6 Pemain Ikonik Yang Bersara Pada Akhir Musim 2016/17

Akhir musim 2016/17 adalah musim yang menyaksikan ramai lagenda ikonik bola sepak dunia bersara. Kami senaraikan 6 nama besar yang bersara akhir musim ini.

(Nota editor: John Terry masih belum mengumumkan persaraan beliau. Beliau cuma mengumumkan akan meninggalkan Chelsea buat masa ini.)

1. Phillip Lahm (Bayern Munich)

Lahm menyertai Bayern Munich pada 2002. Beliau menjadi pemain penting Bayern Munich dan Jerman.

Lahm mengejutkan dunia bola sepak sebelum ini apabila mengumumkan persaraan awal dari arena antarabangsa. Lahm kemudian mengejutkan penyokong Bayern Munich dengan memberitahu beliau akan bersara pada akhir musim ini.

Pada usia 33 tahun, bagi sesetengah peminat, pemain ini masih terlalu bagus untuk bersara.

Lahm menamatkan karier profesional dengan gemilang. Antara kejayaan beliau adalah 1 Piala Dunia, 1 UCL, dan 8 Bundesliga. Banyak lagi kejohanan dan pengiktirafan individu yang lain dimenangi beliau.

2. Francesco Totti (AS Roma)

Totti melakukan debut untuk Roma pada 28 Mac 1993. Beliau sudah berkhidmat dengan AS Roma selama 25 tahun.

Pemain 1 kelab dalam karier ini pernah memenangi Piala Dunia, Serie A dan beberapa kejohanan lain. Beliau menjadi penjaring ke-2 terbanyak dalam sejarah Serie A dengan 250 gol.

Hanya Buffon dan Paolo Maldini yang muncul dalam Serie A lebih banyak daripada Totti (617 penampilan).

3. Frank Lampard (New York City FC)

Lagenda Chelsea ini menjadi penjaring terbanyak untuk kategori pemain tengah dalam 5 liga utama Eropah dengan 177 gol.

Beliau juga menjadi penjaring ke-4 terbanyak dalam sejarah EPL. Menjadi pemain penting Chelsea dalam mengukir sejarah era baru di bawah Abramovich.

Antara kejayaan beliau adalah 3 EPL, 4 Piala FA, 1 UEL dan 1 UCL. Beliau juga ada 106 caps bersama England.

4. Steven Gerrard (LA Galaxy)

Gerrard

Pemain yang menjadi lagenda ikonik di Anfield. Memilih untuk kekal bersama Liverpool meskipun banyak tawaran dari kelab besar lain termasuk Real Madrid.

Beliau menjulang semua kejuaraan domestik lain kecuali EPL. Gerrard juga membantu Liverpool menjulang UCL pada 2005.

186 gol untuk Liverpool daripada 710 penampilan. Gerrard bermain 114 kali untuk England. Beliau kini sudah dilantik menjadi jurulatih B-18 Liverpool.

5. Xabi Alonso (Bayern Munich)

Antara pemain elit dalam sejarah bola sepak dunia. Bermain bersama-sama dengan beberapa kelab elit. Antaranya Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich.

Menjadi pemain penting untuk pengurus-pengurus nama besar seperti Jose Mourinho, Pep Guardiola, Carlo Ancelotti, Rafa Benitez, Vicente del Bosque, Luis Aragones dan Manuel Pellegrini.

Ada 2 UCL bersama Liverpool dan Real Madrid. Beliau juga turut memenangi 1 La Liga dan 3 Bundesliga. Selain itu, Xabi Alonso turut membantu Sepanyol menjuarai Piala Eropah dan Piala Dunia.

6. Dirk Kuyt (Feyenoord)

(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Digelar Mr. Duracell kerana stamina beliau yang sangat tinggi ketika di padang. Bukan pemain yang laju atau berskil tetapi sangat tajam.

Beliau pernah beraksi bersama Liverpool dan Fenerbahce. Kembali semula ke kelab yang menjulang nama beliau iaitu Feyenoord.

Ironinya, Kuyt membantu Feyenoord mengakhiri penantian kejuaraan Eredivisie.

Kuyt sudah bermain 798 perlawanan di peringkat kelab dan menjaringkan 259 gol. Beliau juga bermain 104 kali untuk Belanda dan menjaringkan 24 gol.

Selamat bersara kepada semua lagenda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN