6 Muka Baharu Berjaya Ditandatangani, KDN Bakal Beri Cabaran Lebih Hebat?

Kelantan Darul Naim (KDN) menjadi antara kelab yang paling aktif kini dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bagi saingan musim 2024/2025 menerusi beberapa pemain diperkenalkan.

Jika diimbas kembali, skuad kendalian Park Jaehong itu tampil serba tidak menyakinkan apabila mereka kini berada di tangga terakhir carta Liga Super menerusi satu kemenangan sahaja diraih daripada sembilan perlawanan.

Lebih menyedihkan, pasukan tersebut hanya mampu meledak empat gol sahaja secara keseluruhan untuk menggambarkan betapa kritikal kini posisi serangan KDN.

Disebabkan itu, KDN bertindak pantas untuk menyingkirkan tiga pemain import serangan mereka yang gagal memberi impak sepatutnya untuk menaikkan imej pasukan.

Setakat ini, tiga pemain sah dikeluarkan iaitu Chadrack Muzungu, Valdumar Augusto Te, serta David Ribera dengan pengumuman rasmi sah dibuat.

Untuk mempertajamkan kembali posisi serangan, KDN membawa masuk enam pemain baharu dengan tiga daripadanya merupakan status import untuk memperbaiki kelemahan lalu pasukan itu.

Tiga pemain import tersebut merupakan tonggak serangan dari Palestin iaitu Layth Kharoub yang sudah pun mencipta penampilan sulung ketika berdepan Kuching City, bintang kebangsaan Myanmar, Aung Kaung Mann, serta Washington Brandao.

Daripada segi reputasi, ketiga pemain tersebut memiliki rekod yang bagus sebelum menyertai KDN serta memiliki pengalaman cukup luas di pentas antarabangsa untuk membimbing rakan sepasukan lain.

Untuk Aung Kaung Mann, beliau sudah pun merekodkan tiga jaringan pada musim lalu dalam saingan Thailand bersama dua kelab berbeza diwakili serta mempamerkan aksi berkualiti.

Malah beliau turut meledak satu gol pada tahun lalu ketika bersama Myanmar sewaktu pasukan tersebut menewaskan cabaran Macau menerusi keputusan 5-1.

Keupayaan Layth Kharoub juga tidak boleh dipandang remeh kerana beliau memiliki pengalaman cukup luas di pentas antarabangsa termasuk untuk pasukan kebangsaan Palestin.

Sementara itu, Washington Brandao telah pun membuktikan keupayaan beliau suatu ketika selaku penyerang import buat Petaling Jaya City (PJ City).

Melihat kepada tiga pemain tempatan pula, kehadiran bekas sayap berbisa Terengganu iaitu Hakimi Abdullah bersama Muhaimin Izzudin mampu memberi lebih pilihan buat Jaehong dalam setiap aksi dihadapi menerusi keupayaan mereka.

Selain itu, KDN turut menandatangani bekas penjaga gol Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Fikri Che Soh untuk memperbaiki aspek kelemahan mereka yang sering dibolosi dalam setiap aksi dihadapi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN