Cristiano Ronaldo telah pun melengkapkan perpindahan epiknya ke Manchester United dan kini bersedia untuk melakukan debut keduanya bersama kelab tersebut.
Bukan kembali untuk makan angin seperti yang ditegaskan bintang Portugal itu, Ronaldo sudah tentu mahu menambah sembilan kejuaraan yang pernah dimenanginya bersama United sebelum ini.
Selain dari memenangi kejuaraan, pemain berjersi No.7 itu juga amat dikenali sebagai pemain yang gemar memecahkan rekod.
Berikut adalah tujuh rekod baharu yang mampu dicapai oleh Cristiano Ronaldo bersama Manchester United mulai musim ini.
1. 100 gol di England & Sepanyol
Ketika kali pertama menyertai Manchester United, Ronaldo telah menjaringkan 84 gol dari 196 penampilan di Premier League – memenangi tiga kejuaraan liga – sebelum berhijrah ke La Liga.
Di Sepanyol, pemain antarabangsa Portugal ini menampilkan peningkatan prestasi luar biasa apabila menghasilkan 311 gol dari 292 penampilan di La Liga – selama sembilan musim di Real Madrid.
Cristiano Ronaldo is the ONLY player in Europe's T5 leagues HISTORY to score 70+ goals in 3 different leagues.
La Liga – 311 goals.
Premier League – 84 goals.
Serie A – 71 goals. pic.twitter.com/Kl56oTp28v— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) September 7, 2021
Ronaldo kini hanya memerlukan 16 gol di Premier League untuk menjadi pemain pertama yang berjaya menjaringkan lebih 100 gol di divisyen tertinggi England dan Sepanyol.
2. Gol terbanyak dalam semusim di Premier League
Ronaldo melalui kempen yang hebat bersama United pada musim 2007/08 dan menjaringkan 31 gol. Ia adalah jumlah jaringan terbanyak pernah dilakukan mana-mana pemain selepas 38 perlawanan di Premier League pada ketika itu.
Namun rekod tersebut telah dipecahkan oleh Mohamed Salah yang menghasilkan 32 gol untuk Liverpool pada musim 2017/18.
Cristiano Ronaldo (22/23) in 2007/2008:
• Champions League winner
• Premier League winner
• Ballon d'Or winner• 127 minutes per UCL goal
• 89 minutes per PL goal• 47 G/A in 45 UCL / PL games
• 19 match-winning goals
Iconic. 🏆🏆 pic.twitter.com/AzAp3IxMln
— Statman Dave (@StatmanDave) April 3, 2020
Musim lalu Ronaldo menghasilkan 29 gol dari 33 perlawanan Serie A untuk Juventus. Ia indikasi kepada kemampuan Ronaldo yang kini pasti mengintai untuk memecah rekod Salah sebagai penjaring terbanyak di dalam tempoh semusim di Premier League.
3. Gol terbanyak dalam semua pertandingan semusim
Selain 31 gol di Premier League, musim 2007/08 turut menyaksikan Ronaldo menjaringkan 11 gol di dalam semua pertandingan lain – menjadikan jumlah keseluruhan jaringan kepada 42 gol.
Rekod penjaring terbanyak di dalam tempoh semusim di Manchester United bagaimanapun masih kekal dipegang oleh Dennis Law dengan 46 gol yang dihasilkan pada 1963/64.
42 – During his first spell at Manchester United, Cristiano Ronaldo scored 42 goals in the 2007-08 season, the third-most in a season ever by a Man Utd player, behind only Denis Law in 1963-64 (46 goals) and Ruud van Nistelrooy in 2002-03 (44 goals). Homecoming. pic.twitter.com/OTtbrTqOSs
— OptaJoe (@OptaJoe) August 27, 2021
Di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Ronaldo akan beraksi sebagai penyerang utama di mana beliau memiliki lebih banyak peluang untuk memburu gol berbanding pada musim 2007/08.
4. Pemenang kasut emas tertua
Walaupun sudah berusia 36 tahun, Ronaldo tidak menunjukkan sebarang indikasi kemerosotan prestasi sejak beberapa musim lalu.
Bersama-sama pemain seperti Harry Kane, Romelu Lukkau dan Mohamed Salah, Ronaldo juga akan menjadi antara pilihan untuk memenangi anugerah kasut emas pada musim ini.
https://twitter.com/VapesJuice/status/1434520546868400135
Jika beliau berjaya melakukannya, maka Ronaldo akan menjadi pemain paling berusia berjaya merangkul anugerah tersebut. Buat masa ini, rekod tersebut masih dipegang oleh Jamie Vardy yang merangkul anugerah tersebut pada usia 33 tahun.
5. Rekod kejuaraan Champions League
Pertama kali Ronaldo memenangi pertandingan Champions League ialah bersama Man United pada 2008. Beliau turut menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut dengan tandukan menakjubkan yang memberi United pendahuluan terhadap Chelsea di perlawanan akhir.
Musim berikutnya Ronaldo sekali lagi berjaya membawa United mara ke perlawanan akhir, tetapi dikecewakan oleh Barcelona di Rom dengan kekalahan 2-0.
Champions League trophies won:
Cristiano Ronaldo: 5
Barcelona: 4
Man Utd: 2
Bayern: 2
Juventus: 1#UCLfinal pic.twitter.com/1F8FCX6O3z— Football on TNT Sports (@footballontnt) May 26, 2018
Selepas berpindah ke Real Madrid, Ronaldo menikmati empat kejuaraan Champions League iaitu pada 2014, 2016, 2017 dan 2018.
Jika Ronaldo berjaya menjuarai Champions League sekali lagi bersama Manchester United, maka beliau akan menyamai rekod pemain legenda Real Madrid, Pace Gento yang pernag memenangi pertandingan tersebut enam kali. Ia juga akan menjadikan Ronaldo pemain pertama di era moden ini untuk memenangi pertandingan tersebut enam kali.
6. Penjaring terbanyak Man Utd di Champions League
Ruud van Nistelrooy masih kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman di Champions League, dengan 35 gol dari 43 penampilan.
Ronaldo pula yang memiliki jumlah gol terbanyak di dalam sejarah Champions League, menjaringkan 15 gol untuk Man United selama enam tahun bersama kelab tersebut.
OFFICIAL:
Cristiano Ronaldo included in the Uefa Champions League squad of Manchester United. pic.twitter.com/0bstq2thO1
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) September 3, 2021
Penyerang berusia 36 tahun itu kini perlu menjaringkan 21 gol untuk menyamai rekod yang dipegang Nistelrooy sebelum beliau meninggalkan Old Trafford buat kali kedua.
Untuk rekod, Van Nistelrooy juga merupakan pemegang rekod sebagai penjaring terbanyak Man United di Champions League untuk tempih semusim (12 gol). Ia pasti menarik untuk melihat Ronaldo mengeja rekod luar biasa ini.
7. Penjaring terbanyak sepanjang zaman Man Utd
Bekas rakan sepasukan Ronaldo, iaitu Wayne Rooney diiktiraf sebagai pemegang rekod dan penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United dalam semua pertandingan. Sepanjang bersama Red Devils, Rooney telah mencetak 253 gol untuk memintas rekod Sir Bobby Charlton.
https://twitter.com/4_4_fucking_two/status/1435319871634657295
Ronaldi pula telah mencetak 118 gol bersama Manchester United di semua pertandingan setakat ini. Ini bermakna pemain Portugal berusia 36 tahun itu kini perlu menambah 136 gol untuk memintas rekod Rooney.
Ia kedengaran sukar dan mustahil untuk dilakukan. Tetapi selagi Ronaldo beraksi, rekod tersebut kekal terbuka untuk dipecahkan.