7 Kelab Yang Secara Terang-Terangan Pernah Jadi Mangsa Buli Super Ejen Mino Raiola

Daripada Pavel Nedved, Mario Balotelli dan Zlatan Ibrahimovic, ejen bola sepak terkenal dunia yang satu ketika dahulu hanya mengenali industri pembuatan pizza Mino Raiola kini bergelar jutawan.

Nedved, Balotelli dan Ibrahimovic bukan menjadi satu-satu pemain yang pernah dikendalikan oleh Raiola. Pada hari ini lebih ramai pemain bernaung di bawah agensi kendalian beliau membabitkan ramai pemain terkemuka dunia termasuklah Paul Pogba, Matthijd de Ligt dan Erling Haaland.

Mino Raiola sememangnya dikenali sebagai seorang ejen yang tidak pernah takut untuk menyampaikan isi hatinya kepada umum, menjadikan beliau salah seorang karakter paling berkontroversi di dalam bola sepak.

Kerana itulah mungkin ejen berbadan gempal ini juga mempunyai ramai musuh berprofil tinggi terdiri dari kelab-kelab utama eropah yang sering kali menjadi mangsa buli mengaut keuntungan ejen ini.

Berikut adalah antara beberapa kelab eropah yang pernah mempunyai isu oleh Raiola.

AC Milan

Selepas Gianluigi Donnarumma mulai menembusi skuad utama AC Milan sebagai penjaga gol berusia 16 tahun, Raiola tidak membuang masa cuba memaksa perpindahan pemain tersebut dari kelab itu.

Penjaga gol muda itu mengejutkan Milan kerana menolak tawaran kontrak baharu pada 2017, dan Milan mendapati Raiola sebagai dalang yang mengalihkan perhatian Donnarumma untuk menyertai kelab lain.

“Akhirnya, ia adalah niat si ejen yang kelihatam,” ujar pengurus besar Milan, Marco Fassone kepada Gazzetta dello Sport pada ketika itu.

“Saya sangat yakin, di dalam hatinya sendiri, Gigio sendiri tidak yakin dengan keputusannya itu.

“Ia sebenarnya keputusan [Raiola]. Dia menggunakan pengaruhnya, dan dia amat berpengaruh terhadap Gigio. Cuba fikirkan sejenak: seorang remaja 18 tahun dan seorang ejen dengan personaliti besar. Ke manakah hala tujunya?”

Selepas desakan penyokong yang marah, Donnaruma bagaimana pun menukar fikiran dan menandatangani kontrak selama empat tahun untuk kekal di San Siro.

Real Madrid

Presiden Real Madrid mungkin yang paling bijak/kejam dalam cara beliau berhadapan dengan konfrontasi dari Raiola. Florentino Perez enggan memenuhi tuntutan ejen itu dalam pembelian pemain, dan enggan meluahkan apa-apa di media walaupun Real Madrid dikritik secara terbuka oleh Raiola.

“Saya akan bertengkar dengan Real Madrid, jika ia perlu begitu,” kata Raiola kepada majalah Voetbal pada 2020.

“Saya maklumkan kepada Florentino Perez bahawa dia menggunakan pemain seperti sarung tangan. Jika dia tidak suka, dia akan dapatkan sepasang yang baru. Dia tidak suka apa yang saya katakan, tapi saya tidak berselindung.”

“Jika Real Madrid tidak mahukan Pogba, itu bukan masalah,” kata Raiola kepada L’Equipe pada 2015.

“Mereka adalah kelab yang sentiasa membeli pemain seperti menukar baju, dan kemudian membuang mereka ke sampah selepas itu.

“Mereka adalah kelab yang mencari pemain bintang selepas enam perlawanan di Piala Dunia dan terus membeli mereka. Pogba tidak mahukan kelab yang begitu. Kami mahu Pogba menyertai kelab yang percaya akan potensi yang dimilikinya.

Pogba kemudian menyertai Man Utd selepas kenyataan tersebut, tetapi kita akan sentuh lebih lagi mengenai perkara ini kerana ia mempunyai perkaitan.

Barcelona

Raiola membantu perpindahan Zlatan Ibrahimovic ke Barcelona pada 2009 namun hubungan penyerang Sweden tersebut dengan Guardiola kemudiannya menjadi masam.

Raiola tidak gembira dengan layanan terhadap Ibrahimovic, dan tidak teragak-agak membidas pengurus dan kemudiannya legenda kelab itu.

“Johan Cruyff boleh pergi ke neraka! Dia buka sesiapa pun,” kata Raiola kepada akhbar Sweden, Expressen pada 2010.

“Dia menjadi semakin tua dan tidak berani meneruskan karier sebagai pengurus kerana tidak berkemahiran mengurus sebuah kelab di era moden.

“Kenapa Cruyff tidak memberitahu Zlatan bahawa dia tidak sesuai dengan bola sepak di Sepanyol sebelum dia menandatangani kontrak?

“Saya berpendapat Cruyff patut berada di hospital sakit otak dengan Guardiola, supaya mereka sama-sama secara diam boleh bermain kad bersama-sama. Dengan itu mereka akan membantu Barcelona.”

Barcelona kemudiannya memberikan respon dengan menyekat semua bayaran epada Raiola selain mempertimbangkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ejen itu.

Manchester United

Manchester United memiliki banyak sejarah berkonfrontasi dengan Raiola.

Ejen tersebut terlibat dengan saga yang menyebabkan Paul Pogba meninggalkan Old Trafford pada 2012, di mana Sir Alex Ferguson tidak teragak-agak mengelar ejen tersebut sebagai ‘sekampit najis’.

Raiola dan United kemudiannya seperti sudah berdamai pada 2016 apabila Pogba kembali ke Old Trafford, bersama-sama dua lagi pemain yang bernaung di bawah agensi beliau, Henrikh Mkhitaryan dan Zlatan Ibrahimovic.

Raiola bagaimanapun tidak bersembunyi mengkritik bagaimana Ole Gunnar Solksjaer melayan Pogba dan kini seperti mulai mengancam untuk memindahkan pemain itu sekali lagi dari Old Trafford.

“Saya boleh katakan bahawa ia sudah berakhir buat Paul Pogba di Manchester United.”

“Paul tidak gembira bersama Manchester United di mana beliau tidak lagi boleh bermain dengan cari beliau suka dan mahu. Paul perlukan pasukan baru untuk beralih angin. Paul masih mempunyai kontrak selama 18 bulan dan akan tamat pada musim panas 2022.”

“Aku rasa jalan terbaik untuk Pogba dan Manchester United adalah berpisah pada jendela perpindahan. Jika tidak, pasukan Old Trafford tahu risiko akan kehilangan Pogba secara percuma kerana Paul tiada niat untuk menyambung kontrak.”

Kenyataan dari Raiola itu mendapat kritikan ramai yang mendesak agar Pogba dilepaskan pada jendela perpindahan seterusnya.

Liverpool

Ibrahimovic bukan satu-satunya pemain berwatak kontroversi bernaung di bawah Raiola. Mario Balotelli juga merupakan salah seorang kliennya.

Balotelli menyertai Liverpool pada 2014 dengan nilai £16 juta dari AC Milan sebagai pengganti kepada Luis Suarez, dan selepas itu melalui tempoh yang tidak ketentuan.

Penyerang Itali itu menjaringkan ganya empat gol dari 28 penampilan sebelum kembali ke Milan secara pinjaman sebelum diarahkan menjalani latihan besama pasukan simpanan sebelum perpindahan ke Nice pada 2016.

“Akhirnya pengarah di Liverpool mengakui Klopp tidak adil,” kata Raiola kepada La Gazzetta dello Sport.

“Saya tidak menilai dia sebagai seorang jurulatih. Pada saya dia bukan seorang pakar taktikal pun. Saya tidak tahu sama ada dia sedar kita sedang bercakap mengenai seorang manusia/individu.

“Mario [Balotelli] sebagai contoh tidak pernah mengadu pun walaupun diarah berlatih seorang diri.

“Sebab itu tidak cukup untuk kita melabel Klopp sebagai tidak adil. Dia adalah secebis najis.”

Klopp sudah tentu tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Raiola dan menafikan sebarang salah laku dari beliau.

“Kami tidak memulaukan dia. Saya tidak berminat [berbicara] perkara sebegini. Ini adalah sebuah dunia yang bebas. Dia [Raiola] boleh katakan sahaja apa yang dia suka. Tidak ada masalah.”

Ajax

Pada awal 2000 an, Raiola berjaya meyakinkan beberapa bakat baru dari Ajax untuk bernaung di bawah agensi beliau seperti Maxwell, Mido, Zdenek Grygera dan Zlatan Ibrahimovic.

Seterusnya ejen tersebut mulai memecahkan skuad penuh bakat Ajax dengan menjanakan perpindahan Ibrahimovic ke Juventus pada 2004.

“Rasa tidak puas hati Ajax terhadap perpindahan tersebut didedahkan dua tahun selepas itu selepas satu perbualan telefon yang dirakam pada 2004 di antara Pengarah Urusan Juventus, Luciano Moggi dan Raiola didedahkan.

“Awak dan Ibra teruskan buat masalah. Jangan benarkan dia ke sesi latihan,” kata Moggi dalam perbualan tersebut.

“Esok saya akan memastikan pemain itu berada di rumah sepanjang hari. Dia tidak akan muncul di latihan,” balas Raiola.

“Saya juga mempunyai temu jani dengan pengarah Ajax pada tengah hari, dan akan hadir pada jam 2pm…”

Selain isu mengenai Ibra, kelab Amsterdam itu turut menuduh Raiola meyakinkan Maxwell dan Grygera untuk tidak menerima tawaran kontrak baharu untuk berpindah ke Itali secara percuma.

Ajax memboikot Raiola selama bertahun lamanya sehinggalah mereka melantik Martin Jol sebagai pengurus pada 2009.

Napoli

Pada 2012 Mino Raiola cuba untuk memancing Marek Hamsik untuk meninggalkan Napoli untuk menyertai kelab eropah yang lebih besar, namun usaha itu disekat oleh Aurelio de Laurentiis.

“Dia [Raiola] adalah penyakit, yang selama bertahun lamanya mahukan Hamsik pergi dari sini,” kata De Laurentiis.

Raiola tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, dan membalas kritikan tersebut dengan menggelar De Laurantiis seorang pemimpin fahaman kejam.

“De Laurentiis mengugut pemain utama beliau. Visi kepimpinan beliau sama saja seperti seorang diktaktor. Dia memiliki mentaliti yang sama seperti zaman pemerintahan Mussolini.

“Hamsik adalah seorang juara. Lambat laun dia mhu menjadi pemain yang lebib baik, dan beliau harus mendapatkan pasukan yang beraksi di Champions League pada setiap musim.

Cubaan Raiola bagaimana pun gagal kerana Hamsik memilih untuk kekal di Napoli selama tujuh tahun berikutnya.

Rumusan

Pada pendapat anda adakah wajar untuk Raiola bertindak sedemikian dengan kelab-kelab seperti di atas?

Persoalan utamanya adalah adakah beliau memperjuangkan nasib pemain, atau sekadar memastikan kantung dan poketnya sentiasa berisi?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN