuaraan berganda Liga Perana Inggeris dan Champions League pada musim yang sama.

Kapten skuad Portugal ini memenangi empat lagi kejuaraan Champions League selepas berhijrah ke Real Madrid. Merupakan pemenang lima anugerah Ballon d’Or, Ronaldo memenangi anugerah pertamanya bersama Manchester United, dan empat yang lain bersama Real Madrid. Tidak payah ditulis panjang lebar pencapaian Ronaldo. Kita semua tahu betapa hebatnya kemampuan pemain ini dalam memecah rekod-rekod di dalam dunia bola sepak.

Javier Hernandez

Manchester United: 2010-2014
Real Madrid: 2014-2015 (Pinjaman)

(Photo by Richard Heathcote – The FA/The FA via Getty Images)
Restrictions

Javier Hernandez atau lebih dikenali sebagai Chicarito adalah pemain pertama dari Mexico yang beraksi untuk Manchester United. Pemain penyerang ini pantas menjadi pemain kegemaran ramai di Old Trafford dengan sentuhan jaringannya yang sukar dijangka. Beliau turut dikenali sebagai super sub di kalangan penyokong setia Manchester United kerana jaringan-jaringan pentingnya. Sepanjang bersama Red Devils, Hernandez tampil dalam 102 perlawanan dan berjaya menghasilkan 37 gol.

kehadiran Robin Van Persie selepas menghadkan penampilan pemain itu dan beliau dibenarkan berhijrah secara pinjaman pada musim berikutnya selepas Sir Alex bersara. Tempoh di Sepanyol bagaimanapun agak sukar buat pemain ini. Tampil hanya dalam 27 perlawanan, Hernandez bagaimanapun sempat mencetak 7 gol di Sepanyol.

Angel di Maria

Manchester United: 2010-2014
Real Madrid: 2014-2015

Angel di Maria didatangkan ke Real Madrid dari Benfica pada nilai €25 juta. Pemain sayap Argentina itu membantu Los Blancos meraih satu gelaran La Liga, dua Copa del Rey dan satu Champions League sepanjang bersama Los Blancos. Pemain itu kemudiannya dijual ke Manchester United pada tahun 2014 tanpa kerelaannya. Mahu menyertai PSG pada mulanya, Di Maria terpaksa menerima tawaran dari Manchester United selepas itu.

Ketika di Old Trafford, Di Maria mendapat sokongan kuat daripada penyokong. Beliau diberikan nombor keramat – nombor 7 ketika bermain untuk Red Devils. Ketika itu penyokong United kerap mengkritik Louis Van Gaal kerana gagal mendapatkan yang terbaik daripada Di Maria. Namun penyokong United mulai kecewa dengan tindakan Di Maria yang mendesak untuk dijual ke PSG selepas semusim bersama. Hubungan Di Maria bersama penyokong Man United bertukar menjadi masam sejakd dari itu.

Penutup

Berdasarkan tulisan di atas, tidak ramai pemain yang dianggap berjaya apabila beraksi untuk kedua-dua pasukan, terutama rekod pemain Real Madrid yang menukar angin menyertai Manchester United?

Mampukah Raphael Varane mengubah perkara itu? Hanya masa akan menentukan segalanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN