Sejauh manakah Real Madrid jatuh ke dalam krisis? Atau adakah prestasi semasa tanpa tiga kemenangan hanya perkara sementara sahaja?
Apa-apa pun permulaan cemerlang gergasi Sepanyol itu diikuti oleh beberapa keputusan di luar dugaan di bawah kendalian Carlo Ancelotti telah berjaya mencuri perhatian media.
Sebenarnya masih terlalu awal untuk menilai prestasi keseluruhan Los Blancos pasca era Zinedine Zidane. Anehnya semua permasalahan kelab itu ketika kendalian jurulatih dari Perancis itu ibarat dilupakan.
Beberapa perkara dan masalah lalu tampak seperti kembali dan memerlukan perubahan dari Ancelotti sekiranya Real Madrid mahu kembali menjadi salah sebuah kelab disegani di Sepanyol dan Eropah.
Konsistensi di jentera tengah
Ancelotti sebelum ini pernah berkata Real Madrid memiliki barisan pemain tengah terbaik dunia. Malah beliau juga memiliki banyak pilihan di posisi tersebut.
Masalahnya kini pemain sedia ada seperti Casemiro gagal menampilkan aksi terbaik sebagaimana yang diharapkan. Toni Kroos pula baru sahaja pulih dari kecederaan, dan Luka Modric tidak akan mampu beraksi seorang diri.
⚽ Marvin
🛡 @Camavinga
👀 @Casemiro pic.twitter.com/OHKRs9QrNS— Real Madrid C.F. 🇫🇷 (@realmadridfra) October 1, 2021
Tiga pemain yang lebih muda iaitu Fede Valverde, Eduardo Camavinga dan Marco Asensio setakat ini berjaya menampilkan aksi positif setiap kali diberikan peluang beraksi.
Siapapun yang diturunkan di jentera tengah, Ancelotti perlu memastikan konsistensi mampu ditampilkan. Sehingga kini, perkara ini belum lagi jelas.
Pasukan yang lebih seimbang
Ini adalah isu baru. Ketika di bawah kendalian Zidane, Real Madrid bemain dengan pendekatan yang jelas. Struktur pasukan di dalam permainan ialah untuk memiliki bahagian pertahanan yang kukuh – tetapi sukar menjaringkan gol.
Di bawah kendalian Ancelotti sebaliknya berlaku. Real Madrid menghasilkan lebih banyak jaringam, tetapi dibolosi oleh lawan lebih kerap.
Tuesday: Real Madrid 1-2 Sheriff
Sunday: Espanyol 2-1 Real MadridAfter an unbeaten start to the season, Carlo Ancelotti's side have lost back-to-back games. 😳 pic.twitter.com/fqhMdTIR5G
— Squawka Live (@Squawka_Live) October 3, 2021
Isunya ialah barisan pemain Los Blancos gagal memenangi kembali penguasaan bola yang hilang dengan segera seperti yang dikehendaki oleh Ancelotti sendiri.
Ia adalah isu yang pasti Ancelotti cuba selesaikan sepanjang tempoh rehat dua minggu ini untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.
Kegagalan menemui formula baru hanya akan menyebabkan masalah yang dihadapi berlarutan.
Masalah menjaringkan gol
Ianya benar Real Madrid kendalian Ancelotti adalah sebuah unit yang berpaksikan bola sepak menyerang. Pada awal musim, Real Madrid seperti berseronok menghasilkan jaringan demi jaringan.
Bagaimanapun dalam perlawanan menentang Villareal, Sheriff dan Espanyol, Real Madrid mulai buntu.
👊 @Benzema (2021/22):
🚩 10 matches
⚽ 10 goals
🔥 A goal a game! pic.twitter.com/C8rj20jlHg— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) October 4, 2021
Masalahnya ialah mereka terlampau bergantung kepada Karim Benzema untuk berbuat demikian.
Adakalanya Benzema seperti berseorangan sahaja memburu gol, tanpa bantuan atau sokongan dari pemain lain.
Masalah kecederaan yang berterusan
Di bawah kendalian Zidane pada musim lalu, Real Madrid merekodkan 50 kecederaan di kalangan pemain skuad utama.
Ia adalah jumlah kecederaan yang begitu tinggi berbanding pasukan-pasukan lain yang turut bertanding untuk merebut kejuaraan.
Masalah itu tetap berterusan pada musim ini. Ferland Mendy misalnya masih gagal melakukan sebarang penampilan pada musim ini.
🚨| Carlo Ancelotti is waiting for Ferland Mendy to return from his injury. Carletto is thinking about using him as a centre-back. @marca pic.twitter.com/F01O86x88S
— Blancos Central (@BlancosCentral) September 30, 2021
Tahap kecergasan pemain-pemain seperti Dani Carvajal, Marcelo, Dani Ceballos, Isco, Marco Asensio dan Mariano Diaz turut merisaukan.
Ia mungkin berkaitand dengan corak latihan atau diet oleh pemain. Perkara tersebut turut menjadi isu yang perlu diselesaikan segera oleh Ancelotti.
Perubahan yang mengelirukan
Tidak dapat dipastikan apakah tujuannya, tetapi Ancelotti sentiasa mengubah kesebelasan utama pasukannya atau peranan pemain yang diturunkan.
Camavinga misalnya pernah beraksi di beberapa posisi berlainan. Kroos pula diarahkan mengambil alih peranan Casemiro. Begitu juga David Alaba yang bermain di beberapa posisi berlainan dalam beberapa perlawanan lalu.
David Alaba starts for Real Madrid against Sheriff. He starts as a LCB in a back four. 🔔🔔 pic.twitter.com/7SBvhRIRxx
— Samyukta 🐌💤 (@AlabaTimeline) September 28, 2021
Pemain-pemain sepert Nacho Fernandez, Lucas Vazquez dan Fede Valverde turut mengalami perkara yang sama.
Ianya bagus untuk melihat pemain memiliki versaitiliti dan rotatasi ketika keadaan memerlukan. Namun demikian perubahan tanpa sebab munasabah dan kerap berlaku hanya akan mendatangkan kekeliruan.
Kegagalan Hazard
Salah satu matlamat Ancelotti di Real Madrid ialah untuk mengembalikan kemampuan sebenar Eden Hazard. Sehingga kini perkara itu masih tidak berlaku.
Pemain antarabangsa Belgium itu bermula dengan baik pada musim ini, tetapi masih gagal meyakinkan semua pihak untuk layak berada di dalam kesebelasan utama.
It's game number 5⃣0⃣ in the white of Real Madrid for Eden Hazard tonight 🇧🇪
After joining in 2019, the Belgian is finally reaching the milestone following numerous injuries 🤕
It's fair to say that he hasn't lived up to the price tag, but will things change? ⚪️#LLL
🧡🇪🇸⚽️ pic.twitter.com/7BawsSJCXM— La Liga Lowdown 🧡🇪🇸⚽️ (@LaLigaLowdown) September 28, 2021
Ancelotti sangat jelas bahawa untuk Hazard kembali ke prestasi terbaiknya, pemain berjersi No.7 itu perlu menampilkan aksi luar biasa untuk membina kembali keyakinan.
Semuanya kini terpulang kepada Hazard, atau beliau akan kekal sebagai kegagalan terbesar di dalam sejarah Real Madrid.
Sikap atau fokus?
Sudah beberapa kali skuad kendalian Ancelotti melepaskan gol disebabkan kesilapan di dalam permainan pada musim ini. Antara yang paling jelas ialah dalam perlawanan Champions League menentang Sheriff.
Sheriff Tiraspol of the Moldovan National Division were formed in 1997.
Tonight they beat Real Madrid, the most successful club in the history of the Champions League, at the Santiago Bernabeu.
LOOK WHAT IT MEANS 😍 pic.twitter.com/pkOp8ahUZI
— GOAL (@goal) September 28, 2021
Ancelotti berkata barisan pemainnya gagal menampilkan permainan yang kurang agresif. Tetapi ianya bukan sikap pemain dalam permainan yang harus dipersoal.
Sering kali kehilangan fokus turut menyebabkan Real Madrid merana pada musim ini.
Penutup
Tidak terlambat untuk Ancelotti melakukan perubahan yang diperlukan untuk mengubah Real Madrid.
Adakalanya perubahan itu perlu dilakukan segera agar ia tidak menjadi kebiasaan dan penyakit. Ada juga perubahan yang akan mengambil masa untuk kita lihat hasilnya.
Tetapi tujuh isu di atas, adalah antara isu jelas yang perlu diubah oleh Ancelotti jika mahu Real Madrid kembali menjadi pasukan disegani.