7 Perpindahan Termahal Pemain Inggeris Yang Dianggap Tidak Masuk Akal

Arsenal telah menandatangani Ben White dari Brighton dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £50 juta.

Segelintir penyokong Arsenal telah mempertikaikan nilai £50 juta yang pihak kelab akan bayar kepada Brighton untuk mendapatkan Ben White.

Bagi mereka, nilai tersebut adalah terlalu mahal dan lebih baik jika digunakan untuk mendapatkan beberapa pemain lain berbanding untuk hanya menandatangani bintang berusia 23 tahun itu sahaja.

Pemain Inggeris sememangnya sentiasa mecetuskan nilai yang mahal di pasaran pemain Premier League disebabkan status homegrown mereka. Berikut adalah antara perpindahan pemain Inggeris yang dianggap mahal sebelum perpindahan Ben White.

John Stones (£45 juta)

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

John Stones memecah rekod kelab apabila Everton menjual pemain itu ke Manchester City pada nilai £45 juta. Stones dianggap sebagai salah seorang bakat muda Inggeris pada ketika itu.

Bagaimanapun karier Stones di Etihad tidaklah semudah yang disangka. Beliau bukan jenis pemain yang terus bersinar walaupun didatangkan dengan harga yang tinggi. Malah pada peringkat awal, Stones dilabel sebagai salah seorang pemain pertahanan yang sering melakukan kesilapan.

Keadaan fizikal yang tahap kecergasan pemain itu dikatakan antara punca Stones gagal mengadaptasikan dirinya terus dengan taktikal Pep Guardiola. Pemain itu bagaimanapun bejaya menjadikan dirinya pemain yang Guardiola mahukan, dan pada musim lalu adalah tunjang Man City muncul juara Premier League.

Aaron Wan-Bissaka (£49 juta)

Musim panas 2019, Manchester United melabur besar untuk mendapatkan Aaron Wan-Bissaka dari Crystal Palace pada nilai £49 juta. Ramai yang mempersoalkan sama ada Wan-Bissaka benar-benar berbaloi untuk dibayar dengan harga setinggi itu.

Anda wajar berfikir demikian kerana Wan-Bissaka tampil kurang daripada 50 penampilan bersama skuad utama Crystal Palace pada musim sebelumnya. Apatah lagi United telah melakukan pembelian-pembelian yang gagal sejak beberapa musim sebelum itu.

Merupakan antara pembelian terawal Ole Gunnar Solskjaer untuk Man United selepas Daniel James, Wan-Bissaka membuktikan kemampuan dirinya dan sejak dari itu menjadikan posisi bek kanan  Red Devils menjadi miliknya.

Kyle Walker (£50 juta)

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Manchester City dilaporkan bersetuju untuk membayar yuran perpindahan melebihi jumlah £50 juta kepada Totenham Hotspur untuk membawa Kyle Walker ke Etihad pada musim panas 2017.

Sama seperti John Stones, pemain yang didatangkan dari Tottenham Hotspur ini bermula dengan perlahan sebelum menjadi aset taktikal Pep Guardiola di sebelah kanan.

Pemain antarabangsa England itu kini sudah memiliki tiga kejuaraan Premier League sejak berhijrah ke Etihad.

Ben Chilwell (£50 juta)

ben chilwell chelsea leicester city
FOTO: Joe Giddens/PA

Menurut sumber Goal, nilai perpindahan pemain berusia 23 tahun yang juga merupakan pemain skuad kebangsaan England itu dilaporkan mencecah nilai £50 juta dan telah memeterai perjanjian kontrak selama lima tahun.

Chilwell membuktikan kemampuan dirinya dan menjadi antara pemain baharu yang menyerlah di Chelsea di bawah era Frank Lampard,

Situasi sedikit berubah selepas Lampard dipecat dan Chelsea diambil alih oleh Thomas Tuchel yang lebih selesa menggunaka Marcos Alonso d posisi tersebut.

Usia bagaimanapun berada di pihak Chilwell, dan pemain itu dilihat bakal menjadi pilihan utama bek kiri The Blues pada masa akan datang.

Raheem Sterling (£49 juta)

Arsenal
(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Kepindahannya dari Liverpool ke Manchester City pada 2015 dianggap kontroversi. Bekas pengurus Brendan Rodgers mendedahkan sebab utama Raheem Sterling meninggalkan Liverpool untuk berhijrah ke Manchester City pada 2015 ialah untuk menjadi pemain terbaik sebaik mungkin.

Selepas membuatkan Anfield kagum akan kebolehan yang ditampilkannya, Sterling selepas itu memaksa perpindahan beliau ke Etihad menjadi kenyataan selepas tiga musim bersama skuad utama Liverpool.

Sejak menyertai Manchester City, Sterling telah memenangi dua kejuaraan Premier League dan tampil sebagai salah seorang pemain penyerang paling mencuri tumpuan di Premier League – terutama sejak ketibaan Pep Guardiola pada 2016.

Jadon Sancho (£73 juta)

Saga perpindahan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund ke Manchester United berlaku lebih dari setahun sebelum dimuktamadkan pada musim panas ini.

Manchester United akhirnya telah mencapai persetujuan untuk membayar Borussia Dortmund £73 juta (RM419 juta) kepada Borussia Dortmund untuk perpindahan Jadon Sancho.

Perpindahan Sancho ke Old Trafford dilihat sebagai usaha berterusan daripada pengurus, Ole Gunnar Solksjaer untuk menambahbaik pasukan untuk saingan pada musim hadapan selepas membimbing Man Utd ke kedudukan kedua Premier League dan perlawanan akhir Europa League pada musim lalu.

Sudah agak lama Manchester United tidak memiliki seorang pemain sayap kanan sejati sejak Nani. Fred sering kali digunakan di sebelah kanan – tetapi beraksi lebih ke tengah – dalam posisi 4-2-3-1 atau 4-3-3 Man United.

Sancho telah menjaringkan 50 gol dan menghasilkan 57 assist dari 137 penampilan untuk Dortmund. Beliau juga menjaringkan dua gol di perlawanan akhir Piala Jerman untuk membantu Dortmund menang 4-1 ke atas RB Leipzig pada Mei lalu.

Harry Maguire (£80 juta)

Harry Maguire
(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Harry Maguire adalah pemain Inggeris termahal sepanjang zaman apabila melengkapkan perpindahan bernilai £80 juta dari Leicester City ke Manchester United.

Nilai tinggi tersebut membuatkan penampilan Maguire sering diperhati lawan, dan setiap kesilapan pemain itu pasti akan menghiasi media sosial.

Keberadaan Maguire di bahagian benteng Manchester United berjaya memperbaiki kelemahan The Red Devils sejak beberapa musim lalu.

Malah Maguire juga menjadi tunjang kekuatan England yang mara ke perlawanan akhir Euro 2020 pada musim panas lalu. Maguire bakal bergandingan dengan pemain pertahanan dari Perancis, Raphael Varane di benteng pertahanan Man United mulai musim hadapan.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN