7 Perpindahan Percuma Berbaloi Dalam Bola Sepak

Semua orang sukakan benda percuma. Dan lebih mengujakan apabila barang percuma itu berkualiti tinggi. Berikut adalah kira turun 7 perpindahan berbaloi pemain yang percuma.

7. Kingsley Coman – Juventus

Pemain ini menyertai Juventus secara percuma. Ya, Juventus memang pakar dalam perpindahan percuma selepas memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan PSG.

Pemain muda ini kemudiannya dijual dengan nilai £25 juta kepada Bayern Munich.

Beliau menjadi antara pemain penting dalam membantu Bayern Munich dan negaranya dalam kejohanan Euro 2016.

6. Esteban Cambiasso – Inter Milan dan Leicester

Perpindahan percuma darip Real Madrid ke Inter Milan pada 2004 dianggap antara perpindahan terbaik dilakukan Inter Milan dalam sejarah.

Cambiasso menjadi pemain yang ‘dibekukan’ di Real Madrid, tetapi menjadi legenda sejati di Inter Milan.

Beliau membantu Inter memenangi 15 trofi dalam 10 musim di sana. Beliau berada dalam era emas Inter Milan pada era moden.

Beliau sekali lagi menjadi perpindahan percuma yang berharga ketika berhijrah ke Leicester. Beliau telah menjadi sebahagian daripada pasukan yang terselamat daripada penyingkiran. Ini diikuti sejarah gemilang menjuarai EPL.

Beliau juga menjadi pemain penting dalam sejarah treble Inter Milan pada 2010.

5. Steve McManaman – Real Madrid

Perpindahan percuma beliau ke Real Madrid dari Liverpool pada 1999 pernah menjadi subjek paling hangat di Eropah.

Ini kerana, beliau merupakan pemain sayap Inggeris yang lincah walaupun agak underrated.

England

Beliau pemain yang laju dan lincah. Ketika di Real Madrid beliau konsisten menjadi pencipta gol, sama seperti yang beliau lakukan di Liverpool.

McMananaman membantu Real Madrid menjuarai 2 UCL dalam 3 musim pertama beliau di Real Madrid.

Ramai penulis sukan meletakkan beliau sebagai eksport terbaik daripada England dalam sejarah.

Beliau kemudiannya kembali ke England pada 2003, tetapi ketika itu ‘peak’ beliau sudah merosot.

4. Jay-Jay Okocha – Bolton Wanderers

Siapa yang tak kenal dengan nama ini? Beliau adalah pelengkap kepada pasukan Bolton yang mengujakan di bawah kendalian Sam Allardyce bersama dengan Kevin Nolan Fernando Hierro, Youri Djorkaeff, Nicolas Anelka dan Abdoulaye Faye.

Ia perpindahan yang mengejutkan kerana Jay Jay Okocha pemain yang dikehendaki banyak pasukan besar.

Jay Jay Okocha tidak menyambung kontrak beliau dengan PSG pada 2002. Dan tertarik dengan projek Sam Allardyce di England.

Walaupun pasukan ini tidak menjuarai liga namun mereka adalah pasukan Bolton yang semua orang geruni dan suka untuk lihat.

3. Sol Campbell – Arsenal

Yang ini nama yang agak kontroversi. Selain daripada Steve McManaman, Sol Campbell juga antara nama pemain England yang underrated ketika di Spurs.

Beliau membuat perpindahan kontroversi ke musuh utama Spurs, Arsenal. Ini selepas beberapa kali berjanji akan kekal di Spurs.

Sol Campbell mengejutkan semua orang apabila memutuskan untuk menyertai Arsenal.

Ini selepas Arsenal menawarkan £100,000 seminggu. Beliau adalah pemain pertama menerima angka 6 digit dalam seminggu.

Bagi peminat Spurs, beliau adalah simbol dan definisi kepada ‘Judas’ (pembelot) no.1.

Namun di Arsenal dan bagi peminat EPL, beliau dikenang sebagai bek tengah yang membantu Arsenal menjuarai EPL dengan musim tanpa kalah.

Beliau membantu Arsenal menjuarai 2 EPL, 2 Piala FA.

2. Robert Lewandowski – Bayern Munich

Dianggap salah seorang no.9 terbaik dalam generasi beliau. Robert Lewandowski menjadi pemain yang penting dalam mengganggu dominasi Bayern Munich di Bundesliga ketika bersama Borussia Dortmund.

Beliau juga kemudiannya menjadi pemain penting membantu Bayern Munich mendominasi semula Bundesliga dan melemahkan cabaran Dortmund.

Lewandowski menyertai Bayern Munich dengan perpindahan percuma. Ramai peminat mahu beliau berhijrah ke Real Madrid ataupun ke England. Ini selepas nama Lewandowski mulai dikaitkan dengan Bayern Munich.

Selepas menjaringkan 103 gol daripada 187 penampilan untuk Dortmund, beliau memutustkan untuk ke Bayern Munich.

Lewandowski

Kini beliau menjadi penjaring ke-7 terbanyak dalam sejarah Bundesliga. Membantu Bayern menjuarai 4 kejuaraan liga dalam 4 musim. Cuma beliau masih dahagakan UCL bersama Bayern.

1. Andrea Pirlo – Juventus

Entah apa yang difikirkan AC Milan ketika mereka merasakan Pirlo sudah menuju ke penghujung karier.

Pirlo pernah menyatakan yang beliau ingin kekal di AC Milan, namun beliau melihat kelab itu hanya menganggap beliau pemain tempelan dalam skuad dan tak serius dalam membicarakan soal kontrak.

Selepas kontrak beliau semakin menuju ke tarikh akhir, Juventus melakukan langkah drastik cuba membawa pemain tengah ini ke Turin.

Ianya sesuatu yang awalnya dianggap transaksi yang tidak bermakna oleh beberapa peminat kerana Pirlo sudah tua.

Buffon pula yakin ini adalah “The signing of the century,” .

Pirlo menyertai Juventus pada 2011. Dan ketika di sana, beliau menjadi antara deep lying playmaker terbaik di dunia pada usia yang sudah lanjut.

Beliau juga menjadi pemain penting dalam pasukan Itali. Menjadi pemain utama dalam beberapa kejohanan major termasuk Piala Dunia 2014.

Beliau menjadi pemain penting dalam membantu Juventus menjuarai 4 Serie A, 2 Piala Super Itali dan 1 Piala Itali.

Buffon
TURIN, ITALY – MAY 18: Gianluigi Buffon (R) of Juventus is replaced and greets Andrea Pirlo during the Serie A match between Juventus and Cagliari Calcio at Juventus Arena on May 18, 2014 in Turin, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

Beliau dinamakan sebagai XI terbaik dalam sejarah Juventus pada 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN