Quantcast

KAJIAN & FAKTA

7 Pemain Dengan Empat Gol Dalam Satu Perlawanan Sepanjang Musim 2017/18

Saingan musim 2017/18 sudah menghampiri penghujungnya.

Sehingga kini, peminat bola sepak dapat melihat ramai pemain di Eropah sedang bersaing sesama mereka untuk mencetak gol bersama pasukan sekaligus berjaya mengangkat nama mereka untuk merangkul status sebagai penjaring terbanyak dalam saingan liga.

Namun, diantara perlawanan yang dihadapi sejak bermula tirai musim ini, terdapat 7 pemain yang telah berjaya mencetak sebanyak empat gol dalam satu perlawanan.

Siapakah pemain-pemain tersebut ?

1. Mohamed Salah ( Liverpool)

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Ternyata kehadiran Mohamed Salah merupakan antara pembelian yang terbaik pernah dilakukan skuad The Reds.

Pemain kelahiran Mesir ini tidak memerlukan masa yang lama untuk membentuk keserasian bersama rakan pasukan dan corak pemainan yang diterapkan oleh Jurge Kloop.

Salah telah berjaya mencetak sebanyak 35 gol sejak beliau menyertai Liverpool. Musim ini sahaja beliau berjaya menjaringkan 28 gol dalam 30 penampilan bersama Liverpool.

Kehebatan Salah tidak dapat dinafikan lagi, Salah tampil cemerlang dengan mencetak empat gol ketika pasukannya mengaibkan Watford 5-0 dalam perlawanan ke-30 saingan Primier League minggu lalu.

2. Cristiano Ronaldo ( Real Madrid )

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Real Madrid pada mulanya mengalami kemerosotan prestasi sehingga menyebabkan mereka kehilangan banyak mata penting dalam beberapa perlawanan yang tidak diduga.

Hal ini membuatkan Real Madrid sempat menghuni  tangga keempat carta La Liga.

Bukan hanya pasukan sahaja yang mengalami kemerosatan, malah prestasi bintang mereka, Cristiano Ronaldo sempat mencuri tumpuan peminat bolasepak selepas beliau kempunan mencetak sebarang gol dalam beberapa perlawanan.

Namun, pemain berusia 33 tahun itu kembali menerima sentuhannya selepas menghadapi separuh musim saingan liga. Ronaldo sudah berjaya mencetak 37 gol dalam semua kejohanan yang dihadapi.

Ronaldo juga tidak terlepas dari tersenarai sebagai pemain yang berjaya mencetak empat gol dalam satu perlawanan musim ini.

Ronaldo berjaya membantu Real Madrid menewaskan Girona dengan keputusan 6-3 pada perlawanan ke-29 La Liga yang berlangsung di Santiago Bernabeu.

3. Lionel Messi ( Barcelona )

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Seteru utama Ronaldo di Sepanyol, Lionel Messi juga tidak terlepas sebagai pemain yang berjaya mencetak empat gol dalam satu perlawanan untuk musim ini.

Berbanding Real Madrid, Barcelona berjaya mempamerkan persembahan yang membanggakan dibawah kendalian Ernesto Valverde.

Prestasi Lionel Messi musim ini juga tidak dapat diragukan lagi. Beliau telah berjaya menjaringkan 34 gol dan mencatatkan 14 bantuan gol (assists) dalam setiap kejohanan.

Bukan itu sahaja, Messi juga tersenarai sebagai pemain yang berjaya menjaringkan empat gol saat membantu pasukannya menewaskan Eibar 4-0 pada September 2017 yang lalu.

4. Mauro Icardi ( Inter Milan )

(Photo Getty Images)

Pemain yang sedang menjadi buruan kelab gergasi di Eropah, Mauro Icard berjaya menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan Serie A.

Inter Milan sempat mempamerkan prestasi yang cemerlang pada awal musim 2017/18, bahkan gergasi Itali itu juga berjaya menguasai tangga teratas carta Serie A.

Namun, segalanya berubah selepas menghadapi separuh musim saingan. Skuad yang dibimbing oleh Luciano Spaletti itu telah gagal memperoleh sebarang kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir.

Penurunan prestasi Nerazzurri secara mendadak itu memberi tamparan hebat buat Spaletti.

Akan tetapi, penyokong Inter Milan masih boleh mendabik dada diatas persembahan cemerlang pemain bintang mereka, Icardi dalam pentas Serie A.

Pemain berusia 25 tahun itu berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring empay gol dengan menewaskan Sampdoria 5-0 ketika berkunjung ke Stadio Luigi Ferraris.

5. Antoine Griezmann ( Atletico Madrid )

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Griezmann berjaya mencetak empat gol dalam perlawanan menentang Leganes penghujung bulan yang lalu.

Pada bulan Febuari lalu juga, Griezmann juga berjaya mencetak sebagai penjaring “hattrick” ketika pasukannya menundukkan Sevilla.

6. Neymar ( Paris Saint-Germain )

(Photo Getty Images)

Kehebatan Neymar tidak perlu diragukan lagi. Pemain Brazil ini telah mencuri tumpuan dunia selepas berhijrah dari Barcelona dan memutuskan untuk beraksi bersama Paris saint-Germain dengan nilai perpindahan tertinggi sebanyak 222 juta Euro.

Di Perancis, Neymar telah membuktikan kehebatannya. Beliau telah berjaya mencetak 28 jaringan gol dan berjaya melakukan 16 bantuan gol untuk PSG.

Dalam satu pertemuan saingan Ligue 1 diantara PSG menentang Dijon FCO pada Januari lalu, Neymar telah berjaya mencetak nama sebagai penjaring, apabila beliau berjaya membantu pasukannya itu memperoleh kemenangan terbesar 8-0 dengan menjaringkan empat gol.

7. Sergio Aguero ( Manchester City )

(Photo Getty Images)

Sejak menyertai manchester City pada tahun 2011, Aguero telah berjaya mengangkat namanya sebagai penyerang paling digeruni di pentas Eropah.

Sehingga kini, masih belum ada penyerang yang mampu mengambil alih posisinya di Etihad. Kehadiran Gabriel Jesus juga tidak mampu untuk merampas posisi utama penyerang The Citizen itu ketika ini.

Musim 2017/18, ketajaman jentera serangan Aguero masih berada di prestasi yang terbaik. Beliau telah menjaringakn 30 gol dalam semua kejohanan musim ini.

Ini termasuk empat gol yang berjaya dihasilkannya untuk menewaskan Leicester City 5-1 pada 11 Febuari yang lalu.

Penutup

Kempen bola sepak di Eropah berbaki kurang tiga bulan sebelum kejohanan Piala Dunia di Rusia pada musim panas akan datang.

Adakah kita akan menyaksikan lagi jaringan 4 gol dalam satu perlawanan dalam mana-mana perlawanan selepas ini?