8 Pemain Remaja Belasan Tahun Paling Benilai Di Pasaran

Sejak kebelakangan ini telah ramai bintang muda yang mula mencuri tumpuan ramai dengan aksi dan persembahan yang mereka pamerkan.

Kylian Mbappe dan Erling Haaland merupakan dua nama yang dianggap sebagai prospek masa hadapan dalam dunia bola sepak.

Kylian Mbappe mula mencipta nama sejak beliau beraksi bersama Monaco pada musim 2016/17, dengan beliau ketika itu berjaya menjaringkan 15 gol dalam saingan Ligue 1.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu turut berjaya menjaringkan enam gol dalam aksi saingan Champions League pada ketika itu, seterusnya menarik perhatian PSG untuk mendapatkan khidmatnya.

Kylian Mbappe semakin mencuri tumpuan peminat sejak beliau beraksi bersama PSG, dan menjadi pemain terpenting dalam skuad gergasi Ligue 1 itu.

Bintang berusia 22 tahun itu berjaya menjaringkan 132 gol dan mencatatkan 61 assists dari 171 penampilan bersama Paris Saint Germain dalam semua pertandingan.

Beliau juga berjaya memenangi pelbagai kejayaan bersama PSG, dan Mbappe juga merupakan pemain terpenting ketika membantu Perancis muncul sebagai Juara Dunia pada tahun 2018 yang lalu.

Kylian Mbappe turut menjadi pemain muda pertama dalam tempoh enam dekad yang berjaya menjaringkan gol dalam aksi perlawanan akhir Piala Dunia.

Seorang lagi pemain muda yang berjaya mencuri tumpuan peminat bola sepak masa kini adalah Erling Haaland yang kini sedang beraksi bersama Borussia Dortmund.

Haaland memulakan kehidupan baru yang sungguh menakjubkan sejak beraksi dalam saingan Champions League pada musim 2019/20.

Beliau berjaya menjadi pemain paling muda yang mencatatkan hat-trick ketika aksi debutnya dalam pertandingan Champions League.

Pemain muda Norway itu kemudiannya melengkapkan perpindahan beliau dari Red Bull Salzburg untuk sertai Borussia Dortmund pada tahun lalu.

Beliau meneruskan rekod cemerlangnya sebagai penjaring gol utama dan telah berjaya menarik minat beberapa kelab gergasi dunia yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Kedua-dua Mbappe dan Haaland dianggap bakal menggantikan tempat Messi dan Ronaldo sebagai dua pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Namun begitu, terdapat juga bintang yang lebih muda dari mereka, yang turut sedang mencipta nama dalam dunia bola sepak masa kini.

Berikut merupakan lima pemain berusia 19 tahun, yang sedang mencipta nama dalam dunia bola sepak ketika ini.

8. Jeremy Doku – €26 juta

Jeremy Doku merupakan salah seorang pemain sayap muda yang paling mencuri tumpuan dalam dunia bola sepak masa kini.

Selepas melengkapkan perpindahan menyertai Stade Rennais dalam saingan Ligue 1 musim lalu, Boku berjaya menjaringkan dua gol dan mencatatkan tiga assists.

Beliau berjaya memukau peminat seluruh dunia dengan kemampuan gelecekkannya yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Bintang berusia 19 tahun itu berjaya melengkapkan 110 gelecekan pada musim lalu, yang mana ia merupakan statistik terbaik yang berjaya dilakukan oleh seorang pemain di bawah usia 23 tahun, dari kesemua pemain yang beraksi dalam lima liga utama di benua Eropah.

Beliau turun beraksi dalam kejohanan Euro 2020 bersama skuad kebangsaan Belgium dan turut mempamerkan aksi persembahan yang mengagumkan ketika aksi kekalahan bertemu Itali.

Liverpool merupakan salah sebuah pasukan gergasi yang dikaitkan dengan Doku. Namun buat masa ini, bintang muda itu memutuskan untuk kekal di Perancis.

7. Ryan Gravenberch – €33 juta

Ryan Gravenberch, merupakan pemain muda yang beraksi di posisi central midfielder untuk Ajax, dan beliau telah berjaya mencuri perhatian ramai dengan aksi hebatnya di atas padang.

Bintang muda itu juga merupakan salah seorang pemain terpenting dalam membantu Ajax memenangi gelaran Eredivisie pada musim 2020/21.

Beliau berjaya untuk terlibat dalam lapan gol Ajax musim lalu dengan menjaringkan tiga gol dan mencatatkan lima assists dari posisi tengah.

Menjelang kejohanan Euro 2020, Gravenberch berjaya menjaringkan gol ketika aksi perlawanan persahabatan bertemu Georgia, seterusnya menjadi salah seorang penjaring termuda Belanda dalam tempoh 20 tahun terakhir ini.

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman merupakan antara yang paling berminat untuk mendapatkan khidmat produk akademi Ajax itu dan mahu membawanya ke Nou Camp.

Jika beliau benar-benar ditandatangani oleh Barcelona, ia bermaksud beliau sudah memulakan langkah yang tepat dalam kariernya.

6. Nuno Mendes – €40 juta

Nuno Mendes merupakan salah seorang pemain full-back paling berpotensi pada ketika ini dengan bintang berusia 19 tahun itu telah mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan bersama Sporting Lisbon.

Beliau pada musim lalu telah mempamerkan aksi yang sungguh mengagumkan bersama Sporting dan turut berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol serta mencipta assists dalam saingan bola sepak utama Portugal.

Pemain muda itu turut terpilih untuk menyertai skuad Euro 2020 Portugal, dengan dua kali namanya ada dalam barisan pemain simpanan sebelum mereka tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas ditewaskan oleh Belgium.

Banyak kelab gergasi di benua Eropah yang menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain muda itu, dengan Manchester City pernah membuat tawaran untuk menandatangani beliau sebelum ini.

Sporting meminta £50 juta untuk melepaskan pemain muda itu, namun Manchester City sepertinya tidak mahu membayar nilai tersebut.

Sehingga kini masih belum jelas sama ada City akan meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan Nunes, atau mungkin akan ada kelab lain yang segera menandatangani beliau.

5. Mason Greenwood – €50 juta

Mason Greenwood masih belum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20, namun beliau telah membuat lebih dari 100 penampilan dalam semua pertandingan untuk Manchester United.

Ia bukti nyata untuk menjelaskan mengapa beliau dianggap sebagai salah seorang pemain muda paling berbakat dalam dunia bola sepak masa kini.

Pemain sayap itu telah beraksi sebanyak 31 perlawanan dari setiap dua musim terakhir beliau dalam saingan Premier League.

Greenwood berjaya menjaringkan 17 gol dan turut mencatatkan 3 assists sepanjang tempoh tersebut dan menjadi salah seorang pemain terpenting di Old Trafford.

Greenwood berjaya untuk menjadi pemain muda kedua, dalam sejarah kelab selepas Cristiano Ronaldo yang masuk sebagai pemain gantian, seterusnya menjaringkan gol dan mencatatkan assists, ketika bertemu Tottenham Hotspur musim lalu.

Pemain sayap itu berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya 10 gol dari semua pertandingan untuk Manchester United dalam dua musim terakhir ini.

4. Eduardo Camavinga €53 juta

Pada umur 17 tahun 11 bulan, Camavinga sudah mengutip dua kaps antarabangsa dan satu gol. Gol tersebut juga bermakna pemain tengah Rennes ini merupakan penjaring termuda Les Bleus sejak 1914.

Nama Camavinga tidak asing di Malaysia selepas pernah tersenarai dalam kesebelasan terbaik Kejohanan Bawah-14 Elite Cup Cote D’Azur di Mougins, Perancis pada Jun 2016 yang turut diwakili oleh skuad Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD).

Turut tersenarai adalah dua bekas graduan kelompok pertama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Malaysia: Alias Alan dan Sikh Izhan. Kedua-dua pemain muda ini sedang bermain bersama Selangor 2 di Liga Premier.

Camavinga yang beraksi untuk Rennes dalam saingan Ligue 1 kini sudah pun menarik perhatian gergasi-gergasi eropah yang lain. Baki kontrak setahun bersama Rennes, menyebabkan Manchester United antara yang tidak senang duduk untuk mendapatkan pemain itu ketika ini.

3. Jude Bellingham – €55 juta

Dunia sudah menyaksikan sekilas kemampuan pemain muda berusia 18 tahun ini di Euro 2020 bersama England pada musim panas lalu.

Jude Bellingham pernah menjadi pemain idaman Manchester United. Namun Borussia Dortmund sentiasa dilihat sebagai kelab yang amat sesuai untuk Bellingham meraih potensi sebenarnya.

Dortmund hanya perlu membayar £22.8 juta (termasuk add on) untuk pemain berusia 17 tahun dan memiliki 41 penampilan di dalam Championship. Musim prestasi Bellingham bersama kelab Jerman itu dianggap mengujakan.

Di Euro 2020, Bellingham diturunkan oleh Gareth Southgate sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Republik Czech di peringkat kumpulan, dan di separuh akhir menentang Ukraine.

2. Ansu Fati – €60 juta

Pemain remaja, Anssumane Fati mencipta sejarah apabila tampil sebagai pemain termuda menyarung jersi skuad senior Barcelona di La Liga sejak 1941.

Fati berusia 16 tahun dan 298 hari dimasukkan sebagai pemain gantian dalam kemenangan 5-2 ke atas Real Betis pada 27 Ogos 2019.

Seminggu kemudian, beliau menjaringkan gol pertama untuk Barcelona menentang Osasuna dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2.

Walaupun baru berusia 18 tahun, pemain ini sudah memiliki 4 caps dan 1 gol bersama Sepanyol.

1. Bukayo Saka – €65 juta

Bukayo Saka merupakan salah seorang pemain muda terhebat dalam saingan Premier League musim lalu, dengan beliau berjaya menjaringkan lima gol dan mencatatkan empat assists untuk Arsenal.

Walaupun Gunners gagal untuk menamatkan saingan liga di kedudukan empat teratas, namun aksi hebat Saka tidak boleh dinafikan.

Pemain muda itu turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mantap ketika beraksi untuk skuad kebangsaan England dalam saingan Euro 2020.

Saka ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England

Saka diturunkan sebagai kesebelasan utama skuad The Three Lions ketika aksi peringkat separuh akhir bertemu Denmark, dengan beliau ketika itu menjadi pemain termuda dalam sejarah England yang beraksi di pentas separuh akhir/ akhir.

Lebih menariknya lagi, beliau turut berjaya mencatatkan satu assists dalam perlawanan itu, seterusnya membantu England untuk mara ke perlawanan akhir.

Walaupun beliau merupakan salah seorang dari tiga pemain England yang gagal menyempurnakan sepakan penalti, namun Saka tetap dipuji kerana berani untuk tampil sebagai pengambil sepakan penalti penentu negaranya.

Sumber: SK

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN