England buat pertama kalinya berjaya memenangi penentuan sepakan penalti di Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Colombia 4-3.
Keputusan itu terhasil selepas mereka terikat seri 1-1 seusai habis 120 minit perlawanan.
Tetapi bagaimana mereka melakukannya? Ini 7 cara yang digunakan mereka untuk mengakhiri badi tersebut.
7. Bantuan pakar psikologi
Skuad England mendapat bantuan dari pakar psikologi mereka dalam menentukan siapa yang sepatutnya mengambil sepakan penalti.
Pasukan psikologi mereka yang diketuai oleh Dr Pippa Grange telah mengelaskan para pemain mengikut teknik mereka mengambil sepakan penalti.
Pemain yang mampunyai teknik sepakan penalti yang baik mempunyai kecenderungan untuk lebih tenang ketika menyelesaikan tugas itu.
6. Tugas setiap jurulatih
Setiap jurulatih dalam skuad England mempunyai tugas mereka tersendiri dalam mempersiap pasukan.
Martyn Margetson merupakan jurulatih penjaga gol England dan beliau perlu memastikan Jordan Pickford bersedia namun beliau juga dilihat memberikan kata-kata semangat kepada pemain lain seperti Eric Dier.
5. Lebih tenang
Para pemain England dinasihatkan untuk sentiasa tenang ketika mengambil sepakan penalti.
Menurut penulis Ben Lyttleton yang menulis buku mengenai penalti Twelve Yards: The Art and Psychology of the Perfect Penalty mengatakan pemain England cenderung untuk mengambil penalti dengan terburu-buru.
Menurut Lyttleton, terburu-buru ketika mengambil sepakan penalti adalah tanda pemain itu sedang tertekan mengambil sepakan penalti.
Hasil dari analisis, pemain England memulakan gerak untuk menyepak penalti seawal 0.28 saat dari waktu pengadil meniupkan wisel.
Catatan masa itu adalah paling pantas jika dibandingkan dengan pemain dari skuad negara lain.
4. Allan Russell
Allan Russell merupakan individu penting dalam staf kejurulatihan England, jurulatih serangan ini memainkan peranan besar dalam membentuk kejayaan England dalam sepakan penalti.
Beliau merupakan insan bertanggungjawab dalam memastikan England mencapai kejayaan dalam penentuan sepakan penalti.
Russell mengarahkan para pemainnya untuk kekal dengan satu arah sahaja ketika mengambil penalti sewaktu latihan, arah tersebut kemudiannya dibawa pula ke perlawanan sebenar.
Jadi jika England terpaksa berhadapan dengan satu lagi siri sepakan penalti, arah tersebut perlu ditukar.
3. Latihan harian
Gareth Southgate telah mengarahkan anak-anak buahnya untuk melakukan latihan sepakan penalti setiap hari ketika sesi latihan.
Tujuannya adalah satu, untuk memastikan mereka berjaya memperoleh kejayaan dalam penentuan sepakan penalti.
Maka tidak hairan apabila sehari sebelum perlawanan, Southgate mengatakan pasukannya bersedia andai perlawanan berlanjutan ke sepakan penalti.
2. Kuasa Pickford
Jordan Pickford memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan sepakan penalti England tempoh hari.
Ketika sepakan penalti, Pickford pergi ke setiap pengambil penalti England untuk memberikan sokongan moral.
Tindakan itu dilakukan oleh beliau kerana tiada pemain lain yang boleh masuk ke kawasan separuh padang yang di mana sepakan penalti itu diambil.
Ia merupakan satu strategi untuk memastikan perasaan gementar itu tidak menghantui setiap pengambil sepakan penalti mereka.
1. Botol berbeza
Semasa hendak memulakan sepakan penalti, Pickford diberikan botol air yang berbeza berbanding botol yang beliau gunakan sebelum itu.
Botol itu diselitkan sekali dengan nota pemain Colombia dan arah mana yang mereka sering halakan ketika mengambil penalti.
Jadi tidak hairan sewaktu taklimat bersama pengadil dan David Ospina, Pickford dilihat menutup botol airnya dengan tuala.
Tindakan itu dipercayai untuk melindungi botol itu dari penglihatan Ospina.