6 Pemain Paling Setia Yang Wajib Anda Tahu (Bahagian Satu)

Jika minggu sudah kami sajikan anda dengan artikel “10 Pengkhianat Terbesar dalam EPL”, kali ini kami hidangkan sesuatu yang lebih positif untuk santapan jiwa bola sepak anda.

Artikel ini berkisar tentang 6 pemain paling setia kepada kelab. Istilah yang kami kaitkan dengan mereka ini adalah “one-man-club” iaitu pemain yang hanya mewakili satu kelab sahaja sepanjang karier bola sepak mereka yang gemilang.

Jom baca!

10. John Terry & Chelsea FC

terry

Menjadi kapten kepada pasukan The Blues dari tahun 2004, John Terry telah melalui saat-saat paling berjaya dalam lipatan sejarah Chelsea. Memenangi tiga kali kejuaraan liga dan kemungkinan kali keempat pada musim ini, John Terry telah beraksi sebanyak lebih 600 perlawanan untuk Chelsea.

Selain pernah dipinjamkan ke Notthingham Forest untuk sejumlah 6 perlawanan pada tahun 2000, Terry telah berada di Stamford Bridge untuk hampir keseluruhan karriernya. Ini melayakkan Terry sebagai salah seorang pemain elit yang disenaraikan dalam one-man-club kami.

tiles

Setianya Terry kepada Chelsea, dia dikatakan sanggup menerima kontrak lanjutan yang berbentuk pay-as-you play dan bukan kontrak sepenuh masa untuk tempoh setahun. Terry pada awalnya mahukan kontrak selama dua tahun, namun ia tidak mematuhi polisi kelab yang tak membenarkan kontrak lebih setahun ditawarkan kepada pemain yang berusia lebih 30 tahun. Tabik!

9. Tony Adams & Arsenal

tony adams

Pemain yang selalu bermasalah diluar padang, karier Tony Adams sering dipalit kontroversi kerana masalah ketagihan alkohol (kecuali selepas kehadiran Arsene Wenger pada tahun 1996 yang merubah segalanya). Namun apa yang pasti, persembahan Tony Adams untuk Arsenal kekal konsisten dan tidak pernah mengecewakan.

Adams yang juga digelar Mr. Arsenal oleh The Gooners mempunyai tempoh karier yang panjang di Highbury. Bermain untuk lebih 22 tahun untuk kelab, dia dianggap pemain pertahanan Arsenal terbaik sepanjang zaman dan disenaraikan dalam Football League 100 Legends. Di Arsenal,dia memenangi empat kejuaraan liga, tiga piala FA, dua piala liga, piala UEFA dan tiga Perisai Komuniti. Pihak pengurusan Arsenal mengabadikan jasanya kepada kelab dengan membina patung gangsa Tony Adams di Stadium Emirates.

adam

Adams menjadi kepten untuk The Gunners ketika hanya berusia 21 tahun dan memaku jawatan itu untuk lebih 14 tahun. Pemain bek tengah ini juga telah membuat lebih 600 penampilan untuk Arsenal sejak tahun 1983 hingga tahun 2002, yakni sehingga penghujung kariernya sebagai pemain bola sepak.

8. Paolo Maldini & AC Milan

maldini

Digelar sebagai Il Capitano yang bermaksud The Captain, kapten pasukan AC Milan dan Itali ini merupakan diantara pemain bek yang paling kental didalam generasinya. Selepas penampilannya yang pertama pada tahun 1985, Maldini telah melakukan lebih 900 perlawanan untuk kelab berpengkalan di Milan itu.

Maldini telah menghabiskan sebanyak 25 musim di San Siro sebelum bersara pada usia 41 tahun. Sepanjang tempoh itu, dia telah memenangi 26 kejuaraan utama bersama AC Milan; lima kali Liga Juara-Juara, tujuh kejuaraan liga, satu Coppa Italia, lima Supercoppe Italiane, lima European Super Cup, dua Intercontinental Cup dan satu trofi FIFA Club World Cup.

Selain itu, Maldini juga merupakan pemegang caps terbanyak untuk pasukan Itali, 126 caps dan menjaringkan 7 gol di pentas antarabangsa. Dia kemudiannya menjadi lagenda dan simbol kesetiaan kepada pemain lain di serata Itali.

7. Ryan Giggs+ Paul Scholes & Manchester United

giggs scholes

Dua dari pemain yang tersohor dari tahun 1992, Paul Scholes dan Ryan Giggs telah bermain untuk pasukan Manchester United sepanjang hidup mereka. Gary Neville juga bebuat perkara yang sama, namun Giggs dan Scholes berada di kelas mereka yang tersendiri berbanding Neville.

Ryan Giggs merupakan bekas pemain United yang kini turut memegang jawatan sebagai pembantu pengurus. Giggs beraksi buat kali pertama pada musim 1990-1991 dan menjadi sebahagian pemain utama pasukan pada musim 1991-1992. Giggs membuat 963 penampilan didalam jersi The Red Devils dan telah menjaringkan sebanyak168 gol. Giggs mengumumkan persaraannya dari United pada tahun 2014.

giggs

Giggsy merupakan pemain yang paling banyak menerima anugerah di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Beliau juga merupakan pemegang rekod pemain paling banyak beraksi untuk pasukan Manchester United. Selama 24 tahun berada di Old Trafford, beliau telah memenangi 13 kejuaraan liga, empat FA cup, tiga League Cup, dan dua kali bergelar pemenang Liga Juara-Juara Eropah. Beliau juga merupakan pemegang rekod terbanyak assists di EPL dengan 271 assists.

Paul Scholes juga merupakan one man club untuk United. Dia memulakan latihan bersama United sejak berumur 14 tahun selepas bakatnya dikesan oleh seorang scout yang melawat sekolahnya. Terus menandatangani kontrak pemain muda selepas tamat persekolahannya pada tahun1991, beliau menjadi pemain profesional untuk United dua tahun kemudian. Dia bagaimanapun beraksi untuk pasukan United pada musim 1994-1995 dan menjadi pemain utama yang mengemudi United untuk memenagi treble pada musim 1998-1999.

scholes

Scholesy membuat sebanyak 718 penampilan bersama United dan menjadi pemain ke-3 terbanyak yang beraksi dalam jersi The Red Devils. Beliau memenangi 11 kejuaraan liga, tiga FA Cup dan dua Liga Juara-Juara untuk sepanjang tempoh itu.

Kedua-dua pemain ini beraksi dengan baik dalam usia 30-an mereka, dengan Giggsy beraksi sehingga berumur 40 tahun manakala penampilan terakhir Scholes pula pada usia 39 tahun. Kedua-dua mereka kini masih di United dengan masing-masing sebagai pembantu pengurus dan jurulatih.

6. Jamie Carragher & Liverpool

167145190

Seperti Tony Adams dan John Terry, Jamie Carragher juga merupakan pemain bek yang menjadi one man club di liga perdana Inggeris. Carragher menjadi tunjang pertahanan kental The Kop dengan 508 panampilan untuk skuad senior selama tempoh 17 tahun di Anfield, berkebolehan bermain di mana-mana posisi di bahagian pertahanan.

Carranger menggantungkan butnya pada tahun 2013 dan menjadi seorang pengulas bola sepak di Sky Sports. Walau bagaimanapun, di masih sempat menggondol banyak trofi ketika masih aktif; dua kali juara FA Cup, tiga League Cup, satu Community Shield, UEFA Cup, Uefa Super Cup dan yang paling penting, mendakap trofi Liga Juara-Juara. Karier yang panjang dan gemilang buat Carra!

 

Kami sudah dedahkan 6 nama pemain paling setia kepada kelab. Adakah senarai kami setakat ini memuaskan hati anda? Sila tunggu untuk bahagian dua artikel ini.

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN