6 Minit Yang Sangat Panjang Dalam Hidup Son Heung-min & Menjadi ‘Bomoh’ Ramalan Pasukannya

Son Heung-min Korea Selatan Piala Dunia 2022 6 minit yang panjang

Bintang sensasi Korea Selatan, Son Heung-min mengakui ia adalah enam (6) minit yang panjang perlu dilalui dalam hidupnya sebelum mengesahkan kemaraan Korea Selatan ke pusingan 16 terbaik, Piala Dunia 2022.

Malah, sebelum perlawanan berlangsung beliau turut membuat ramalan tentang rakannya yang bakal menjadi wira buat ‘Taegeuk Warriors’.

Korea Selatan berhasil menewaskan Portugal 2-1 dalam aksi ketiga dan terakhir Kumpulan H untuk menduduki tangga kedua dengan empat mata, berkongsi mata dengan Uruguay yang turut menang 2-0 ke atas Ghana.

Namun, kemenangan Uruguay itu tidak cukup untuk membawa mereka mara ke pusingan 16 terbaik apabila Korea Selatan memiliki kelebihan dari segi jaringan gol – empat gol berbanding Uruguay yang meledak dua gol.

Begitupun, Son Heung-min dan rakannya perlu menanti enam (6) minit selepas perlawanan mereka berakhir bagi memastikan kemaraan mereka.

Jika Uruguay berjaya mencipta satu lagi gol ke atas Ghana, Korea Selatan akan turun satu anak tangga ke kedudukan ketiga berdasarkan kelebihan perbezaan gol yang dimiliki ‘La Celeste’. “Ia adalah enam minit yang panjang dalam hidup saya,ungkap Son kepada pihak media selepas perlawanan.

Tetapi kami semua yakin kami akan berjaya,” tegasnya yang akan beraksi di pusingan 16 terbaik Piala Dunia pertama dalam karier bola sepaknya.

Barisan kejurulatihan, Son Heung-min dan pemain-pemain Korea Selatan terpaksa mengikuti rapat perlawanan antara Uruguay dan Ghana di Stadium Al-Janoub bagi memastikan pengesahan ‘tiket’ kemaraan mereka.

Saya katakan [kepada rakan-rakan], jika Uruguay berjaya menambah satu lagi gol, saya amat berbangga dengan pasukan ini dan kita telah melakukan sehabis baik untuk layak. Kita akan tunggu apa yang bakal berlaku dan kami hanya menanti. Namun, ia penantian yang sangat lama,” cerita Son lagi.

Apabila wisel penamat ditiupkan di satu lagi stadium, keraian dikesan di Stadium Education City apabila Korea Selatan meraikan kejayaan mereka. Uruguay gagal menambah jaringan dan hanya menang 2-0 ke atas Ghana yang dikhabarkan sangat ‘berpuas hati’ dapat pulang bersama Uruguay.

Satu perkara yang menarik lagi adalah, Hwang Hee-chan berkata Son meramalkan beliau akan menjadi wira untuk perlawanan malam tersebut.

Umpama ‘bomoh’, Son turut membantu rakannya itu untuk meledak gol kemenangan ke atas Portugal – yang turut mara ke pusingan seterusnya.

Sebelum perlawanan, Son katakan yang saya akan mencipta sesuatu yang istimewa hari ini. Dia kata, ‘kami percaya kepada kamu’. Dan bila Son memiliki bola, saya yakin, dia akan menghantarnya kepada saya. Ia satu hantaran yang menakjubkan dan ia memudahkan kerja saya,” ujar Hwang tentangnya.

Hwang yang dimasukkan pada minit ke-66 muncul wira dengan jaringan kemenangan bagi mengikat kedudukan dengan Uruguay. Dan tugas mereka selepas itu hanya menanti penuh sabar keputusan satu lagi perlawanan.

Korea Selatan akan bertemu Brazil di pusingan 16 terbaik pada Selasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN