6 Selebriti Terkenal Yang Merupakan Penyokong Tegar Kelab EPL (Big Six)

Bola sepak adalah sukan nombor satu dunia. Ia tidak memilih jantina, warna kulit, status, kaya, miskin, asal usul mahupun pekerjaan yang anda lakukan sekarang.

Buktinya, kalian yang membaca artikel ini miliki latar belakang yang berbeza. Anda mungkin seorang profesional, guru, doktor atau pegawai kerajaan misalnya.

Anda mungkin salah seorang pekerja mahir, juruteknik atau mekanik. Ataupun anda adalah golongan peniaga; baik di dalam industri besar-besaran maupun kecil-kecilan.

Setiap daripada kita cintakan bola sepak. tetapi tahukah anda siapakah artis dan selebriti di dalam bidang muzik dan nyanyian yang meminati kelab-kelab gergasi Liga Perdana Inggeris?

Kami di Semuanya BOLA menyenaraikan 6 artis luar negara, bersama 6 kelab bola sepak, untuk 6 pasukan teratas Liga Perdana Inggeris untuk anda:

Roger Waters (Arsenal)

Dalam salah satu lagu yang dipopularkan oleh kumpulan band lagenda Pink Floyd berjudul “Money“, terdapat satu baris lirik berbunyi begini:

“New car. caviar, four star daydream, Think I’ll buy me a football team”

Roger Waters, adalah basist juga pengasas bersama Pink Floyd. Dilahirkan di Surey dan dibesarkan di Cambridge, kiblat bola sepak Rogers ialah di utara London bersama Arsenal FC.

Aksi Roger Waters bersama Pink Floyd

Rogers mungkin tidak mampu membelli Arsenal sebagaimana lirik lagunya.

Tetapi untuk mendapatkan pemain bintang, pengurusan Arsenal pasti mendengar sebarang tawaran pelaburan dari Rogers untuk kelab yang berpusat di Stadium Emirates ini.

Justin Timberlake (Manchester United)

Michael McCann  dari akhbar Daily Mail pernah mengisahkan bagaimana bekas penyerang Man Utd, Alan Smith adalah individu yang bertanggungjawab mempengaruhi Justin Timberlake menjadi seorang fanatik “The Red Devils”.

Alan Smith secara kebetulan terserempak dengan Justin Timberlake dalam satu parti ketika bercuti di U.S. Mereka bersahabat sejak itu.

Justin Timberlake hadir ke Old Trafford.

Tidak seperti kebanyakkan selebriti Hollywood yang sering menjadi lalang untuk memancing perhatian pengikut mereka, kesetiaan Justin Timberlake hanyalah pada yang satu. Manchester United!

Dr. Dre (Liverpool)

Dr. Dre adalah seorang penyokong pasukan Liverpool. Penyanyi rap yang terkenal dengan inovasi Beats ini pernah mengeluarkan satu kenyataan yang menunjukkan dia adalah penyokong Liverpool.

“Saya sukakan John Barnes. Dia mengingatan saya kepada Magic Johnson (pemain NBA). Saya berasal daripada Los Angeles dan juga peminat Lakers, terutama ketika Magic masih bersama Lakers.”

“Barnes punyai perwatakan seperti Magic. Permainan mereka adalah cara mereka menyatakan kehebatan mereka. Itu adalah sesuatu yang cool!”

1/7/2009 Las Vegas Nevada, CES — Dr. Dre, record producer/rapper shows off his new headphones. Note- Mike Snider is writing something on this. Photo by Tim Loehrke, USAToday (Via MerlinFTP Drop)

Dengan kekayaan yang dimiliki oleh Dr.Dre pada hari ini, dia mungkin mampu membeli sebuah kelab bola sepak profesional untuk dirinya sendiri.

Noel Gallagher (Manchester City)

Sejak Manchester City bangkit sebagai salah satu kuasa besar bola sepak Inggeris, guitarist terkenal Oasis, Noel Gallagher telah menunjukkan sokongannya secara terang-terangan.

Selain daripada kerap menghadiri perlawanan di Stadium Etihad ketika lapang dari industri muzik, Gallagher turut cenderung menunjukkan sokongan beliau terhadap Manchester City di dalam media sosial.

Noel Gallagher (kiri) bersama Kapten kelab Man City, Vincent Kompany.

Ramai penyokong Manchester United benci akannya. Tersebar luas di media sosial dan forum perbincangan di kalangan penyokong tindakan Gallagher menulis MCFC pada gitar yang diberikan oleh Coleen Rooney untuk autograf Gallagher.

Coleen berniat untuk menghadiahkan sebuah gitar bersama autograf pemain gitar Oasis itu sebagai hadiah untuk suaminya, Wayne Rooney. Namun sebaliknya yang berlaku!

Adele (Totenham Hotspur)

Bola sepak tidak memilih jantina!

Anda mungkin boleh menerbangkan diva ini ke seluruh pelusuk dunia meninggalkan London, terbang ke seluruh pelusuk benua untuk memberikan persembahan dan jelajah dunia.

Tetapi anda tidak boleh membuatkan Adele membuang Totenham Hotspur dari hatinya.

Adele- Hatinya di White Hart Lane

Dilahirkan di utara London, telah memenangi pelbagai anugerah di dalam industri muzik, Adele masih meluangkan masa ke White Hart Lane untuk menyaksikan kelab kesayangannya beraksi.

Ed Sheeran (Chelsea)

Di antara 6 selebriti di dalam industri muzik yang disenaraikan ini, kami yakin Ed Sheeran pasti yang paling gembira.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Photograph” dan “Lego House” telah secara rasmi melalui akaun twitter beliau, mengaku hatinya adalah milik Chelsea.

Ed Sheeran ialah penyokong Chelsea

Setelah kecewa dan sepi pada musim lalu, kami pasti Ed Sheeran akan sentiasa tersenyum pada musim ini. Beliau pasti gembira akan prestasi semasa Chelsea di bawah kendalian Antonio Conte.

Suka Duka

Sekurang-kurangnya 9 perlawanan harus diharungi oleh setiap kelab yang bertanding di Liga Perdana Inggeris musim ini. Chelsea tampak selesa di puncak liga.

Manakala saingan di tangga ke-2 sehingga tangga ke-6 kekal sengit dan silih berganti penghuni. Ini bermakna 3 lagi tiket ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan kekal terbuka.

Siapakah di antara meraka yang akan senyum kelegaan selepas minggu ke-38?

Baca juga: Penyokong England Dikecam Kerana Kelakuan Provokasi Ketika Perlawanan Jerman vs. England

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN