Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan karakter mereka selaku salah satu pasukan yang sedia mencabar kejuaraan Liga Super 2023, setelah terbaharu mereka berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan besar.
Menerusi kemenangan 7-0 dilakar oleh JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, pasukan tersebut tampil corak permainan yang cukup menggerunkan sepanjang 90 minit aksi berlangsung.
Negeri Sembilan FC tewas 0 – 7 dalam perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim FC di Paroi sebentar tadi.
Beraksi di hadapan 15427 penonton, ini merupakan kekalahan terburuk skuad Jang. pic.twitter.com/EVp88bNLw4
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) March 6, 2023
Malang sekali buat Negeri Sembilan pada perlawanan ini, setelah mereka terpaksa memulakan segalanya dengan serba kekurangan dan menjadi mangsa amukan oleh Harimau Selatan.
Malah sepanjang tiga perlawanan Liga Super berlangsung, Negeri Sembilan masih lagi gagal untuk meraih tiga mata pertama dan kali ini diajar ole JDT di laman sendiri.
Sepanjang perlawanan berlangsung, Negeri Sembilan berdepan dengan begitu banyak masalah yang menjadi ruang buat JDT untuk mengeksploitasi keadaan menerusi lambakan gol terhasil.
Pertahanan Negeri Sembilan ‘tempang’
Tanpa kelibat Herold Goulon, jelas pertahanan Negeri Sembilan terlampau rapuh di bahagian tengah sehingga memberi banyak ruang buat pemain serangan JDT mencipta tekanan.
Gandingan membabitkan antara Annas Rahmat bersama Nasrullah Haniff Johan gagal untuk menyerap segala tekanan diberikan pelawat yang menyebabkan mereka sering membuat kesilapan-kesilapan mudah.
Dari segi kekuatan fizikal juga jelas tidak memihak kepada barisan pertahanan Negeri Sembilan yang mudah ditewaskan JDT termasuk isu persefahaman antara satu sama lain.
Kualiti permainan
Dari segi struktur permainan, jelas JDT menguasainya di segenap posisi dengan begitu baik serta konsisten untuk mengatasi pasukan tuan rumah.
📹 HIGHLIGHTS: @nsfc1923 0-7 @Officialjohor
Fernando Forestieri dan La'Vere Corbin-Ong masing-masing menjaringkan dua gol, manakala Diogo, Arif Aiman Hanapi dan Endrick turut mencatat nama sebagai penjaring.
👉 https://t.co/0DyJhLN3hi#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/HT0EZKWtuR
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 6, 2023
Lihat sahaja kualiti barisan pemain yang dimiliki oleh JDT seperti Fernando Forestieri, Diogo Luis Santo, Endrick dos Santos, serta Arif Aiman Hanapi yang memiliki keupayaan sangat baik dalam menjana serangan berpasukan serta bergerak secara individu.
Berbanding Negeri Sembilan yang serba tidak mencukupi serta lebih banyak bergantung harap kepada Mahali Jasuli di posisi serangan menjana sesuatu positif.
Tanp kelibat pemain yang mempunyai mobiliti tinggi seperti Levy Madinda serta Herold Goulon jelas menyukarkan untuk Negeri Sembilan bergerak dengan lebih baik di segenap posisi.
Fokus yang hilang
Negeri Sembilan sebenarnya sudah pun tewas, selepas mereka dibolosi gol ketiga permainan dengan para pemain dilihat sudah mula kehilangan fokus.
Selain terperangkap dengan corak permainan lawan, para pemain Negeri Sembilan juga sering membuat kesilapan-kesilapan mudah yang membenarkan JDT untuk menguasainya kembali.
📸 Aksi Liga Super 2023 – LS3
Negeri Sembilan FC 0-7 Johor Darul Ta’zim#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/gLOv90HamH
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 6, 2023
Jika tidak disebabkan penjaga gol iaitu Sikh Izhan Nazrel yang masih memberi fokus sepenuhnya, mungkin Negeri Sembilan akan tewas dengan lebih banyak gol dibolosi mereka kerana fokus telah hilang.